Mak-mak, bila dah ada anak, tentu susah nak kembali ke bentuk badan masa anak dara. Faham. Memang seksa nak turunkan berat badan bila sudah ada anak. Kali ini, kami akan kongsikan cara diet yang betul untuk wanita yang pasti berkesan; khusus untuk yang mempunyai anak kecil. Lebih mudah begini kerana anda boleh makan makanan diet sekali dengan anak. Tak perlu membazir buat kerja dua kali.
Izinkan kami berkongsi.
Caraย diet yang betul untuk wanita
Jika ibu perlu masak dua lauk dan makanan berlainan, tentu sekali akan mengambil masa yang lama. Bukankan lebih mudah sediakan satu jenis makanan sahaja? Anak juga boleh makan makanan diet ibu.
Makanan untuk orang diet sudah semestinya tidak sama dengan makanan orang biasa. Ia lebih seimbang dengan kandungan protein dan karbohidrat berserta serat buah-buahan. Pengambilan kalori juga cukup dijaga dan setiasa berhati-hati agar tidak terlebih.
Justeru, apa jalan penyelesaiannya tanpa mengabaikan aspek pemakanan anak-anak kita?
1. Latih anak makan makanan diet kita
Ini yang paling penting. Jika ibu makan beras perang atau ย ‘brown rice’, ajar makan untuk mula makan beras perang juga. Untuk mengelakkan anak dapat rasa kelainan pada nasi itu, cuba letakkan kicap. Jangan ajar anak-anak jadi seorang ‘pemilih makanan’. Budak-budak tidak akan memilih kalau dididik dengan betul.
2. Cara diet yang betul untuk wanita ialah jangan paksa diri
Ada dua jenis paksaan di sini iaitu jangan pernah memaksa diri dan jangan sesekali memaksa anak. Jika anak tidak suka makan sayur, jangan marah. Mula perlahan-lahan dengan buat sup sayur sebagai permulaan. Letak sedikit sahaja sayur. Lama-lama, boleh tambah sayur lain. Cuma bagi seorang wanita bergelar ibu, mahu tidak mahu terpaksalah habiskan apa sahaja yang tidak habis dimakan oleh anak.
Jadi, untuk mengelakkan pembaziran berlaku, masaklah ikut portion yang sedikit dahulu. Jangan masak terlalu banyak.
3. Cara diet yang betul ialah tanpa ‘junk food’
Banyak sekali ‘junk food‘ yang menjadi kegilaan ibu zaman dahulu. Namun, perkara lalu biarkan jadi sejarah. Berhenti membeli makanan rapu untuk anak kita. Mulakan hidup yang sihat.
Tak salah untuk makan sedikit apabila datang angin craving. Cuma jangan sesekali makan di hadapan anak. Sekali dia nampak dan rasa, dia mahu lagi.
4. Kreatif dalam masakan
Jikaย anak tidak makan ayam, cuba berikan ikan. Ibu kena kreatif agar anak tidak memilih dalam soal pemakanan. Selain itu, ibu juga kena tegas dan bijak agar tidak perlu masak dua lauk berlainan untuk diri sendiri dan anak.
Cara diet yang betul dan berkesan itu adalah 80% berasaskan makanan. Selebihnya ialah exercise. Jadi, mahu tak mahu, memang kena kreatif dalam masakan supaya tidak boring.
5. Kurangkan gula
Jika anak suka minum minuman panas, cuba biasakan tanpa gula. Ramai sudah maklum, gula tidak baik untuk badan. Lebih baik kurangkan gula dalam minuman supaya kesihatan terjaga.
Jika anak sudah biasa minum minuman tanpa gula, sudah tentu mereka akan ‘terbiasa’ dengan rasa itu.
Akhir kata
Seperti yang dikongsikan tadi, sekiranya sudah sudah bergelar ibu, susah sangat nak diet kerana bimbangkan anak lapar dan tiada makanan untuk mereka.
Nak masak dua tiga jenis, penat. Lagi satu, bukan mudah untuk siapkan semuanya.
Jadi, diharapkan agar cara diet yang betul untuk wanita ini berkesan jika diamalkan bersama-sama anak. Teruskan misi menguruskan badan anda. Kami akan tetap menyokong dari belakang.
Semoga dipermudahkan segala urusan.