Semakan BTR Tanpa Login, Boleh Ke Tak?


Sebelum anda meneruskan pembacaan, artikel berkenaan semakan BTR tanpa login ini sudah tidak lagi relevan. Sila rujuk penulisan baru tentang semakan STR tanpa login disebabkan penjenamaan semula BTR kepada STR oleh pihak kerajaan.

Ramai yang bertanya, bolehkah buat semakan BTR tanpa login? Sebenarnya, jawapannya tidak begitu mudah kerana ada dua; iaitu Ya dan Tidak. Izinkan kami berkongsi dengan anda.

Ya, Boleh Buat Semakan BTR Tanpa Login Kalau….

Anda boleh semak BTR tanpa login btr.hasil.gov.my sekiranya anda mahu semak bayaran BTR dalam akaun bank anda. Anda hanya perlu log masuk ke dalam akaun Perbankan Internet anda dan melihat baki amaun yang dipaparkan.

Ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda sudah lengkap melaksanakan proses pendaftaran, permohonan, kemaskini dan mendapat status LULUS.

Mengikut bantuan Pakej Prihatin sebelum ini, anda tidak perlu login untuk buat semakan kelayakan. Ini kerana pemohon yang layak akan menerima SMS dan email secara automatik daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Bagi mengelakkan kekeliruan, pastikan anda menerima SMS daripada nombor 62000 atau 63833 sahaja. Nombor-nombor lain dikhuatiri bukan nombor rasmi.

 

Tidak, Anda Perlu Login Untuk Semak BTR Kalau…

Anda perlu klik pautan BTR login untuk membuat semakan-semakan lain seperti semakan kelulusan, semakan rayuan dan semakan status pembayaran BTR.

Mudah cerita, apa-apa sahaja berkaitan BTR memerlukan pemohon login ke dalam portal rasmi BTR yang disediakan kecuali semakan tertentu seperti semakan kelayakan dan pembayaran.

Harus diingatkan, proses log masuk BTR adalah satu proses yang penting dan bukan sengaja dibuat untuk menyukarkan pemohon. Ini kerana data pemohon BTR melibatkan maklumat-maklumat peribadi yang penting.

Sekiranya tidak perlu login BTR untuk membuat semakan, aka ada kemungkinan pihak-pihak ketiga yang berniat jahat akan melakukan perkara-perkara terlarang dan memanipulasi data yang ada.

 

Akhir kata

Semoga berkongsian berkenaan semakan Bantuan Tunai STR tanpa login ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

1 thought on “Semakan BTR Tanpa Login, Boleh Ke Tak?”

Leave a Comment