Semak Bil Astro Guna IC


Anda nak semak bil Astro guna IC? Mudah saja. Anda tak perlu lagi bersusah-payah datang ke cawangan Astro seperti dulu. Kini anda boleh check bil, bayar bil dan banyak lagi menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Astro.

Nak tahu macam mana? Jom ikuti artikel ini. Izinkan kami berkongsi.

Semak bil Astro melalui SMS

Kalau tak ada Internet tak ada masalah. Anda boleh semak bil ASTRO guna SMS. Tak ingat nombor akaun Astro pun tak ada masalah. Boleh masukkan Nombor Kad Pengenalan.

Ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi SMS pada telefon anda.
  2. Taip ASTRO<jarak>BAL<jarak>NO AKAUN atau NO IC.
  3. Hantar ke 33310.

Contoh SMS:

ASTRO BAL 135790123 dan tekan butang hantar ke 33310.

PERHATIAN

*Anda akan dikenakan caj perkhidmatan bagi setiap SMS yang dihantar. Kadar caj SMS adalah bergantung kepada kadar yang ditetapkan oleh telco anda.

Semak bil di Portal Self-Service Astro

Untuk anda yang ada kemudahan internet dan dah mendaftar ASTRO ID. Anda boleh semak bil di portal yang disediakan oleh pihak Astro secara online.

Cara-caranya adalah seperti di bawah:

  1. Sila layari laman web Astro di sini astro.com.my.
  2. Pilih Bahasa.
  3. Seterusnya, tekan butang LOG MASUK.
  4. Anda akan dibawa ke Portal Self-Service Astro di sini https://selfservice.astro.com.my.
  5. Sila pilih Bahasa.
  6. Kemudian, lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk log masuk atau log masuk menggunakan akaun Facebook, Google atau Apple anda.
  7. Masukkan E-mel / Nombor Telefon.
  8. Masukkan Kata Laluan.
  9. Tekan butang LOG MASUK.
  10. Anda akan dibawa ke halaman utama portal.
  11. Pada halaman utama, sila klik pada bahagian Bil dan Bayaran atau Lihat Bil untuk menyemak bil Astro anda.
  12. Selesai.

Macam mana nak daftar ASTRO ID bagi yang belum ada?

Buat anda yang belum lagi ada ASTRO ID dan nak mendaftar. Sila ikuti panduan di bawah:

  1. Sila layari laman web Astro di sini astro.com.my.
  2. Pilih Bahasa.
  3. Seterusnya, tekan butang LOG MASUK.
  4. Anda akan dibawa ke Portal Self-Service Astro di sini https://selfservice.astro.com.my.
  5. Sila pilih Bahasa.
  6. Pada ruangan log masuk, tekan pada bahagian Tiada Astro ID? Cipta sekarang!
  7. Anda akan dibawa ke halaman Cipta Astro ID.
  8. Masukkan Nama, E-mel / Nombor Telefon Bimbit dan Kata Laluan pada ruangan yang disediakan.
  9. Tick pada kotak Saya bersetuju dengan Terma & Privasi.
  10. Tekan butang CIPTA ASTRO ID.
  11. Kemudian, anda akan diminta untuk mengesahkan kod pengesahan yang telah dihantar ke e-mel atau nombor telefon yang telah didaftarkan tadi.
  12. Seterusnya, anda perlu memasukkan no akaun atau smartcard anda untuk memastikan akaun yang didaftarkan tadi adalah milik anda.
  13. Akhir sekali, ikuti arahan seterusnya untuk melengkapkan proses pendaftaran anda.
  14. Selesai! Kini anda dah boleh semak bil Astro secara online.

Check guna aplikasi My Astro

Bukan saja melalui SMS dan website. Anda juga boleh semak bil menggunakan aplikasi.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Sila muat turun aplikasi My Astro terlebih dulu di Google Play Store atau App Store.
  2. Seterusnya, log masuk untuk semak bil Astro anda atau menggunakan perkhidmatan lain.
  3. Selesai.

Ada masalah untuk semak bil Astro?

Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan untuk menyemak bil atau menggunakan perkhidmatan lain. Anda boleh terus menghubungi pihak Astro di talian 03-9543 3838 bagi pertanyaan lanjut.

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk semak bil Astro sama ada guna IC atau no akaun Astro dengan lebih mudah dan cepat.

Kami juga suka untuk ingatkan anda supaya rajin-rajin semak bil TNB dan juga bil-bil lain. Bukan apa, bimbang ada tunggakan yang anda tak perasan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment