Cara Isi Kredit Celcom (Untuk Nombor Lain dan Diri Sendiri)


Kalau anda tak ada akses Internet dan urgent untuk guna data, anda perlu beli kredit. Apabila ini berlaku, semestinya kena beli topup di mana-mana kedai berhampiran. Jadi, kalau terlupa macam mana cara isi kredit Celcom, itu perkara biasa.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara isi kredit Celcom dari kad topup

Berikut ialah cara untuk reload Celcom melalui kad, tanpa melalui Celcom Life Hub:

  1. Beli dahulu kad topup yang mengandungi nombor 16 digit
  2. Pilih amaun topup yang dikehendaki
  3. Pastikan cukup 16-digit pincode tersebut
  4. Taip REC16-digit pincode dan hantar ke 2888
  5. Pastikan nilai kredit adalah sama dengan amaun yang dibeli

 

2. Cara isi kredit Celcom dari softpin

Soft Pin ialah baucar yang dicetak secara serta merta. Contohnya, beli dari 7-Eleven.

  1. Beli dahulu baucar topup yang mengandungi nombor nombor 16 digit
  2. Pilih amaun topup yang dikehendaki
  3. Pastikan cukup 16-digit pincode tersebut
  4. Dail *122*16-digit pincode# daripada telefon bimbit anda
  5. Contoh: *122*137762765343651
  6. Pastikan nilai kredit adalah sama dengan amaun yang dibeli

 

3. Boleh topup untuk nombor orang lain?

Memandangkan proses untuk memasukkan nombor dari kad topup dan softpin ini adalah secara manual, cara terbaik ialah mengambil gambar nombor tersebut dan hantarkan pada orang yang anda ingin bantu.

Jika juga tidak tidak ada kredit untuk call, boleh cuba pinjam kawan yang lain.

 

4. Biasanya, kredit tahan berapa lama?

Tempoh sah bagi kredit Celcom adalah bergantung kepada jumlah atau nilai yang anda tambah nilai.

Bagi mudah faham:

  • Jika nilai reload ialah RM5, maka topup tersebut akan sah dan tahan selama 5 hari.
  • Jika nilai reload ialah RM10, maka topup tersebut akan sah dan tahan selama 10 hari.

 

5. Cuba isi kredit, tapi PIN tak sah?

Jika ini berlaku:

  • Anda perlu pergi semula tempat anda beli topup tadi seperti 7-Eleven (atau kedai-kedai yang lain)
  • Andai kata PIN yang anda beli tadi telah digunakan, pihak 7-Eleven perlu buat laporan pada Celcom ataupun vendor yang menguruskan sistem itu.
  • Walau bagaimanapun, pihak 7-Eleven mungkin tidak dapat memberikan PIN baru serta-merta.
  • Ini kerana mereka perlu buat siasatan terlebih dahulu.

Kalau takpuas hati, anda boleh hubungi 1111 dan bercakap dengan Customer Service.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara isi kredit Celcom ini akan membolehkan anda mendapat data yang diingini untuk melayari Internet.

10 thoughts on “Cara Isi Kredit Celcom (Untuk Nombor Lain dan Diri Sendiri)”

  1. Saya nak bil celcom.rm 300.00 akaun Maybank secara online.hantar melalui Mohd Firdaus bin Mohd Sukri. 09-7191919. 013-9728722.017-9666459.transfer KPD Syamsul Yusof rm 255.99 bye see you take
    Care
    Jaga diri.sentiasa makan ubat assalamualaikum.warga PDRM
    Semoga
    Panjang
    Umur
    .
    0179842501.

    Reply

Leave a Comment