Login assist.perkeso.gov.my


Apa itu Assist PERKESO?

ASSIST PERKESO merupakan satu portal layan diri yang disediakan untuk majikan menguruskan maklumat berkaitan majikan, pekerja serta caruman bulanan PERKESO.

Assist PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) merupakan platform dalam talian yang disediakan oleh PERKESO melalui capaian assist.perkeso.gov.my. Kewujudannya adalah untuk memudahkan pengguna mengakses perkhidmatan dan maklumat berkaitan sistem keselamatan sosial di Malaysia.

Apa fungsi ASSIST PERKESO Employer?

Fungsi utama Assist Perkeso adalah untuk menyediakan sokongan dan bantuan kepada pekerja dan majikan dalam hal-hal berkaitan dengan perlindungan sosial, faedah, dan program yang ditawarkan oleh PERKESO.

Antara fungsi-fungsi lainnya termasuk:

  1. Pendaftaran dan pengurusan akaun majikan dan pekerja: Melalui Assist PERKESO, majikan dapat mendaftar, mengemaskini, dan menyemak status pendaftaran mereka dan pekerja mereka. Pekerja juga boleh menyemak status pendaftaran dan caruman mereka.
  2. Penyerahan dan pembayaran caruman: Assist PERKESO memudahkan majikan untuk membuat penyerahan dan pembayaran caruman mereka secara dalam talian. Ini termasuk menyediakan borang dan pengiraan caruman, serta menyemak status bayaran.
  3. Permohonan dan pengurusan faedah: Pekerja yang layak boleh menggunakan Assist PERKESO untuk memohon faedah seperti Faedah Rawatan, Faedah Harian, Faedah Kelahiran, Faedah Kematian, dan Faedah EKIS. Mereka juga boleh mengikuti status permohonan dan pembayaran faedah mereka.
  4. Akses kepada program dan skim keselamatan sosial: Assist PERKESO menyediakan maklumat tentang program dan skim yang ditawarkan oleh PERKESO, seperti Program Pemulihan dan Pemulihan Pekerjaan (PenjanaKerjaya), Skim Insurans Kecacatan dan Kemalangan Pekerjaan, dan Skim Insurans Pekerjaan.
  5. Sokongan dan bantuan dalam talian: Assist PERKESO menyediakan saluran komunikasi langsung dengan kakitangan PERKESO untuk meminta bantuan atau menjawab sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkhidmatan PERKESO.

Secara keseluruhannya, Assist PERKESO bertujuan untuk memudahkan urusan dan mempercepatkan proses berkaitan dengan perlindungan sosial dan keselamatan pekerjaan di Malaysia.

Cara login assist.perkeso.gov.my

Untuk login Assist PERKESO, sila lawati laman web rasmi ASSIST PERKESO

  1. Klik di sini: https://assist.perkeso.gov.my
  2. Pilih Bahasa Inggeris (EN) atau Bahasa Melayu (BM) untuk digunakan
  3. Masukkan Alamat E-mel
  4. Klik SETERUSNYA
  5. Sahkan Frasa Keselamatan
  6. Jika betul, masukkan Kata Laluan
  7. Tekan LOG MASUK
  8. Selesai

Tak boleh login ASSIST PERKESO sebab terlupa kata laluan?

Jika anda tidak boleh login Assist PERKSO dan berlaku sebarang masalah berkenaan ASSIST PERKESO, boleh hubungi mereka di talian talian 1-300-22-8000 untuk bantuan.

Anda juga oleh juga mendapatkan maklum balas dengan menghantar emel ke alamat ini: [email protected]

Cara daftar ASSIST PERKESO EMPLOYER

Untuk membuat pendaftaran kali pertama, sila isi borang pendaftaran terlebih dahulu.

  1. Muat turun Borang Pendaftaran ID Portal PERKESO terlebih dahulu di sini: https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Pendaftaran_Caruman/assist/ASSIST-BORANG_PENDAFTARAN_ONLINE_PORTAL.pdf
  2. Bawa borang pendaftaran yang telah lengkap diisi ke Pejabat PERKESO berdekatan atau hantar melalui emel ke alamat [email protected]
  3. Borang yang telah siap dihantar akan disemak terlebih dahulu oleh pihak PERKESO
  4. Jika tiada sebarang masalah, nama pengguna dan kata laluan sementara akan dihantar melalui emel
  5. Tukar kata laluan demi tujuan keselamatan akaun pada kali pertama log masuk
  6. Tamat

 

 

Leave a Comment