Cara Membersihkan Nama Dari Blacklist Bank


Bila kau dengar “Si Polan kena blacklist bank kesian dia” mesti kau dah telan air liur. Takut kalau nanti kena dekat batang hidung sendiri. Iyalah tak tahu boleh ke tidak kau nak maintain kewangan kau. Komitmen banyak nak kena bayar. Simpanan pula kadang-kadang kena pakai habis. Tapi mesti kau terfikirkan kalau kau kena blacklist, macam mana cara membersihkan nama dari blacklist bank Malaysia?

Langkau artikel ini kalau kau nak tahu tentang cara-cara semak nama blacklist.

Apa maksud blacklist bank?

Blacklist oleh bank ini tercipta bila rekod CCRIS (Central Credit Reference Information System) oleh Bank Negara Malaysia dan CTOS (Credit Tip Off Service) kita tidak berapa elok yang mana dinilai dan dilihat oleh pihak bank untuk sesuatu pinjaman atau bayaran. Dalam rekod itu segala jadual pembayaran pinjaman yang kita buat dengan bank dipaparkan.

Kalau ada yang tertunggak rekod kau akan jadi negatif. Dari situlah bank boleh buat keputusan untuk tidak berikan pinjaman selagi kau ada tunggakan. Nak tahu macam mana rekod CCRIS dan CTOS kau boleh jadi negatif:

  1. Kau ada tunggakan yang tak dijelaskan dengan mana-mana institusi bank di Malaysia.
  2. Nama kau diletakkan di bawah pemerhatian bank atau Special Attention Account.
  3. Kau tersenarai sebagai muflis atau dikenakan undang-undang atas pinjaman yang tak dijelaskan.

Jadi macam mana cara nak membersihkan nama kau dan nak settlekan blacklist bank ini?

Cara Membersihkan Nama Dari Blacklist Bank Malaysia

Sejujurnya tiada cara yang mudah membersihkan nama dari blacklist bank ini. Sebab logiknya kalau sudah meminjam dengan bank kau kena tepati perjanjian yang telah dibuat dengan pihak bank. Tapi tak apa. Mungkin ada sebab kenapa kau tak dapat bayar pinjaman balik.

Jadi ini antara cara nak membersihkan diri kau dari blacklist.

1. Utamakan dulu pinjaman yang tak dibayar

Ini paling penting. Kau kena utamakan untuk bayar balik pinjaman yang dah berbulan tertunggak. Boleh juga kau berurusan dengan bank dan cuba nego macam mana nak bayar balik pinjaman tertunggak tersebut.

2. Satukan hutang dan bayaran secara automatik

Kau kena pastikan apa hutang pinjaman yang penting sekali dan kemudian kau satukan jumlahnya. Kemudian kau buat hutang-hutang kau itu dibayar secara auto debit melalui perbankkan yang kau guna. Tak adalah kau lupa ke, atau tak ada bajet.

3. Bayar hutang kad kredit dengan membuat pinjaman

Kadangkala pinjaman kad kredit adalah antara pinjaman yang paling sukar sekali nak dibayar oleh orang kita. Jadi kad kredit yang kau ada itu bolehlah dibayar balik dengan cara kau buat pinjaman peribadi atau personal loan dengan mana-mana institusi kewangan yang menawarkan kadar faedah yang terendah.

4. Cara membersihkan nama blacklist dengan pihak bank

Walaupun kau was-was bank nak ke tak layan kau, tapi tak salah kau cuba nak tunjukkan effort yang kau nak bayar balik tunggakan itu semua. Kau boleh bincang pasal jadual pembayaran dan jumlah yang kau boleh bayar dekat bank. Manalah tahu pihak bank hargai usaha kau naik turun bank dan luluskan bayaran berjadual yang baru.

5. Minta nasihat dan cara membersihkan blacklist bank dengan AKPK

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau lebih dikenali sebagai AKPK adalah satu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara.

Anda boleh bertanya tentang macam mana cara nak membersihkan nama dari blacklist bank dengan betul. AKPK akan memberikan nasihat dan juga memberi cara menguruskan kredit anda. Atau boleh anda hubungi AKPK.

6. Buat kerja sambilan untuk tambah pendapatan

Kau sedar yang gaji kau tak mampu nak bayar balik tunggakan pinjaman dengan bank, apa kau patut buat?

Tak payah fikir sampai nak pengsan, kau boleh tambah pendapatan dengan cara buat kerja sambilan yang boleh bantu kau tambah pendapatan. Macam-macam kerja sambilan sekarang ini. Kau fikir dulu dan cari apa kerja lain yang sesuai dengan kau. Kalau kau larat nak buat dua tiga jenis kerja sambilan pun okay. Lagi senanglah kau nak bayar balik tunggakan pinjaman bank itu semua.

