Viu Raih Nombor 1, Permintaan Video Atas Permintaan Di Asia Tenggara


Viu, perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka PCCW, hari ini mengumumkan bahawa platform itu meraih nombor 1 bagi platform video atas permintaan premium dari segi bilangan Pengguna Aktif Bulanan (MAU) di Asia Tenggara berikutan laporan terkini AMPD Media Partners Asia (MPA) bagi Q4 2021*, yang dikeluarkan pada Mac 28. Laporan tersebut menyatakan bahawa bilangan MAU Viu sekali lagi mengatasi platform-platform penstriman utama di Asia Tenggara, dan merupakan bilangan tertinggi sepanjang 2021. Platform tersebut juga berjaya menduduki tempat kedua dari segi pelanggan berbayar dan jumlah minit penstriman video premium di antara platform-platform penstriman video terkemuka di rantau Asia Tenggara bagi Q4 2021.

Cik Helen Sou, Ketua Pegawai Perniagaan, Asia, Viu berkata, “Prestasi Viu yang konsisten di rantau yang sangat kompetitif, digandingkan dengan pertumbuhan ketara kami dari aspek kewangan pada 2021, mengukuhkan Viu sebagai pemain utama di pelusuk dunia ini. Kandungan kami jelas bersesuaian dengan citarasa penonton Asia kami, dan model perniagaan freemium kami telah terbukti popular dengan kedua-dua pengguna dan rakan dagang ekosistem secara konsisten. Kami akan terus melabur dalam kandungan yang relevan untuk menjadi destinasi kandungan Premium Asia kedua-duanya daripada rakan dagang kandungan kami yang kian bertambah dan juga dengan produksi Viu Original.”

 Meluaskan tumpuan pada kandungan asal

Pada tahun 2021, strategi pengeluaran Viu Original terbukti berjaya memberikan kelebihan kompetitif dalam pasaran. Berbanding tahun 2020, 10 tajuk Viu Original teratas menunjukkan pertumbuhan cemerlang melebihi 94% dalam tontonan video dan juga peningkatan ketara melebih 200% dalam minit video.  Ini membantu memacu langganan sebanyak 58% daripada 5.3 juta pada 2020, kepada 8.47 juta pada 2021.

Dengan tumpuan untuk menyampaikan jalan cerita yang mempunyai daya tarikan antarabangsa tetapi berakar umbi dalam budaya Asia, produksi Viu Original membuka jalan untuk saluran pengewangan yang lebih baharu di wilayah bukan-Viu seperti Amerika dan Eropah, kepada lebih 20 platform di seluruh dunia. Tambahan lagi, produksi-produksi ini juga membekalkan peluang besar untuk bekerjasama dengan jenama untuk penempatan produk dan penajaan.

Penerimaan positif untuk kandungan asli tempatan di pasaran seperti Filipina, Thailand dan Indonesia akan menyaksikan pengeluaran meningkat secara mendadak, dengan 30 tajuk dijadual untuk dikeluarkan dalam enam bahasa. Tajuk-tajuk yang akan dikeluarkan pada April dan Mei sebagai sebahagian daripada rancangan ini termasuk musim kedua tajuk seperti Pretty Little Liars dan Assalamualaikum Calon Imam yang mendapat sambutan bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia malah di seluruh rantau.

Thailand akan mendapat dua tajuk yang dinanti-nantikan yang akan dikeluarkan pada bulan-bulan berikutan, termasuk muzikal rap Wannabe yang menampilkan Pemenang Anugerah Thailand National Film Association “Nonkul” Chanon Santinatornkul dan artis Hip Hop Thai veteran “Tan” Jawpraya Tanyuk. Siri Close Friendyang diterima dengan sangat baik di Thailand juga semasa musim pertamanya, akan kembali untuk musim kedua pada masa di mana populariti dalam talian untuk tajuk dan genre ini berada pada tahap tertinggi sepanjang masa di negara tersebut.

Berikutan kejayaan tajuk-tajuk Korean Viu Original pada tahun 2021 seperti Now We Are Breaking Up, dua lagi siri telah dijadual untuk dikeluarkan pada bulan April. Berdasarkan novel atas talian dengan tajuk yang sama, Again My Life akan dikeluarkan dalam bulan April, dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Lee Joon Gi. Siri komedi romantis From Now On, Showtime! yang dibintangi pemenang anugerah Park Hae Jin dan diarahkan oleh pengarah drama fantasi komedi romantis Strong Woman Do Bong Soon, juga akan dikeluarkan pada bulan April.

Viu meneruskan usaha dan pelaburan untuk bekerjasama dengan bakat kreatif terkemuka untuk menghasilkan tajuk asli yang mendapat sambutan serantau, mengukuhkan reputasi platform ini  sebagai hab kandungan Korea dan Asia terbaik.

Penonton Viu boleh menonton tajuk-tajuk baharu ini dan pustaka Viu yang luas yang menjadi kegemaran peminat, First-on-Viu dan tajuk eksklusif terkandung di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play dan TV pintar terpilih, serta  di web di www.viu.com.

Leave a Comment