Restoran nasi lemak Village Park yang terletak di Uptown, Damansara Utama merupakan restoran yang menyediakan nasi lemak yang popularย di Kuala Lumpur.
Halal ke tak?
Jangan risau. Pemilik Restoran nasi lemak Village Parkย adalah pasangan suami isteri Chinese Muslim. Pernah kecoh seketika pada ย 2012, desas-desus menyatakan artis Neelofa adalah pemiliknya. Namun hakikatnya Neelofa merupakan salah seorang share partner.
Beratur panjang
Apa yang menarik di sini, majoriti pengunjung sanggup beratur menunggu tempat untuk menikmati nasi lemak mereka. Pelanggan sentiasa penuh sehingga ke luar kedai. Ada juga yang sanggup beratur lama untuk mendapat tempatย berโaircondโย di dalam yang lebih selesa.
Konsep disini, cari tempat duduk dan panggil pelayan untuk membuat pesanan.ย Nak tunggu orang ambil pesanan pun makan masa 30 minit.
Menu sedap di Nasi Lemak Village Park
Apa agaknya yang sedap sangat dengan nasi lemak di sini?
Signature dish disini adalah Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah.ย Nasi Lemak di sini masih mengekalkan tradisi dihidangย atasย daun pisang. Memang menaikkan selera makan!
Nasi Lemak di sini memang sedap, memang tak dapat dinafikan. Ayam goreng berempahnya merupakan daya penarik utama. Garing dan berkerak.
Boleh rasa rempahanya yang sangat sedap! Cuma, kalau masak lama sikit mungkin akan lebih sedap. Kami kurang bernasib baik kerana dapat ayam goreng tak berapa nak masak bahagian dalam.
Sambal nasi lemak di sini tak begitu pedas tetapi masih lagiย sedap.
Hargaย Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah =ย RM9
Mahal atau murah harga makanan di sini? Sebenarnya, bergantung kepada poket sendiri juga.
Kalau dah suka, harga tidak menjadi masalah.
Maklumat lanjut Restoran Village Park
Untuk anda yang nak merasa nasi lemak ini, lokasi mereka seperti alamat seperti di bawah:
Alamat:
- 5, Jalan SS21/37, Damansara Utama,ย 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi :
- Isnin โ Sabtu ย 7.00 am โ 8.00 pm
- Ahad dan Cuti Umum 7.00 am โ 6.00 pm
Contact number:
- 03 7710 7860
Tak menjawab soalan ?