Kenapa Tak Boleh Share Kredit Celcom


Mesti geram bila time urgent, mulalah Celcom nak buat hal. Maka mulalah terpacul keluar dari mulut, kenapa tak boleh share kredit Celcom berserta kata-kata makian yang lain.

Benar, sistem komunikasi hari ini memudahkan pengguna meminta, berkongsi, dan menghantar kredit tanpa perlu ke kedai untuk top-up. Namun dari semasa ke semasa, akan timbul masalah tak boleh kongsi kredit Celcom seperti ini. Maka kita perlu lihat punca terlebih dahulu sebelum kita attempt untuk selesaikan masalah tersebut.

Kenapa tak boleh share kredit Celcom?

Pertama, phone number yang dihajatkan menerima kredit tidak ditaip dengan tepat. Ini merupakan kecuaian daripada pihak pengguna itu sendiri di mana mereka mungkin terlepas pandang atau tersalah tekan ketika hendak memasukkan nombor telefon itu. Kadang kala, nombor tersebut tidak wujud maka transaksi boleh dibatalkan.

Kedua, line telefon anda tidak kuat atau bermasalah. Ini boleh berlaku apabila pihak pembekal mengalami masalah seperti sistem crash atau offline buat sementara waktu. Maka, anda mungkin tak boleh membuat sebarang transaksi membabitkan kredit buat sementara waktu sehinggalah masalah tersebut diselesaikan oleh pembekal anda.

Ketiga, lokasi anda tidak dicapai oleh line telefon pembekal. Apabila anda berada di kawasan pedalaman, atau mana-mana tempat yang jauh daripada pencawang menyebabkan anda tak boleh menerima atau menghantar apa-apa kredit untuk mengesahkan transaksi yang anda ingin lakukan.

Keempat, pembekal anda mungkin memerlukan masa yang lebih sebelum menyalurkan kredit. Sekiranya di sesuatu lokasi terdapat ramai pengguna yang menggunakan pembekal telekomunikasi yang sama, maka ia akan memberi kesan terhadap respon saluran kredit oleh kerana servis pembekal perlu diagihkan kepada lebih ramai pengguna dalam satu masa. Ini boleh berlaku apabila sistem pembekal tidak efisien.

Kelima, masalah kenapa tak boleh share kredit Celcom ini berlaku kerana anda kekurangan kredit untuk disalurkan ke nombor telefon lain. Sebelum anda boleh menyalurkan kredit kepada pengguna lain, anda perlu pastikan anda mempunyai kredit yang mencukupi terlebih dahulu. Ataupun, anda hanya mempunyai kredit yang cukup untuk diberi kepada orang lain, tetapi tidak cukup untuk menampung kos servis transaksi tersebut seperti yang ditetapkan oleh pembekal. Maka, pastikan balance anda mencukupi.

Keenam, kredit di telefon anda telah expired. Ini berlaku pada mereka yang malas untuk top-up atau memeriksa tarikh luput kredit tersebut. Dalam situasi lain, nombor anda telah tamat tempoh dan apa-apa kredit tidak boleh digunakan untuk transaksi. Maka, anda perlu aktifkan nombor dari semasa ke semasa dengan membeli kredit dari pembekal untuk melanjutkan tempoh aktif nombor telefon anda.

Ketujuh, peranti anda mengalami kerosakan operating system sementara sehingga menghalang apa-apa mesej daripada masuk. Ini jarang sekali berlaku, dan sekiranya berlaku, anda boleh cuba restart semula phone anda, ataupun bawakan ke kedai servis untuk perbaiki masalah tersebut jika masih berlarutan.

Macam mana nak share kredit Celcom?

Anda boleh ikuti panduan berkenaan cara share kredit Celcom yang cukup ringkas. Untuk makluman, anda hanya boleh transfer credit ataupun share topup Celcom menggunakan SMS.

Ada cara untuk share credit Celcom online?

Buat masa ini, tidak ada cara untuk berkongsi kredit yang ada dalam telefon anda secara online menggunakan Celcom Life App, Online Customer Service (OCS) dan juga Celcom Click & Pay.

Anda boleh gunakan SMS ataupun kod ringkas yang dipanggil USSD.

Akhir kata

Kesimpulannya, anda perlu pastikan semua syarat-syarat untuk melaksanakan transaksi tersebut telah dipenuhi terlebih dahulu.

Jika masalah masih berlanjutan, maka anda boleh berjumpa dengan ejen pembekal anda untuk mendapatkan nasihat agar isu kenapa tak boleh share kredit Celcom boleh diselesaikan.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment