Lupa No Akaun Tabung Haji


Kalau anda mempunyai akaun Tabung Haji tapi lupa no akaun Tabung Haji, bagaimana cara nak dapatkannya semula? Ya, anda datang di tempat yang betul.

Jangan serabut-serabut, sebab sebenarnya tak susah mana pun nak semak no akaun TH anda. Cukup guna nombor IC anda, ada telefon bimbit dan talian internet, anda dah boleh semak. Jadi, izinkan kami berkongsi caranya.

Lupa no akaun itu memang biasa, sesiapa pun pasti pernah alaminya. Dengan begitu banyak akaun untuk  perbankan dan pelbagai macam urusan lain, sekali sekala tak mustahil anda akan terlupa satu dua akaun ini termasuk no akaun TH.

Bagaimanapun anda jangan khuatir kerana tak sukar pun untuk mendapatkan no akaun anda semula. Samada anda boleh buat semakan dengan mengunjungi mana-mana cawangan TH, menghubungi pusat panggilan TH atau  melalui portal online TH, THiJARI.

Kami kongsikan cara nak semak no akaun TH.

Check no akaun TH guna IC (melalui Call Centre)

Kami faham bukan semua pemegang akaun Tabung Haji yang celik IT terutamanya warga emas. Jadi, cara paling mudah nak semak no akaun Tabung Haji kalau lupa, anda boleh:

  • Hubungi call centre TH di talian 03-6207 1919
  • Beritahu bahawa anda mahu semak no akaun Tabung Haji anda
  • Pihak call centre akan bertanya no IC anda untuk pengesahan
  • Mereka juga akan bertanyakan nama penuh anda
  • Jika semuanya sahih, mereka akan memberikan no TH anda

Check no akaun TH guna IC di kaunter Tabung Haji

Ini mungkin cara yang paling mudah untuk anda yang berkelapangan untuk ke cawangan TH. Selain nak dapatkan pelbagai maklumat berkaitan akaun anda, boleh juga nak berurusan lain seperti menambah simpanan, mengeluarkan simpanan, daftar haji dan banyak lagi.

  • Datang ke mana-mana cawangan TH terdekat
  • Jangan lupa bawa IC asal anda
  • Ambil nombor
  • Tunggu sehingga nombor dipanggil
  • Berurusan di kaunter

Check no akaun TH online (Login THiJARI)

Memang apa-apa urusan sekarang ini semuanya mudah sangat secara online, ini termasuk akaun TH. Kalau anda lupa no akaun TH, hanya check melalui portal THiJARI, tapi anda terlebih dulu perlulah mendaftar di portal THiJARI.

Sekiranya anda sudah daftar akaun dalam portal THiJARI, sekarang kami tunjukkan cara semak no akaun TH anda selepas login THiJARI.

  1. Layari pautan portal THiJARI.
  2. Masukkan ID Pengguna anda
  3. Tekan Log Masuk
  4. Pastikan kata Nama anda akan terpapar
  5. Masukkan Kata Laluan anda
  6. Tekan Log Masuk
  7. Anda telah berjaya login akaun THiJARI anda
  8. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem THiJARI
  9. Di laman utama, klik menu Ringkasan Akaun
  10. Lihat dan sahkan Nama Ahli
  11. Lihat no akaun TH seperti yang terpapar

Apa itu THiJARI

Banyak kelebihan kalau anda mendaftar di portal THiJARI, salah satunya jika anda lupa no akaun Tabung Haji, anda boleh login portal THiJARI dan semua maklumat tentang akaun anda ada di sini.

Anda juga boleh mengemaskini urusan akaun seperti nak tambah simpanan, pindahan wang, cetak penyata akaun pendaftaran dan semakan keahlian Kelab TaHa, informasi , direktori, berita dan promosi terkini.

Bagi anda yang pertama kali nak mendaftar, layari portal www.thijari.com.my. Kami kongsikan langkah seterusnya di bawah.

Cara daftar THiJARI

Sebelum daftar portal THiJARI, pastikan anda telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter Tabung Haji.

Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang anda dah daftarkan. Pastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses login sistem THiJARI.

Anda hanya perlu datang sekali saja ke kaunter TH untuk kemaskini maklumat bagi anda yang pertama kali daftar akaun THiJARI. Untuk daftar, ikuti langkah-langkah ini:

  1. Layari portal www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
  2. Pada paparan utama, klik pada Daftar.
  3. Masukkan no kad pengenalan dan no akaun TH.
  4. Klik Seterusnya. Kemudian isikan no telefon bimbit yang telah didaftarkan.
  5. Kemudian, semak dan sahkan no kad pengenalan, no akaun TH dan no telefon bimbit.
  6. Masukkan no TAC yang diterima dari telefon bimbit anda.
  7. Isikan butiran yang diperlukan seperti:
    • Kata Nama – sebagai Key Pharase
    • Kata Laluan – ciptakan kata laluan anda
    • Nama Pengguna – masukkan ID Pengguna ada
    • Negeri Terkini – isikan negeri terkini anda berada
  8. Tandakan pada Terma & Syarat
  9. Tahniah, anda berjaya mendaftar sebagai penggunaTHiJARI.

Akhir kata

Bagi yang belum mendaftar akaun TH, jangan berlengah lagi sebab lagi lambat anda daftar Haji, lagi lambatlah giliran anda nak menunaikan rukun Islam kelima itu.

Selain simpanan yang selamat jika anda menabung di TH, ia menjamin pelaburan yang selamat juga untuk simpanan anda di sini. Tak payah risau rugi sebab pihak TH sentiasa memastikan pelaburannya adalah patut syariah serta memperoleh pulangan yang kompetitif demi menjamin setiap ringgit simpanan pendeposit.

Kami harap artikel ini dapat memudahkan urusan semakan no akaun TH. Jika nak tambah simpanan pula sila baca cara transfer duit ke tabung haji.

Semoga bermanfaat!

Leave a Comment