mycarinfo.com.my (Cara Daftar, Semak Market Value & NCD)


Mycarinfo merupakan laman web yang sangat berguna jika anda inginkan info mengenai kenderaan anda. Di laman web ini, anda akan dapat mengakses pelbagai maklumat seperti nilai pasaran kenderaan, no claim discount, polisi insurans kenderaan dan status kenderaan anda.

Izinkan kami berkongsi dengan lebih lanjut.

Cara check nilai pasaran kenderaan (vehicle market value)

Berikut adalah cara untuk anda check market value kenderaan anda di mycarinfo:

  1. Layari laman web mycarinfo di https://www.mycarinfo.com.my/
  2. Pilih Vehicle Market Value.
  3. Pilih pelan percuma dan tekan GO.
  4. Pilih Tahun, Pembuat dan Model, Engine CC, Transmission dan Variant.
  5. Tick kotak Im Not A Robot. Tekan GO.
  6. Laman baru akan terpapar dengan Result. Tekan GET VALUATION
  7. Baca terms & condition, tekan I AGREE.
  8. Vehicle description, market & valuation date akan terpapar.

Jika anda ingin penilaian yang lebih detail, anda boleh mendaftar dan membuat pembayaran kredit untuk dapatkan plan komprehensif.

 

Cara check NCD (no claim discount)

NCD ialah ganjaran yang diberikan kepada pemegang polisi yang tidak menggunakan insuran dalam tempoh pegangan. Berikut adalah cara untuk anda check NCD kenderaan anda:

  1. Layari laman web mycarinfo di https://www.mycarinfo.com.my/
  2. Pilih NCD Enquiry.
  3. Tekan FIND OUT YOUR NCD ONLINE.
  4. Masukkan butir yang diperlukan iaitu:
    • nombor pendaftaran kenderaan
    • nombor kad pengenalan
  5. Tick pada kotak Yes, I have read and understood privacy notice.
  6. Tick kotak Im Not A Robot.
  7. Tekan GET MY NCD REPORT.
  8. Keputusan NCD anda akan terpapar.

 

Cara daftar mycarinfo

Sebenarnya, anda tidak perlu daftar jika anda inginkan info asas sahaja. Tetapi, jika anda inginkan kelebihan dan data yang lebih komprehensif, kami galakkan untuk anda mendaftar dan beli kredit.

Berikut adalah cara untuk daftar mycarinfo:

  1. Layari laman web mycarinfo di https://www.mycarinfo.com.my/Account/Register.
  2. `Isikan butir yang diperlukan:
    • Nama
    • Email
    • Confirm email
    • Password (password anda harus mempunyai minimum 8 huruf dengan kombinasi huruf besar, huruf kecil, special characters dan nombor)
    • Confirm password
  3. Tick pada kotak Terms & Conditions and Privacy Notice
  4. Anda akan menerima email untuk user email verification. Buka email anda dan tekan link yang diberikan.
  5. Pendaftaran anda berjaya dan boleh login untuk mengakses sistem.

Pendaftaran untuk mycarinfo sudah selesai.

 

Berapa kena bayar untuk pakej mycarinfo?

Terdapat beberapa pakej yang dikenakan, bergantung kepada jenis report yang anda perlukan, terdapat pakej RM6, RM30, RM60 dan RM120.

Untuk membuat pembelian, anda harus mendaftar terlebih dahulu.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian kami mengenai mycarinfo ini bermanfaat untuk anda. Kami juga ada kongsikan cara check owner kereta online dan cara semak harga insurans kereta.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh dapatkan maklumat untuk semak pemilik kenderaan melalui nombor plat juga.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment