Cara Clearkan CTOS Blacklist


Pada suatu hari ada salah seorang keluarga anda nak buat loan rumah. Siapkanlah macam-macam dokumen. Tapi bila pergi banyak bank tak bagi buat loan sebab, ahli keluarga anda itu sangkut dekat CTOS. Ini kerana dia ada beberapa pinjaman atau tunggakan yang tak dibayar lagi. Tapi seingat dia, tak ada sebarang pinjaman atau tunggakan dengan bank sebelum ini. Bank cakap ada sebab mereka tengok dekat rekod CTOS dia.

Ahli keluarga anda pun garu kepala, tanya dekat anda macam mana cara nak clearkan CTOS ini? Anda pun garulah kepala balik. Tak apa jangan stress-stress. Meh kami kongsikan macam mana nak lepas mohon loan.

Apa itu CTOS?

Mesti anda nak tahu, apa itu CTOS. Untuk makluman, CTOS ini adalah satu Agensi Pelaporan Kredit yang telah didaftarkan pada bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit.

Fungsi atau tanggungjawab CTOS ini mengeluarkan dan memberi maklumat serta data tentang kredit untuk diri kita mahupun perniagaan di sebuah syarikat yang merupakan milik kita.

Dekat dalam itu ada rekod kredit dalam masa 24 bulan sebelum ini, ada juga rekod dikenakan undang-undang, ada milik perniagaan, dan juga disertakan sekali komen butiran atau bahasa mudah feedback dari peminjam atau bank tentang diri anda.

Nak lagi senang faham, CTOS ini bantu anda dan mana-mana pihak bank tahun nilai score data kewangan anda itu ada ditahap baik atau tidak baik.

Langkau artikel ini jika nak tahu cara login CTOS.

Apakah peranan penting CTOS ini?

Penting sangat ke peranan CTOS ini? Sampai anda kena cari cara nak clearkan CTOS?

Untuk pengetahuan anda, antara peranan penting CTOS ini adalah maklumat tentang kewangan anda dapat diakses oleh anda sendiri supaya untuk pastikan segala data kredit anda berada dalam keadaan bersih dan okay. J

adi dari situ anda boleh tahu cara nak clearkan CTOS, untuk dapatkan sebarang loan ataupun elakkan diri dari dikenakan undang-undang, apabila anda dah tahu yang sebenarnya score anda tak berapa baik dan cantik.

Bukan itu sahaja, pihak bank ataupun mana-mana syarikat boleh sahaja tengok score kredit anda bagi nak pastikan kelayakan anda untuk apa-apa loan pinjaman yang anda nak mohon ataupun anda nak buat kad kredit.

Daripada rekod CTOS inilah, setiap bank-bank sebelum ingin membenarkan anda buat loan dengan mereka, maklumat status kewangan anda akan disemak terlebih dahulu sebelum meluluskan pinjaman atau kad kredit yang anda nak mohon itu.

Bagaimana cara untuk clearkan CTOS?

Jadi dah tahu CTOS ini apa dan macam mana CTOS berfungsi bagi diri anda mahupun bank, jom kita tengok cara-cara nak clearkan CTOS.

1. Selesaikan hutang lapuk anda

Ini selalunya kes lupa atau mungkin buat-buat lupa, maka terjadilah timbunan rekod hutang lapuk dekat CTOS anda.

Jadi oleh itu anda kena pastikan dan ingat apa hutang-hutang yang sebelum ini anda tidak langsaikan lagi. Kalau ada terlupa bayar sesuatu itu, bukan salah si peminjam atau si pemiutang kalau anda sendiri yang mengambil servis ataupun berhutang dengan pemiutang. Dah bagi kesan dekat rekod kewangan CTOS anda.

Maka elakkanlah diri anda dari mempunyai hutang lapuk walaupun sedikit jumlahnya dan jika membiarkan cara clearkan CTOS ini, rekod anda akan buruk dan tidak akan berubah.

2. Clearkan nama blacklist anda di CTOS

Anda ini antara orang yang suka bayar hutang atau pinjaman on time sebenarnya. Tapi bila anda semak CTOS anda ada pembayaran tak dilakukan lagi. Makanya dah jadi hutang! Apa perlu anda lakukan bagi cara clearkan blacklist CTOS ini ?

Anda senaraikan data score kredit yang telah dikaitkan dengan nama anda itu, kemudian anda siapkan bukti dokumen atau sebarang perjanjian yang ada dengan lengkap. Kemudian anda boleh berhubung dengan pihak CTOS dengan menghantar e-mel di [email protected] atau boleh pergi ke mana-mana cawangan CTOS yang berdekatan dengan anda.

Anda kena tahu yang anda hak untuk bersihkan nama anda dari maklumat yang salah oleh pihak-pihak tertentu. Ini kerana anda dilindungi di bawah seksyen 31(1) CRA 2010 dan boleh memberi pemberitahuan yang ada salah laporan kredit terkait dengan nama anda.

3. Membayar pinjaman atau bil ikut due date

Kadang-kadang anda ini tidaklah suka membayar pinjaman atau bil ikut due date. Sebabnya dah listkan ada komitment yang lagi penting untuk dibayar. Anda tak rasa pun ada beri kesan apa-apa pada diri anda. Sebenarnya ada berikan kesan kepada rekod CTOS anda.

Oleh itu anda kena sentiasa pastikan diri anda bayar sebarang bil atau pinjaman yang bersangkut paut dengan nama anda. Lambat sehari pun masih dikira sebagai hutang.

4. Minta nasihat dan bantuan dari perunding kewangan

Sebenarnya, boleh dapatkan nasihat dan pendapat dari perunding kewangan. Cara ini dapat bantu anda tahu bagaimana nak memastikan score CTOS anda ditahap yang sangat baik dan elakkan diri anda dari dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Tak rugi manapun kalau anda pilih cara ini untuk clearkan CTOS anda. Ianya membantu anda lebih alert dan tahu jaga rekod CTOS anda dari jadi buruk.

5. Selain cara clearkan CTOS ini, ada cara lain?

Setakat ini tak ada. Tapi boleh sahaja anda bertanyakan kepada pihak CTOS. Mungkin CTOS ada cara yang lebih mudah untuk diri anda ataupun sesiapa sahaja.

Akhir kata

Macam mana? Senang sahajakan cara nak pastikan score kredit CTOS anda bersih dan baik. Jadinya kita ini sebagai peminjam ataupun ada ambil apa-apa servis berbayar, kena alert dari perkara yang kecil hinggalah ke perkara yang sangat penting.

Kalau buat bodoh sahaja, nama pun kena blacklist oleh bank dah menyusahkan urusan seharian.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

20 thoughts on “Cara Clearkan CTOS Blacklist”

  1. Mcm mna plak kalo mcm ni, hutang dh settle hujung tahun 2021, tiba2 surat lawyer sampai bulan apr 2022 smpaikan nm sy msok ctos, ada pihak A x update…x psl2 nm sy msok ctos…bila tanya, pihak A ckp kena tanya pihak B, pihak B ckp pihak A, paduhal ni semua dr kesilapan dr pihak A, skrg ni semua lepas tangan…skrg ni nm buat apa susah…kt mna kita nk buat aduan kalo masalah mcm ni? Ada siapa2 tahu x? Sbb hutang dh settle awl tahun sblm nya, tiba2 surat lawyer smpai, nm pun trus msok ctos…nm tunggu clear nm tu 2tahun…paduhal kalo dorg buat kerja, xde la nm sy msok ctos…mmg geram dgn pihak A ni, main lps tgn je walaupun salah dr dorg…

    Reply

Leave a Comment