Semak Baki Tabung Haji CIMB (Cara Check Online & Guna ATM)


Jika anda terfikir untuk semak baki Tabung Haji CIMB anda dengan mudah. Mari ketahui bagaimana cara melakukannya melalui artikel yang kami sediakan ini. Kami pasti ianya akan berguna untuk anda.

Jemput baca perkongsian kami.

Cara semak baki Tabung Haji CIMB di laman web secara online

Berikut merupakan cara untuk semak baki Tabung Haji di CIMB menggunakan CIMB Cliks:

  1. Layari laman web CIMB Cliks di cimbcliks.com.my.
  2. Halaman utama CIMB Clicks akan terpapar.
  3. Sila masukkan User ID anda dan tekan Login.
  4. Seterusnya, sahkan SecureWord anda dengan tick pada kotak kecil yang disediakan.
  5. Kemudian, masukkan Password dan tekan Login.
  6. Anda akan dibawa ke halaman utama profil atau akaun CIMB Clicks anda.
  7. Pada bahagian My Account Overview, sila scroll ke bawah sehingga anda jumpa bahagian Tabung Haji.
  8. Sila klik pada bahagian Tabung Haji.
  9. Baki Tabung Haji CIMB anda akan dipaparkan.
  10. Selesai.

 

Semak balance menggunakan ATM

Bagi anda yang tak ada akses internet, anda boleh juga semak baki Tabung Haji CIMB anda menggunakan mesin ATM. Macam mana nak buat?

Ikuti langkah di bawah:

  1. Hadir di mana-mana mesin ATM CIMB Bank berhampiran anda.
  2. Masukkan kad debit anda ke dalam ruangan yang disediakan (tunggu sehingga lampu hijau menyala).
  3. Kemudian, pilih BAHASA.
  4. Masukkan Nombor PIN ATM anda.
  5. Tunggu seketika sehingga akaun anda disahkan.
  6. Halaman utama akaun CIMB ATM anda akan terpapar.
  7. Pilih bahagian Lain-Lain.
  8. Seterusnya, pilih bahagian TABUNG HAJI (TH).
  9. Tekan butang PERTANYAAN BAKI.
  10. Baki Tabung Haji CIMB anda akan dipaparkan.
  11. Selesai.

Walau bagaimanapun, untuk boleh menyemak baki akaun Tabung Haji CIMB anda tak kira secara online atau menggunakan ATM. Pastikan anda telah pun pautkan akaun atau linkkan akaun Tabung Haji anda dengan CIMB.

Kalau masih belum buat lagi, bolehlah buat sekarang.

Namun begitu, sebelum nak linkkan akaun Tabung Haji anda dengan mana-mana bank terutamanya CIMB. Jangan lupa untuk semak nombor akaun Tabung Haji anda. Ini adalah kerana nombor akaun Tabung Haji anda akan diperlukan untuk proses pautkan akaun.

Seterusnya, bagi memautkan akaun Tabung Haji anda dengan CIMB. Anda boleh merujuk panduan yang disediakan oleh pihak CIMB di sini.

 

Ada masalah untuk check baki Tabung Haji CIMB?

Sekiranya anda masih menghadapi sebarang kesulitan untuk semak baki Tabung Haji CIMB atau hal-hal lain yang berkaitan. Anda boleh terus menghubungi pihak CIMB mengikut pilihan saluran yang disediakan di sini cimb.com.my.

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian kami ini dapat mempermudahkan urusan anda di kemudian hari dan memberikan faedah kepada para pembacanya.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment