Anda nak semak rekod jenayah melalui kad pengenalan? Boleh saja. Lebih-lebih lagi buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga. Bukan apa, sebelum kahwin kena lah check segala latar belakang tentang pasangan kita.
Bukan setakat rekod jenayah saja yang kena tahu. Semakan status perkahwinan pun kena buat untuk elakkan perkara yang tak diingini. Iyalah, manalah tahu kalau-kalau terkahwin dengan suami orang pula.
Oleh itu, bagi membantu anda untuk buat semakan rekod jenayah melalui kad pengenalan. Mari kami tunjukkan lebih lanjut melalui artikel ini.
Kandungan
Cara semak rekod jenayah melalui Kad Pengenalan secara online
Untuk persediaan, dapatkan dulu nombor kad pengenalan individu yang ingin anda gunakan untuk buat semakan. Andai kata dah ada. Boleh terus ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
- Layari laman web E-Syariah di sini www.esyariah.gov.my.
- Pada Halaman Utama web tersebut, pilih bahagian Awam dan klik Semakan Status Kes Saya.
- Pada laman seterusnya, sila tick pada Jenayah.
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- Tekan butang Cari.
- Keputusan semakan rekod jenayah individu tersebut akan dipaparkan (sekiranya ada).
- Selesai.
Walau bagaimanapun, untuk melakukan proses semakan rekod jenayah atau pelbagai lagi akses di portal E-Syariah ini. Anda harus membuat pendaftaran keahlian terlebih dahulu.
Macam mana nak daftar? Panduannya ada di bawah. Teruskan membaca!
Cara daftar ahli E-Syariah untuk semak rekod jenayah melalui Kad Pengenalan
Tak tahu bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli E-Syariah? Ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web E-Syariah di sini www.esyariah.gov.my.
- Pada Halaman Utama web tersebut, cari bahagian LOG MASUK.
- Klik pada Pendaftaran Keahlian.
- Pada laman seterusnya, sila lengkapkan bahagian Maklumat Keahlian di ruangan yang disediakan.
- Kemudian tekan butang Hantar.
- Sila tunggu seketika sehingga pendaftaran anda diproses.
- Jika tiada sebarang masalah, anda akan menerima notifikasi seperti Terima kasih kerana mendaftar dengan Portal E-Syariah. ID Ahli anda ialah (nombor kad pengenalan). Anda boleh log masuk dengan ID Ahli anda dan mula menggunakan perkhidmatan kami.
- Selesai.
- Sila kembali ke Halaman Utama dan log masuk sekali lagi untuk semak rekod jenayah atau menggunakan perkhidmatan lain di portal E-Syariah.
- Tamat.
Semak rekod jenayah melalui Kad Pengenalan tanpa perlu mendaftar keahlian
Nak tahu tak? Ada satu lagi cara yang boleh digunakan untuk semak rekod jenayah melalui kad pengenalan tanpa perlu mendaftar sebagai ahli e-Syariah terlebih dulu.
Yang pasti caranya memang sangat mudah dan cepat. Anda pasti tak sangka.
Ikuti langkah mudah ini:
- Layari laman web E-Syariah di sini www.esyariah.gov.my.
- Pada Halaman Utama web tersebut, scroll sehingga anda jumpa ruangan Semakan Status Kes.
- Kemudian, sila tick pada Jenayah.
- Seterusnya, masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- Tekan butang Cari.
- Keputusan semakan rekod jenayah individu tersebut akan dipaparkan (sekiranya ada).
- Selesai.
Siapa yang layak untuk menyemak rekod jenayah melalui Kad Pengenalan?
Setiap individu adalah layak untuk membuat semakan rekod jenayah sama ada untuk diri sendiri atau bagi pihak orang lain.
Di samping itu, kami juga menyeru kepada pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga untuk buat semakan rekod jenayah ini untuk kebaikan masing-masing.
Akhir kata
Diharapkan perkongsian ini dapat menjawab persoalan anda tentang bagaimana nak semak rekod jenayah melalui kad pengenalan. Dah tak perlu lagi hidup dalam kerisauan.
Kami juga mendoakan agar segala urusan anda dipermudahkan walau dalam apa jua situasi.
Semoga bermanfaat.
salam tuan saya nak tanya dalam semakan rekod jenayah apa yang boleh disemak melalui e syariah?adakah rekod jenayah sivil atau kesalahan kes syariah?
Saya nk casj suami saya bernama Rosli bin Rosli atas kesalahan apa kah ya