gkp.hasil.gov.my (Login GKP 4.0, Buat Semakan Status & Tarikh Bayaran)


Bagi anda yang menunggu tarikh bayaran GKP 4.0 dan asyik login gkp.hasil.gov.my untuk buat semakan, ikuti perkongsian lengkap kami mengenai Geran Khas Prihatin 4.0 ini.

Sila ambil perhatian bahawa apa yang kami kongsikan ini hanyalah berkenaan GKP 4.0 sahaja. Ia sama sekali tidak sama dengan GKP PEMERKASA+ dan GKP TAMBAHAN (PERMAI).

Untuk makluman, menurut laman rasmi GKP yang terkini, semakan status kelulusan GKP 4.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Tarikh bayaran juga akan dimaklumkan nanti.

Izinkan kami berkongsi.

1. Bila tarikh bayaran GKP 4.0?

Seperti yang dimaklumkan, tarikh bayaran masih lagi belum diumumkan oleh Kerajaan. Walau bagaimanapun, pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan September 2021 dan November 2021.

Kami akan mengemaskini laman ini sejurus menerima maklumat terkini.

 

2. Berapa jumlah bantuan GKP 4.0?

Jumlah bantuan GKP 4.0 adalah sebanyak RM1,000.

Pembayaran Geran Khas Prihatin 4.0 kepada penerima akan dibuat melalui dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.

RM500 akan dibayar pada bulan September 2021. Manakala baki RM500 lagi akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima pada bulan November 2021.

Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada perubahan.

 

3. Log masuk GKP 4.0 di gkp.hasil.gov.my

Berikut ialah direct link untuk log masuk GKP 4.0:

  1. Layari laman web rasmi Geran Khas Prihatin 4.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Pastikan semak URL betul-betul, jangan tersilap taip htps://gpk.hasil.gov.my pula
  3. Masukkan No MyKad
  4. Pastikan No MyKad ialah dalam 12 digit, tanpa sempang (-)
  5. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 900303-03-5555, masukkan 900303035555
  6. Akan keluar paparan Frasa Keselamatan
  7. Jika paparan tersebut adalah sama seperti yang didaftarkan, klik Ya
  8. Jika paparan tersebut tidak sama, klik Tidak
  9. Jika anda terlupa Kata Laluan, klik Terlupa Kata Laluan
  10. Selepas itu, masukkan Kata Laluan
  11. Klik butang Log Masuk
  12. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya login GKP 4.0

 

4. Cara mohon GKP 4.0 (Geran Khas Prihatin PEMULIH)

Sila ambil perhatian.

Permohonan baharu GKP 4.0 di bawah Pakej PEMULIH hanya akan dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.

Ini adalah khusus bagi PKS Mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini iaitu GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0

Sila ikuti cara untuk buat permohonan GKP 4.0 seperti di bawah:

  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP 4.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Jangan salah taip GPK 4.0 pula; atau masuk https://gpk.hasil.gov.my
  3. Untuk makluman, portal GPK 4.0 tidak wujud, yang ada hanya GKP 4.0 sahaja
  4. Sila login GKP 4.0 dengan klik pautan No MyKad
  5. Pastikan anda masukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit
  6. Jangan masukkan sempang (-)
  7. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 900303-03-5555, masukkan 900303035555
  8. Tekan butang Semak
  9. Sekiranya anda memang belum pernah buat permohonan GKP 4.0, anda akan menerima ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar”
  10. Masukkan Nombor MyKad sekali lagi
  11. Tekan butang Cari
  12. Akan keluar paparan ini “Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.”
  13. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  14. Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini “Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.”
  15. Tekan butang Semak
  16. Tekan butang Permohonan Baharu
  17. Anda kini dapat melihat borang permohonan GKP 4.0
  18. Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi untuk mohon GKP 4.0 seperti:
    • Maklumat Pemohon
    • Maklumat Entiti Perniagaan
    • Pengesahan
  19. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Nama Pemohon
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat Surat Menyurat
    • Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Status Perkahwinan
  20. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Jenis Perniagaan
    • Nombor Cukai Pendapatan
    • Nama Perniagaan Pemilik Tunggal / Syarikat / Perkongsian
    • Nombor Pendaftaran Syarikat
    • Tarikh Mula Beroperasi
    • Nombor Lesen Perniagaan
    • Alamat Premis Perniagaan
  21. Selepas siap, klik tab Pengesahan di bahagian atas
  22. Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin
  23. Tekan butang Sahkan Captcha
  24. Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
  25. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
  26. Klik butang Hantar
  27. Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP 4.0 berjaya akan dipaparkan

 

5. Kemaskini GKP 4.0 (Nama Bank & Nombor Akaun Bank)

Sila ambil perhatian. Anda perlu pastikan bahawa Akaun Bank anda adalah Akaun Peribadi, di mana akaun bank tersebut adalah di atas nama pemohon GKP itu sendiri. Pastikan akaun bank tersebut bukan akaun bank suami / isteri / anak / adik / kakak / ibu / bapa / saudara. Yang paling penting sekali, akaun tersebut juga bukan akaun bank perniagaan

Selain itu, anda perlu pastikan bahawa akaun bank itu masih lagi aktif. Untuk mengetahui samada ia masih aktif atau tidak, anda boleh semak samada anda masih boleh keluarkan duit lagi melalui ATM atau tidak. Pastikan juga anda berdaftar menggunakan nombor Kad Pengenalan.

Ikuti langkah di bawah untuk membuat kemaskini GKP 4.0:

  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP 4.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Login GKP 4.0 dengan klik pautan Log Masuk
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Pastikan anda masukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit
  5. Jangan masukkan sempang (-)
  6. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 900303-03-5555, masukkan 900303035555
  7. Tekan butang Semak
  8. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  9. Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini “Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.”
  10. Masukkan semula dan tekan butang Semak
  11. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem GPK 4.0
  12. Lihat di bahagian Maklumat Pemohon
  13. Tekan butang Kemaskini
  14. Pilih nama bank yang masih lagi aktif
    • Pastikan atas nama sendiri
  15. Masukkan nombor akaun bank yang masih aktif
    • Sila double-check supaya tidak berlaku kesilapan lagi
  16. Tekan butang Simpan
  17. Selesai

 

6. Semakan kelulusan GPK 4.0 (Status Lulus atau Tidak Lulus)

Di bawah ini ialah cara untuk buat semakan kelulusan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0):

  1. Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
  3. Masukkan No MyKad
  4. Klik butang Semak
  5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
    •  Nama
    • Nombor MyKad
    •  Status Permohonan
  6. Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda iaitu:
    • PERMOHONAN DITERIMA
    • DALAM PROSES
    • LULUS
    • TIDAK LULUS
  7. Sekiranya status LULUS:
    • Ini bermakna anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP 4.0 akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan.
  8. Sekiranya status TIDAK LULUS:
    • Ini bermakna anda tidak layak untuk terima bantuan GKP 4.0

 

7. Check status pembayaran GKP 4.0 (Bila duit masuk?)

Jika mendapat status LULUS dalam sistem, kami pasti anda sekarang sedang melompat kegembiraan.

Namun, nanti dulu. Pastikan amaun di bahagian Jumlan Kelulusan GKP adalah betul.

  1. Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
  3. Masukkan No MyKad
  4. Klik butang Semak
  5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
    • Nama
    • Nombor MyKad
    •  Status Permohonan
    • Jumlah Kelulusan GKP
    • Jumlah Kelulusan GKP 4.0
  6. Lihat pada Jumlah Kelulusan GKP
  7. Sekiranya amaun yang bakal diterima adalah betul seperti yang dikhabarkan, tunggu duit dimasukkan ke dalam akaun bank syarikat
  8. Sila check dengan rakan-rakan peniaga yang lain samada mereka sudah dapat duit bantuan GKP 4.0 atau tidak

 

8. Maklumat lanjut GKP 4.0

Macam mana nak hubungi LHDN sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan-pertanyaan lain?

Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang proses login, permohonan baru, kemaskini dan semakan GKP, sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian lengkap mengenai GKP 4.0 melalui gkp.hasil.gov.my ini akan memudahkan lagi urusan perniagaan anda.

Kami yakin, Kerajaan masih lagi prihatin dengan rakyat. Jika BKC diberikan untuk individu yang layak, semoga GKP untuk peniaga-peniaga kecil akan memberikan sedikit kelegaan.

Semoga bermanfaat.

Categories GKP

7 thoughts on “gkp.hasil.gov.my (Login GKP 4.0, Buat Semakan Status & Tarikh Bayaran)”

  1. Tuan,
    Nama: Gladwin a/l C P Pereira
    IC Nombor 470808 10 5195

    Pada 260321 Jumlah Credit RM 1000.00
    Pada 200421 Jumlah Credit RM 1000.00 tidak dapat di kreditkan oleh sebab akaun nombor yang salah.

    Ini lah butir butir bank saya dan Akaun Simpanan yang betul:

    Hong Leong Bank Berhad, beralamat Blok B, Ground Floor, Rivercity 3rd Mile,
    Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur Bank Tel No: 03 7626 8899 ,

    Akaun Simpanan NO: 05650 343624.

    Sekian Terima Kaseh,

    Gladwin a/l C P Pereira
    IC 470808 10 5195
    No Tel: 012 382 3385

    Reply
  2. Tuan
    For your information,my status is Lulus but my account bank is wrongly written. I have done the correction.Problem is the system did not update my new bank account no. eventhough i had tried many times update. Could u pls help me?

    Reply

Leave a Comment