Jangan panik jika anda lupa password MySejahtera. Semuanya boleh settle hanya dengan reset semula kata laluan anda mengikut panduan seperti yang kami kongsikan di bawah.
Izinkan kami berkongsi.
1. Jika lupa password MySejahtera, reset guna SMS
Pertama sekali, anda perlu pastikan bahawa aplikasi MySejahtera masih lagi ada dalam telefon bimbit. Jangan removedahulu. Jika sudah remove, sila download My Sejahtera sekali lagi.
- Buka aplikasi MySejahtera
- Klik Forgot Password di bahagian bawah skrin
- Akan ada dua (2) pilihan untuk reset password MySejahtera
- Secara default, skrin akan paparkan cara reset menggunakan nombor telefon bimbit
- Jika anda tinggal di Malaysia dan menggunakan nombor telefon dari penyedia seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan lain-lain, biarkan sahaja MY +60
- Selepas itu, di ruangan Mobile number, masukkan nombor telefon anda yang masih lagi aktif
- Selepas anda memasukkan nombor telefon tersebut, akan keluar satu paparan lain iaitu “Reset password link has been sent. Kindly check your SMS for further instructions”
- Tekan sahaja butang Done
- Semak SMS yang dihantar oleh MySejahtera
- Untuk mengelakkan dari tertipu, ini adalah contoh kandungan SMS tersebut “RM0 Click to reset https://mysejahtera.malaysia.gov.my/home/#/reset-password/E8783jl060870xa98ijjkIKKJG”
- Jangan bimbang, di bahagian hujung URL di atas adalah nombor dan aksara yang random
- Klik link yang ada dalam SMS tersebut menggunakan browser
- Tunggu sehingga laman web siap loading
- Setelah selesai loading, akan keluar paparan berikut:
- Select your new password and enter it below
- Masukkan kata laluan baru di ruangan New Password
- Sahkan kata laluan tadi di ruang Re-enter Password
- Tekan butang Reset Password
- Proses tukar kata laluan MySejahtera guna SMS sudah selesai
2. Masih tak boleh login MySejahtera? Reset guna email
Sekiranya anda lebih selesa untuk reset kata laluan menggunakan e-mel, ikuti cara di bawah:
- Buka aplikasi MySejahtera
- Klik Forgot Password di bahagian bawah skrin
- Akan ada dua (2) pilihan untuk reset password MySejahtera
- Secara default, skrin akan paparkan cara reset menggunakan nombor telefon bimbit
- Abaikan dan jangan masukkan apa-apa di ruangan MY +60
- Ini kerana jika anda mahu reset menggunakan email, anda perlu klik My user ID is an email
- Masukkan email anda yang masih lagi aktif dan berfungsi di ruangan Email Address
- Selepas anda memasukkan email, akan keluar satu paparan lain iaitu “Reset password link has been sent. Kindly check your SMS for further instructions”
- Tekan sahaja butang Done
- Semak email yang dihantar oleh MySejahtera dari [email protected]
- Ini adalah contoh kandungan email tersebut:”You can change your password using theURL: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/home/#/reset-password/iABCfgdhdg8714l060870xa98GbhfrkILKMH”Login to see more.This is an automatically generated email. Please do not reply to this message.”
- Klik link yang ada dalam SMS tersebut menggunakan browserย seperti Google Chrome, Firefox, Safari dan lain-lain
- Tunggu sehingga laman web tadi siap loading
- Setelah selesai loading, akan keluar paparan berikut:
- Select your new password and enter it below
- Masukkan kata laluan baru di ruangan New Password
- Sahkan kata laluan tadi di ruang Re-enter Password
- Tekan butang Reset Password
- Proses tukar kata laluan MySejahtera menggunakan email sudah selesai
3. MySejahtera Forgot Password tak berfungsi?
Jika anda mempunyai masalah untuk reset dan login, boleh hubungi customer service MySejahtera.
- Klik pautan ini: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
- Untuk memudahkan urusan untuk reset kata laluan anda, pergi ke bahagian Pilih Bahasa dan pilih Bahasa Melayu terlebih dahulu
- Tekan butang Mula,
- Seterusnya, di bahagian MySejahtera: Bagaimana kami boleh membantu anda?, akan ada beberapa pilihan:
- A Saya tidak dapat mendaftar
- B Saya tidak boleh log/akses masuk ke aplikasi
- C Saya menghadapi masalah untuk mengimbas kod QR/ daftar masuk
- D Saya ingin bertanya mengenai kategori risiko / penilaian kesihatan
- E Saya ingin mengemaskini maklumat peribadi
- F Saya telah disahkan positif COVID 19 positif dan sedang menunggu untuk dihubungi oleh KKM
- G Saya perlu maklumat mengenai VAKSIN – COVID 19
- H Hal-hal lain?
- Pilih B
- Akan keluar beberapa pilihan lain
- MySejahtera akan memberikan solusi
- Sekiranya masih lagi tidak menjawab persoalan, klik “Ia tidak berfungsi”
- Seterusnya, masukkan nombor telefon atau email supaya pihak My Sejahtera boleh menghubungi anda
- Tekan butang Hantar
- Selesai
Akhir kata
Lupa password MySejahtera itu biasa. Jika kebetulan tak boleh scan, beralih ke tepi dan berikan laluan pada orang lain untuk scan QR code My Sejahtera terlebih dahulu.
Selesaikan mana yang penting dahulu.
Semoga bermanfaat.
60173215308
Password
Saya terlupa password MySejatera
Saya terlupa password MySejatera,dari itu saya minta nombor password Aplikasi MySejatera
Password
Assalamualaikum hai saya ingin mengembalikan my sejahtera saya blk Kerna fon sudah di format jadi saya nk masuk ke dalam account yang telah buat sblm fon format
Forget my mysejatra I’d and password and phone number
0135283836
Terlupa password
Tak boleh check my sejahtera.Saya lupa password&email ..tlg sat..tq