7. Pastikan diri fokus untuk bayar balik hutang pinjaman

Sebenarnya, inilah cara paling bagus nak membersihkan nama dari blacklist bank Malaysia. Kau kena sedar yang kau tak boleh hidup selamanya dibelenggu hutang dan nama kau di blacklist macam itu sahaja. Kau mesti ada goal bebas dari sebarang hutang yang tertunggak demi masa depan kau dan juga anak cucu kau nanti.

Kurangkan perbelanjaan yang tak penting macam travel dua-tiga kali sebulan, karoke ke dengan kawan-kawan 24 jam, makan dekat restoran mewah ke, nak beli baju baru ke atau apa-apalah. Boleh kalau kau nak buat semua benda itu, tapi fikir masak-masak dahulu. Kalau kau bayar lambat, nama kau dalam blacklist pun lamalah sampai ke sudah.

Akhir kata

Bila kredit CCIS dan CTOS kau positif dan baik, maka senanglah kau nak lakukan sebarang pinjaman mahupun transaksi. Kau nak travel luar negara pun lepas. Tak ada lah tersangkut dekat kaunter pendaftaran. Tak susah manapun cara-cara nak membersihkan nama dari blacklist bank ini. InsyaAllah masa depan kau akan berjalan lancar dan tiada masalah dengan bank.

Semoga perkongsian ini boleh bagi kau semangat untuk teruskan kehidupan.

Don’t give up and good luck!

16 thoughts on “Cara Membersihkan Nama Dari Blacklist Bank”

  1. Saya blacklist bukan sebb hutang or what saya blacklist sebb pernah kene scam then i bagi bank i punya pass dekat orang lain so now i nak bukak mana ii bank pun susah sebb dah kene blacklist please help me to solve this problem

    Reply
    • Cik Nurul adalah samakes DENGAN saya,sekarang saya tak dapat NAK buka mana2 akaun bank Di Malaysia,,saya NAK minta cik Nurul dapat memberikan saya solusi untuk KES tersebut yg mana cik Nurul hadai,Bagaimana Ka caranya,harap.dapat bantuan cuk Nurul sekia

      Reply
      • dia pun sedang minta solusi dr sini semua yg ( black list secara technical) di bank – mmg akn di reject jika anda pernah di bekukan acc bank atau suspension case melibatkan scam guna nama atau acc bank anda.. termasuk status KELDAI AKAUN ini jika masih ada lagi bank pakai la dgn berhati2 klau langsung tiada bank.. pakai la e wallet yg rata2 ramai yg boleh mengunakan kad untk keluarkan wang atau transfer ke bank kenalan utk tujuan dpat kan wang anda.. selain dr itu ada jugak kad yg boleh guna utk meps dan tunai e wallet

        Reply
    • samalh dengan saya disebabkan kena blacklist satu bank, semua bank pon tak boleh bukak dah saya buntu ni ada sapa tahu cara nak selesaikan?

      Reply
  2. Sama kes mcm suami saya,hari tu pegi buka akaun Public kena suru tunggu 1 week ,hari ni dpt call kena reject😥…kes suami saya pun scam yg guna bank😩😩

    Reply
  3. saya ada solusi tapi begantungbpada budi bicara bank tersebut jika anda ada potensi utk keuntungan mereka so boleh guna cara ini utk banj2 yg mudah lulus dan lbih kepada mahu membantu ( CIMB bank dan Aliance bank ) 2 bank ni sgt2 di syorkan utk anda mencuba nasib .. good luck

    Reply
  4. KEs saya macam nie .saya ada buat pinjaman dengan ahlong .so kad mybank saya dia pegang.selepas selesai saya buat bayaran balik hutang saya
    .saya dapati ahlong telah gunakan acc saya .
    maksud saya
    .mereka pakai acc saya tampa saya sedari
    Selepas saya bayar hutang saya
    saya dapati ada duit masuk dan keluar dari acc saya .
    So.
    Sekarang saya tak dapat buka acc bank mana2 pun disebab kan hal ini.. So
    Sesiapa yang tau cara nak selesaikan masalah saya ini😔😔

    Reply
  5. sy dah blacklist tak byr dlm masa 2tahun lebih smpai skg. mcmna nak minta penyelesaian? kenapergi dekat bank tempat kita pinjam atau terus ke AKPK? adakah sesiapa tau tempoh pembayaran boleh dipanjangkan kalo tak dapat bayar full amount untuk bulanan. contoh rm1200 tp bayar half sahaja? sy buntu sebab skg x ada kerja. please I need help.

    Reply
  6. Sy pn Blackliss sbb sy ada tunggakan 700 KLU sy Bayar tunggakan sy700 tu Dn ikut Perjanjian Bayaran tu nama sy YG DLM SISTEM BANK BLACKLISS TU blh HILANG KE nk Thu blh ke plisss

    Reply

Leave a Comment