Cara Menurunkan Berat Badan (Turunkan Dengan Cepat & Sihat)


Risau berat badan naik mendadak? Rasa malu pun ada juga, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan orang ramai. Maka timbullah keinginan untuk jadi kurus dan mencari-cari cara menurunkan berat badan.

Selain pemakanan, anda boleh juga cuba senaman kurangkan berat badan.

Sedikit mengenai penurunan berat badan

Namun perlu diingat, cepat atau lambat itu bergantung kepada komitmen individu itu sendiri. Ada yang boleh turun dalam masa seminggu. Ada juga yang ambil masa sebulan. Ada juga yang tidak turun-turun langsung beratnya. Kenapa tidak turun-turun? Mungkin juga tidak mengamalkan cara diet yang berkesan.

Seperkara lagi, walaupun NHS ada berkongsi cara turunkan berat badan selama 12 minggu, izinkan juga kami berkongsi tips yang lebih mesra orang Melayu kita.

Langkau artikel ini untuk baca cara kecilkan peha, dan bukannya kurangkan berat badan secara keseluruhannya.

Cara menurunkan berat badan

Berikut ialah cara menurunkan berat badan yang lebih banyak tertumpu kepada aspek makanan.

Minum air kosong dengan banyak

Apabila kita mula melakukan rutin senaman secara kerap, adalah menjadi suatu kebiasaan untuk kita berasa cepat lapar.

Namun begitu, rasa lapar tersebut sebenarnya bukan disebabkan badan kita memerlukan makanan tetapi adalah akibat kekurangan air.

Minum air kosong dengan banyak akan menyebabkan kita berasa “kenyang” dan mengurangkan selera makan.

Meminum air bukan hanya menyingkiran toksin daripada tubuh badan tetapi juga menjadikan metabolisme anda berfungsi pada tahap optimum di mana ia penting dalam pembakaran lemak.

Malah, dalam kajian pada tahun 2013 berdasarkan kepada 14 orang lelaki dan wanita yang sihat mendapati bahawa mereka berjaya meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 30 peratus selepas minum kira-kira 16 auns air!

 

Kurangkan karbo, banyakkan protein

Meningkatkan pengambilan protein anda adalah cara terbaik untuk mengurangkan berat badan dengan cepat dan membakar lemak.

Malangnya, kebanyakan orang tidak mendapat protein yang secukupnya dalam diet mereka terutamanya bagi rakyat Malaysia yang menjadikan nasi yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi sebagai makanan ruji.

Karbohidrat yang masuk ke dalam tubuh badan manusia akan bertukar menjadi gula di mana ianya akan bertukar menjadi lemak.

Tips yang paling mudah untuk mengira jumlah protein yang anda perlukan adalah dengan mengambil 0.7 hingga 1 gram bagi setiap paun berat badan anda.

Contohnya, jika berat badan anda adalah 150 paun, anda perlu mendapat 75 hingga 150 gram protein sehari.

 

Sediakan makanan sendiri

Antara tabiat buruk yang sukar untuk disingkirkan oleh mereka yang mempunyai masalah berat badan adalah pengambilan snek atau makanan ringan yang tidak sihat.

Ini kerana kebanyakan snek yang diproses adalah karbohidrat semata-mata atau dikenali sebagai kalori kosong di mana ia meningkatkan kadar gula dalam darah anda dan akhirnya menyebabkan anda menjadi semakin lapar selepas itu.

Oleh itu, anda dinasihati supaya menyediakan sendiri snek anda di rumah yang terdiri daripada buah-buahan yang sihat, minuman smoothie dan sebagainya.

 

Ambil limau gedang (Grapefruit)

Penyelidikan terkini mendapati bahawa limau gedung mempunyai manfaat yang besar dalam proses penurunan berat badan disebabkan enzim yang dikenali sebagai  AMP-activated protein kinase (AMPK) yang terdapat dalam buah tersebut.

