Cara Mengira BMI Badan (Kira Guna Formula, Tanpa Kalkulator)


Indeks jisim badan (BMI) merupakan ukuran berat badan seseorang berbanding ketinggian mereka. BMI adalah satu kaedah yang boleh mengkategorikan seseorang mengikut nilai BMI tertentu, supaya kita dapat menyaring kategori berat badan seseorang. Bukan itu sahaja, BMI juga boleh menunjukkan potensi risiko keadaan kesihatan seseorang. Jadi, pada kali ini, izinkan kami berkongsi cara mengira BMI agar kita dapat melihat potensi kesihatan kita juga.

Bagaimana cara mengira BMI ?

Terdapat formula untuk mengira BMI bergantung sama ada anda menggunakan ukuran metrik. Kami tidak kongsikan ukuran imperial kerana hanya digunakan oleh Amerika Syarikat sahaja.

Berapakah BMI saya ?

Formulanya adalah seperti di bawah:

BMI = Berat (kg) / Tinggi (m) ²

Untuk mengira BMI, formula metrik adalah berat anda dalam kilogram dibahagi dengan ketinggian anda dalam meter.

Sebagai contoh:

Sekiranya tinggi anda ialah 175cm (1.75m) dan berat anda 75kg, Berat BMI anda adalah seperti berikut:
75kg / (1.75m²) = 24.49kg / m²

 

Kategori berat BMI

Berdasarkan tinggi dan berat badan anda, anda akan tergolong ke dalam salah satu kategori berat seperti berikut:

  • Berat badan kurang – BMI kurang daripada 18.5
  • Berat sihat normal – BMI antara 18.5 dan 24.9
  • Berat badan berlebihan – BMI antara 25.0 dan 29.9
  • Kegemukan – BMI antara 30.0 dan 39.9
  • Obesiti – BMI 40.0 dan ke atas

 

Kalkulator BMI online

Cara mengira BMI juga boleh dilakukan menggunakan kalkulator.

Untuk kemudahan, anda boleh menggunakan kalkulator BMI secara automatik. Boleh Google sahaja, ada banyak yang perucma.

Hanya klik butiran berat dan tinggi anda dalam ukuran metrik atau imperial dan alat ini akan mengira BMI anda. Ia turut memberikan rujukan berguna bagi kategori berat BMI dan nilai BMI yang sesuai.

 

Cara menggunakan BMI

BMI merupakan alat pemeriksaan lemak badan dan kesihatan anda. Semakin tinggi BMI anda, semakin besar indikasi kegemukan badan dan, lemak badan yang berlebihan diketahui berhubung rapat dengan tahap kesakitan semasa dan masa depan.

Sekiranya angka BMI anda menunjukkan yang anda tergolong dalam berat badan yang sihat, ia merupakan berita baik. Anda mungkin ingin memantau BMI anda secara berkala untuk terus mengikuti dan memastikan anda kekal dalam kategori ini.

Sekiranya anda mempunyai BMI yang tinggi dan tergolong dalam kategori berat badan berlebihan atau obes, anda harus membuat temu janji dengan doktor anda yang mungkin menyarankan ujian diagnostik lebih lanjut bagi mengetahui risiko kesihatan.

Ujian diagnostik ini mungkin meliputi: ketebalan lipatan kulit dan ukuran pinggang, penilaian diet dan aktiviti fizikal, sejarah keluarga dan, pemeriksaan kesihatan lain yang sesuai. Doktor anda juga boleh memberikan nasihat gaya hidup dan diet untuk membantu menurunkan BMI anda.

Sekiranya anda mempunyai BMI yang rendah dan diklasifikasikan sebagai kurang berat badan, maka anda mungkin mahu menyemak semula diet anda dengan tujuan untuk menambah berat badan. Doktor anda akan dapat memberi nasihat kepada anda.

 

Had BMI

Walaupun terdapat hubungan antara BMI dan kegemukan badan, ada had BMI yang telah banyak dibincangkan dalam bidang perubatan.

Ia termasuk:

  • Atlet dan pembina badan mempunyai bahagian otot yang tinggi (otot lebih berat daripada lemak) dikategorikan dengan BMI tinggi
  • Terdapat perbezaan nisbah tinggi dan berat antara kaum.
  • Umur dan jantina tidak diambil kira. Wanita cenderung mempunyai lebih banyak lemak badan berbanding lelaki dengan BMI yang sama dan orang yang lebih tua cenderung mempunyai lebih banyak lemak badan berbanding orang yang lebih muda dengan BMI yang sama
  • BMI juga tidak sah bagi wanita yang hamil dan menyusui, kanak-kanak dan remaja yang masih membesar dan belum dewasa secara fizikal.

Jadi, cara kira BMI badan mereka tidak sama dengan orang biasa.

 

Akhir kata

Sentiasalah jaga kesihatan dan mendapat berat ideal. Jangan kurus sangat dan jaga pula gemuk sangat. Biar yang sedang-sedang sahaja.

Kalau kurus, boleh cuba cara tambah berat badan. Kalau terlebih berat, boleh pula baca cara menurunkan berat badan.

Diharapkan agar perkongsian cara mengira BMI badan ini dapat memudahkan lagi urusan seharian anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment