Restoran Aroma Hijrah (Nasi Arab Yang Sedap di Shah Alam)


Di mana restoran nasi arab di Shah Alam yang sedap dan popular? Mari bersama kami kita singgah ke Restoran Aroma Hijrah yang terletak di TTDI Jaya. Pertama kali sampai di Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya ini kami teruja melihat  hiasan dalaman dan juga tempat makan bersila ala-ala arab selain daripada kerusi meja kayu yang di sediakan. Dengan langsir dan lampu malap, terserlah suasana arab dalam Restoran Aroma Hijrah.

Disambut oleh seorang pelayan restoran yang sangat ramah, terus membawa kami ke tempat duduk bersila yang masih ada kekosongan. Apabila di tanya apa yang menarik dan makanan yang best, pelayan terus memberi cadangan supaya kami mencuba makanan yang berbeza memandangkan kami datang bertiga.

Menu Nasi Arab di sini

Menu masakan arab yang popular dihidangkan di Aroma Hijrah antaranya Roasted Mandy Chicken, Masywi (Grilled) Chicken, Mandy Beef, dan lain lain.

Nasi pula ada tiga pilihan iaitu Mandy Rice, Maqlubah Rice dan Kabsah Rice.

Untuk mengetahui hidangan makanan yang lain dari Aroma Hijrah boleh ke Facebook Aroma Hijrah

 

Minta cadangan hidangan Nasi Arab

Kalau anda tak tahu nak pesan makanan apa, boleh minta cadangan dari pelayan Aroma Hijrah. Terbaik punya sesi memilih makanan, pelayan pun sempoi. Memandangkan kami bertiga, idea yang paling bernas adalah  untuk memesan menu yang berbeza-beza. Jadi kami memilih single set dengan nasi arab yang berbeza.

Sebelum makanan sampai, krew sempat berjalan-jalan melihat sekitar restoran.


Suasana dalaman Restoran  Aroma Hijrah sangat menarik. Warna, hiasan dan juga lampu-lampu menambahkan selera makan kami.

Setelah menunggu 10-15 minit, makanan yang dipesan pun sampai………..Hmmmm…nampak menyelerakan!

Apa yang kami order:

  • Ini Kabsah Lamb dengan Nasi Mandy
  • Masywi (Grilled) Chicken with Kabsah Rice
  • Roasted Mandy Chicken with Maqlubah Rice
  • Air Kedondong bersama Asam Boi

 

Nampak menyelerakan? Alhamdulillah……Memang puas hati dengan hidangan yang disediakan. Setiap hidangan ada kekuatan rasa tersendiri. Untuk nasi Maqlubah, yang membezakannya adalah nasi Maqlubah ini ada sayur seperti kentang, terung dan lobak merah yang dimasak sekali dengan nasi. Bagi kami nasi Maqlubah paling sedap. Rasanya macam ala-ala kurma.

Daripada tiga hidangan lauk iaitu Kabsah Lamb, Roasted Chicken, dan Masywi (grilled) Chicken, Masywi chicken menjadi pilihan kami. Rempah yang digunakan untuk masywi chicken seperti rempah sate, sedap! Tetapi ia bergantung pada selera masing-masing.

Jangan lupa untuk rasa 2 menu kambing di sini iaitu Roasted Lamb dan Kabsah Lamb. Beginilah gambaran Half Roasted Lamb yang diambil dari Facebook Aroma Hijrah. Nampak menyelerakan bukan?

Harga untuk 1 jug air kedondong bersama asam boi hanya RM 20. Alhamdulillah….Hidangan nasi arab Aroma Hijrah, TTDI Jaya ini memang istimewa dan banyak pilihan. Tidak dilupakan juga kepada pelayan yang ramah melayan kami.

Kalau rasa nak makan nasi arab, boleh singgah di Aroma Hijrah untuk makan tengah hari ataupun makan malam. Dibuka dari hari Isnin hingga Ahad dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Maklumat lanjut Restoran Aroma Hijrah

Alamat:
Restoran Aroma Hijrah
No 8, Jalan Opera U2/H,
TTDI Jaya,
40150 Shah Alam, Malaysia

Contact number: 03-78321524 / 012-6544838 / 012-6644639

Operation Hours:
Isnin – Khamis: 11:00 am – 10:30 pm
Jumaat – Ahad: 11:00 am – 11:00 pm

Dah kenyang akan Nasi Arab Shah Alam, jemput jalan-jalan melawat tempat menarik di Shah Alam pula.

Leave a Comment