AMPK membantu tubuh badan anda menggunapakaikan gula yang tersimpan di mana ia menyebabkan peningkatan metabolisme anda.

Selain itu, nootkatone, komponen yang terdapat dalam limau gedang, dikatakan dapat meningkatkan aktiviti pembakaran lemak (AMPK). Oleh itu, serapkan diet limau gedang di dalam pemakanan harian anda seperti dengan menghasilkan smoothie yang enak.

 

Minum teh hijau

Minuman teh herba seperti teh hijau, teh putih, teh hitam dan teh rooibos mampu meningkatkan metabolisme anda.

Menurut satu kajian dalam American Journal of Nutrition Clinical, teh hijau lebih berkesan berbanding teh lain seperti teal oolong untuk proses penurunan berat badan kerana mengandungi kadar catechin yang tinggi.

Jadi, jika anda ingin mengurangkan berat badan dengan pantas, minumlah 1-3 cawan teh hijau setiap hari.

 

Cara menurunkan berat badan, cuba makanan serat tinggi

Antara cara menurunkan berat badan yang lain ialah dengan makan ‘fibre‘.

Bukanlah ‘fibre cable‘ yang digunakan Unifi di rumah kita. Ini adalah makan yang mengandung kandunga ‘fibre‘ yang tinggi.

Makanan serat yang tinggi akan membantu anda berasa kenyang lebih lama dan membantu mengurangkan keinginan terhadap makanan bergula.

Makanan berserat juga terbukti untuk mengimbangi gula dalam badan, menurunkan kolesterol dan pelbagai lagi manfaat yang lain.

Kebiasaannya, seseorang hanya mendapat 15-20 gram serat setiap hari walaupun mereka sebenarnya memerlukan 30-40 gram setiap hari.

 

Biasakan makan di rumah

Sama ada anda seorang chef atau tidak langsung pandai memasak, menyediakan makanan ringan dan makanan anda sendiri akan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat.

Dengan mengawal sukatan bahan, lemak dan minyak dalam makanan anda, anda boleh membuat pilihan yang sihat tanpa perlu mengorbankan makanan dan perisa yang anda gemari.

Tambahan pula, kebanyakan peniaga makanan menggunakan bahan yang berkualiti rendah untuk menjimatkan kos di mana bahan tersebut memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan anda untuk jangka panjang.

Mulakan dengan melakukan satu hidangan sehari di rumah. Apabila anda merasa lebih selesa di dapur, tambahkan jumlah tersebut.

 

Cara menurunkan berat badan, cuba makan nasi separuh

Apabila terdapat banyak makanan di dalam pinggan, maka anda akan lebih cenderung untuk makan dengan cepat untuk menghabiskan makanan tersebut.

Ini adalah tidak elok untuk sistem penghadaman anda. Cubalah kurangkan kuantiti makanan dan kunyah dengan perlahan-lahan.

Sebaliknya juga, apabila anda makan dengan cepat, maka anda lebih cenderung untuk makan terlalu banyak. Oleh itu, makanlah dengan berpada-pada, mengunyah secara perlahan-lahan dan menikmatilah rasa makanan anda!

Proses ini akan memastikan bahawa anda tidak mengambil kalori yang berlebihan.

 

Akhir kata

Kurus atau gemuk adalah tentang fizikal. Cantik fizikal itu adalah bonus. Orang gemuk juga ada yang cantik.

Namun, bila bicara tentang cara cepat turunkan berat badan, ia adalah tentang kesihatan. Jagalah kesihatan sebelum penyakit datang menjengah. Jika usia sudah lanjut, sekiranya ada tanda penyakit jantung, cepat-cepat jumpa doktor.

Sebelum mengundur diri, kami cadangkan anda cuba cara diet Atkins jika ada kesempatan.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Menurunkan Berat Badan (Turunkan Dengan Cepat & Sihat)”

Leave a Comment