Cara Reload Celcom


Sudah beli topup, tapi tak tahu cara reload Celcom? Bila kita tidak jumpa caranya, mulalah menggelabah mahu Google dan rujuk laman web rasmi Celcom. Selalunya, bila tidak jumpa langkah-langkahnya kita akan jadi marah.

Bertenang. Janganlah marah-marah. Senyum dulu. Mudah sahaja, izinkan kami berkongsi.

Cara reload Celcom dari kad topup

Kad topup Celcom boleh dibeli di mana-mana kedai berhampiran.

  1. Beli dahulu kad topup yang mengandungi nombor 16 digit
  2. Pilih amaun topup yang dikehendaki
  3. Pastikan cukup 16-digit pincode tersebut
  4. Taip REC16-digit pincode dan hantar ke 2888
  5. Pastikan nilai kredit adalah sama dengan amaun yang dibeli
  6. Selesai

Cara masuk Celcom top up code dari softpin

Soft Pin ialah baucar yang dicetak secara serta merta. Contohnya, beli dari 7 Eleven.

  1. Beli dahulu baucar topup yang mengandungi nombor nombor 16 digit
  2. Pilih amaun topup yang dikehendaki
  3. Pastikan cukup 16-digit pincode tersebut
  4. Dail *122*16-digit pincode# daripada telefon bimbit anda
  5. Contoh: *122*128852818385651
  6. Pastikan nilai kredit adalah sama dengan amaun yang dibeli
  7. Selesai

Macam mana jika PIN reload Celcom tidak sah?

Kataka anda sudah beli softpin di 7 Eleven melalui MOL, guna ePay di Celcom Centre atau Celcom Blue Cube untuk reload Celcom anda. Walau bagaimanapun, anda sudah cuba masukkan banyak kali tapi masih lagi tidak berjaya.

Menurut sumber Celcom, anda pergi pergi semula tempat anda beli topup tadi. Jika PIN tadi telah digunakan, mereka perlu buat laporan pada Celcom ataupun vendor yang menguruskan sistem itu.

Cuma, jika masalah seperti ini berlaku, mereka mungkin tidak boleh memberikan PIN baru serta-merta. Ini kerana mereka perlu buat siasatan terlebih dahulu.

Untuk maklumbalas lebih pantas, boleh hubungi 1111 dan bercakap dengan Customer Service.

Topup Celcom tahan berapa lama?

Menurut komuniti ini lagi, selepas reload Celcom, tempoh sah bagi kredit Celcom adalah bergantung kepada jumlah atau nilai topup tersebut.

Jika nilai reload ialah RM5, maka topup tersebut akan sah dan tahan selama 5 hari.

Begitu juga jika nilai reload ialah RM10, maka topup tersebut akan sah dan tahan selama 10 hari.

Akhir kata

Apa yang anda baca di atas ialah yang telah kami ringkaskan dan alih bahasa dari laman web komuniti Celcom. Panduan itu memang ada di laman web Celcom, cuma kadang-kadang bila Google kita tak jumpa.

Semoga dengan adanya panduan mudah berkenaan cara reload Celcom ini, hari anda kembali ceria dan tidak lagi marah-marah.

Kalau ada masalah dengan Internet Celcom yang perlahan, anda juga boleh bertanya dengan Customer Service kenapa line Celcom slow dan bermasalah.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

8 thoughts on “Cara Reload Celcom”

  1. Tapi macam mana kalau account kita dh kena block?macam mana mau atur..saya dh cuba tekan *122*16digit tapi dia respond “your account has been locked

    Reply
  2. Tapi macam mana kalau account kita dh kena block?macam mana mau atur..saya dh cuba tekan *122*16digit tapi dia respond “your account has been locked

    Reply

    Reply

Leave a Comment