Cara Semak Nama Syarikat Yang Berdaftar SSM


Mungkin ada di antara anda yang masih tidak tahu. Kini, anda boleh semak nama syarikat yang berdaftar atau tidak di dalam sistem SSM secara online. Di sini, kami akan menjelaskan kepada anda mengenai cara semak nama syarikat yang berdaftar SSM dengan mudah dan cepat.

Untuk makluman anda, pastikan anda telah mempunyai akaun atau daftar MYDATA SSM terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan apa-apa perkhidmatan melalui sistem itu.

Senarai produk yang ditawarkan oleh MYDATA SSM

Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut tentang semakan nama syarikat yang berdaftar SSM, mari ketahui beberapa senarai produk yang ditawarkan oleh MYDATA SSM.

  • Butiran Setiausaha Syarikat.
  • Profil Syarikat.
  • Sijil Pertukaran Nama Syarikat.
  • Butiran Pengarah/Pegawai.
  • Perbandingan Kewangan.
  • Profil Firma Audit.
  • Profil Perniagaan.
  • Sijil Pertukaran Status Syarikat.
  • Butiran Pemegang Saham.
  • Sijil Pemerbadanan Syarikat.
  • Dokumen Imej.
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan.
  • Butiran Alamat Berdaftar.
  • Butiran Modal Saham.
  • Company Charges.

Cara semak nama syarikat yang berdaftar SSM di mydata-ssm.com.my

Berikut merupakan cara semak nama syarikat yang berdaftar SSM melalui MYDATA:

  1. Layari laman web MYDATA di sini https://www.mydata-ssm.com.my.
  2. Laman utama MYDATA SSM akan dipaparkan.
  3. Sila pilih Bahasa untuk digunakan ketika membuat urusan di portal ini.
  4. Tekan butang LOG MASUK.
  5. Pada laman Masuk Akaun, sila masukkan Nama Pengguna.
  6. Masukkan Kata Laluan.
  7. Sila tick pada kotak I’m not a robot untuk tujuan sekuriti.
  8. Tekan Log Masuk.
  9. Anda akan dibawa ke halaman utama akaun anda.
  10. Sila pilih jenis entiti pada bahagian hujung ruangan Carian Entiti.
  11. Anda akan diberi pilihan jenis entiti untuk rujukan proses carian entiti seperti:
    • All Entities/Semua Entiti
    • Company/Syarikat
    • Business/Perniagaan
    • Audit Firm/Firma Audit
  12. Pilih entiti Company.
  13. Sila masukkan nama atau nombor pendaftaran syarikat yang ingin anda semak di ruangan Sila masukkan maklumat Syarikat, Perniagaan atau Firma Audit untuk membuat carian.
  14. Sekiranya tiada apa-apa masalah, hasil carian nama syarikat yang berdaftar SSM akan terpapar secara automatik.
  15. Jika entiti tersebut sudah ditemui, sila tekan pada bahagian nama syarikat yang berkenaan.
  16. Maklumat syarikat tersebut akan dipaparkan.
  17. Sila tekan bahagian PROFIL atau IMEJ DOKUMEN DAN BORANG jika ingin mengetahui maklumat lebih lanjut.
  18. Sila tekan CARI ENTITI LAIN jika ingin semak nama syarikat lain.
  19. Selesai.aftar

PERHATIAN

  • Untuk carian menggunakan nombor pendaftaran syarikat/perniagaan, sila masukkan nombor tanpa simbol (-).

Macam mana kalau tak boleh login mydata-ssm.com.my?

Jika anda mempunyai sebarang masalah login ataupun mengenai cara semak nama syarikat yang berdaftar SSM atau ada pertanyaan lain yang ingin diajukan.

Anda boleh menghubungi pihak MYDATA di talian 03-2775 9339.

Anda juga boleh menghantar emel kepada [email protected].

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini mampu memberikan pencerahan kepada anda yang ingin tahu cara semak nama syarikat yang berdaftar SSM. Semoga usaha ini mampu membantu mempermudahkan urusan anda.

Sebagai tambahan, kepada anda yang sudah mendaftar perniagaan anda atau seumpamanya di SSM. Anda juga boleh renew SSM online bagi memastikan pendaftaran SSM anda sentiasa up to date. Sekarang ini semuanya sudah menjadi mudah bukan?

Semoga bermanfaat.

Categories SSM

Leave a Comment