Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209 (Asli Terengganu)


Keropok lekor merupakan makanan yang sangat popular di Terengganu. Bagi mereka yang selalu membeli keropok lekor pasti tahu tempat yang menjual keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok lekor Terengganu terkenal dengan ramuan isi ikan yang lebih banyak berbanding yang dijual di Kuala Lumpur atau tempat lain. Disini kami ingin kongsikan di mana anda boleh mendapatkan keropok lekor yang sedap iaitu di kedai Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209.

Dulu keropok losong memang popular dan sering menjadi bualan, tetapi kini Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB2209 atau lebih dikenali sebagai Keropok Lekor Nombor ataupun beratur.

Kenapa nombor? Oleh kerana terlampau ramai orang yang datang membeli sewaktu cuti sekolah dan hujung minggu, mereka menggunakan angka giliran seperti di Bank dan Pejabat Pos untuk mengelakkan barisan yang panjang. Sistematik kan?

Keropok lekor Terengganu yang sedap

Keropok Bukit Tok Beng terkenal dengan kesedapan keropoknya yang mempunyai kuantiti isi ikan yang banyak. Kebanyakan penjual keropok lekor yang lain kurang rasa ikannya kerana harga ikan yang mahal. Sos pencicahnya yang pekat dan pedas berjaya menambat hati penggemar keropok lekor. Boleh dikatakan setiap kali balik Terengganu penulis akan membeli lebih untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.

Ada dua jenis keropok lekor Terengganu

Ada dua jenis keropok lekor yang biasa dijual, yang bergoreng dan yang direbus. Kedai keropok lekor di sini juga turut menjual keropok lekor yang siap divacuum dalam plastik. Kelebihan yang divacuum ini adalah ianya lebih tahan lama sebab kedap udara. Tetapi, perlu order sehari sebelum.

Kalau rasa nak makan keropok lekor panas-panas pun boleh. Di sini turut disediakan sebuah kafe yang menjual keropok goreng tanpa rebus yang sememangnya sangat enak. Jadi, sambil tunggu keropok lekor siap dibungkus boleh order untuk makan terus terutama bagi mereka yang akan berjalan jauh.

Maklumat lanjut Keropok Lekor Bukit Tok Beng

Alamat:
Kampung Bukit Tok Beng,
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu

Contact number:  012-562 0748

Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang

Kalau sudah sampai ke Terengganu, jangan lupa jalan-jalan di kawasan sekitar. Boleh juga lajak ke atas sedikit dan melawat tempat menarik di Kelantan.

Leave a Comment