Jika anda salah seorang guru yang ditugaskan untuk menjadi penganjur, merekod dan menyelaras perlaksanaan latihan di sekolah, anda tidak boleh gunakan pautan untuk login SPLKPM yang biasa.
Anda perlu login SULDP dengan pautan yang berlainan
SPLKPM Modul Penyelaras
Cara login SULDP untuk SPLKPM Modul Penyelaras
Berikut ialah cara untuk login modul penyelaras dalam SPLKPM:
- Layari laman web rasmi SPLKPM di sini: https://splkpm.moe.gov.my/apps/index.cfm
- Masukkan Nama Pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Hantar
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan boleh masuk ke dalam sistem
- Jika anda tidak pasti apa yang perlu dimasukkan dalam ruangan yang diberikan:
- Untuk Nama Pengguna, masukkan kod sekolah dalam huruf besar
- Contohnya, untuk SMK Bukit Jelutong, kod sekolah ialah BEA8650
- Untuk Kata Laluan, sila rujuk dengan penyelaras LDP di sekolah masing-masing
Cara guna modul LDP
Sekiranya sudah berjaya login SULDP, anda boleh gunakan modul SULDP yang tertera pada menu di bahagian kiri untuk daftar LDP dan memasukkan kumpulan LDP yang dikehendaki.
- Pergi ke bahagian PENGURUSAN – SPL KPM
- Klik LDP KUMPULAN
- Klik Daftar LDP
- Isikan maklumat yang dipinta seperti:
- Kategori PPB
- Jenis LDP
- Anjuran
- Nama LDP
- Bidang
- Perbelanjaan
- Tarikh Mula
- Tarikh Tamat
- Jumlah Jam LDP
- Tempat LDP
- Adakah LDP ini Berkaitan dengan Literasi ICT
- Adakah LDP perlu penilaian online
- Catatan
- Catatan e-mel
- Tekan butang Simpan
Senarai tugas SULDP
Kerja-kerja SULDP bukan hanya terbatas dengan login sistem SPLKPM sahaja. Berikut adalah beberapa senarai tugas Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (SULDP) di sekolah:
- Sentiasa kemaskini maklumat SULDP sekolah dalam SPLKPM. Pastikan guna Utiliti Pengguna.
- Sentiasa mengemaskini maklumat guru dan juga anggota kumpulan pelaksana dalam SPL KPM
- Beri taklimat berkenaan SPLKPM kepada semua guru dan kakitangan sekolah
- Mendaftar maklumat LDP yang dilaksanakan di sekolah
- Mengesahkan semua maklumat yang dilaksanakan di sekolah
- Sentiasa memastikan semua guru dan kakitagan sekolah mengisi instrumen TNA memlalui instrumen individu
- Menganalisis keperluan latihan di sekolah
- Merancang keperluan latihan
- Melaksanakan latihan di sekolah kepada guru dan kakitangan
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian mengenari SULDP login ini akan memudahkan urusan anda di sekolah.
Jemput juga baca perkongsian untuk kemaskini maklumat peribadi dan perkhidmatan melalui eOperasi serta rekod kehadiran pelajar dengan login APDM KPM setiap hari persekolahan.
Semoga bermanfaat.