Linux Desktop Yang Ringan (Untuk Kerja Update Blog Harian)


Orang yang biasa pakai Mac, dia akan terus pakai Mac. Sama juga dengan orang yang biasa dengan Linux, dia tentu tak akan bertukar ke Windows atau Mac. Mesti dia akan cari Linux desktop yang ringan, yang akan memudahkan kerja-kerja seharian ataupun untuk manage hosting.

Jadi, izinkan kami berkongsi beberapa jenis yang boleh digunakan oleh peminat-peminat Linux.

#1 KDE

KDE memang popular. Cuma GUI-nya tak cantik sangat. Semasa grancanariadesktopsummit.org dulu, ramai developer KDE berkumpul untuk membincangkan halatuju GUI untuk masa akan datang. Interface-nya pun sangat moden sekarang.

KDE juga sangat-sangat lighweight dan macam-macam boleh custom. Cuma memang akan keliru kalau tak biasa.

Kalau guna KDE, boleh connect telefon dengan KDE Connect juga. Sangat fleksibel.

 

#2 GNOME

GNOME dan KDE sama-sama naik. Rasanya, dua-dua ini adalah Linux desktop yang ringan. Tak adalah berat sangat.

Banyak Linux distros memang gunakan GNOME. Ia memang direka sebegitu agar mudah digunakan dan dalam masa yang sama boleh customize dengan pantas.

Cuma ia tidaklah seringan KDE. Kalau nak install sekalipun, lebih baik install pada komputer atau server yang mempunyai RAM 4GB dan ke atas.

Tapi, secara keseluruhannya GNOME lebih cantik dari KDE.

 

#3 MATE

MATE sebenarnya berasaskan dari GNOME 2. Ia dibangunkan oleh developer yang agak kecewa semasa pembangunan GNOE 3.

Jadi, mereka rebel dan buat yang baru.

 

#4 CINNAMON

CINNAMON pula adalah fork dari GNOME 3. Asalnya dibangunkan sebagai Linux desktop yang ringan untuk environment Linux Mint. Orang kata, interface-nya lebih kurang sama dengan Windows.

 

Akhir kata

Apa-apa pun, ikutlah diri sendiri. Tak perlu bergaduh sesama sendiri samada Mac, Windows atau Linux itu terbaik.

Ya, Linux itu lebih pantas kalau guna terminal atau command prompt. Tapi, kadang-kadang perlu guna desktop juga untuk buat editing.

Dalam environment server, lebih baik tak perlu GUI. Tapi kalau environment di rumah sahaja, desktop itu lebih sesuai.

Jadi, apa pilihan anda untuk Linux desktop yang ringan?

Leave a Comment