Cara Check Baki Tabung Haji Di Maybank2u (Semak Balance)


Nak tahu cara check baki Tabung Haji di Maybank2u? Jika ya, ini adalah panduan yang kami sediakan untuk bantu anda ketahuinya dengan beberapa langkah mudah.

Jadi tunggu apa lagi?

Jom baca perkongsian kami.

Cara check baki Tabung Haji di Maybank2u

Berikut merupakan langkah-langkah untuk anda check baki akaun Tabung Haji anda melalui Maybank2u:

  1. Buka aplikasi Maybank2u atau laman web Maybank2u di sini maybank2u.com.my.
  2. Halaman utama Maybank2u akan terpapar.
  3. Masukkan My Username anda dan tekan Login.
  4. Seterusnya, sahkah Security Phrase anda dengan menekan butang YES.
  5. Masukkan kata laluan anda pada ruangan My Password.
  6. Klik Login.
  7. Halaman utama profil atau akaun Maybank2u anda akan dipaparkan.
  8. Di halaman utama akaun anda, sila lihat pada ikon menu yang disediakan dan cari bahagian WEALTH.
  9. Tekan pada WEALTH tersebut.
  10. Overview Wealth akaun anda akan dipaparkan.
  11. Anda akan dapat lihat Total Assets atau baki Tabung Haji di Maybank2u anda.
  12. Tahniah! Anda telah pun berjaya check baki Tabung Haji di Maybank2u.
  13. Selesai.

Walau bagaimanapun, suka kami ingatkan anda bahawa untuk check baki Tabung Haji di Maybank2u ini. Anda mestilah dah link Tabung Haji dengan Maybank atau daftar Tabung Haji melalui Maybank2u dulu.

Di samping itu, kalau nak check balance menggunakan aplikasi Maybank2u. Jangan lupa untuk muat turun aplikasi tersebut di Google Play Store atau Apple App Store anda.

Andai kata semuanya dah ada, anda bolehlah terus mengikuti cara check baki Tabung Haji di Maybank2u seperti di atas.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, nak check baki Tabung Haji di Maybank2u ini tak adalah susah sangat seperti yang anda sangkakan. Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit tunjuk ajar.

Selain itu, bila anda dah tahu bagaimana caranya. Jangan pula kedekut untuk berkongsi info ini dengan orang lain yang turut memerlukannya. Anda kena ingat, kalau anda mudahkan urusan orang lain. Urusan anda juga akan dipermudahkan nanti.

Akhir sekali, kami berharap dengan adanya perkongsian ini dapatlah sedikit sebanyak memberikan faedah kepada anda. Jika bukan sekarang, manalah tahu akan datang anda akan perlukannya.

Untuk bank-bank lain selain Maybank2u, anda juga boleh rujuk cara check baki Tabung Haji CIMB.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment