Anda tidak yakin untuk berbual dengan individu lain kerana berasakan gigi anda tidak cantik? Veneer gigi merupakan prosedur boleh membantu untuk mengembalikan keyakinan diri anda. Lebih-lebih lagi untuk individu yang mengalami gigi pecah, patah, jarang dan kuning. Tolak tepi dahulu harga veneer gigi kerana jika anda tahu betapa ajaibnya rupa anda selepas membuat rawatan ini, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk keluarkan duit.
Izinkan kami berkongsi.
Apa itu veneer gigi?
Veneer gigi merupakan kerangka tampalan yang sangat tipis, dibuat secara khusus untuk seseorang pesakit bagi menutupi permukaan gigi tertentu dengan tujuan memperbaiki dan mencantikkan penampilan atau bentuk gigi.
Rawatan veneer ini akan dilekatkan pada bahagian hadapan gigi sehingga warna, bentuk, ukuran atau lebarnya pun berubah menjadi cantik. Veneer gigi dapat bertahan hingga bertahun-tahun sebelum akhirnya rosak dan perlu diganti.
Veneer gigi boleh dibahagikan kepada dua. Iaitu veneer yang diperbuat daripada porcelain atau resin composite. Veneer porselin perlu dihasilkan di makmal oleh juruteknologi pergigian yang terlatih sebelum dilekatkan pada permukaan gigi.
Manakala veneer komposit boleh dilekatkan terus pada gigi pesakit oleh doktor gigi pada lawatan klinik yang pertama, atau perlu dihantar ke makmal untuk diproses oleh juruteknologi dahulu.
Namun, veneer dengan bahan porselin adalah lebih baik jika dibandingkan dengan bahan komposit. Selain itu, veneer porselin juga mampu memberikan warna gigi yang lebih natural.
Bahan resin composite lebih tipis dan memerlukan sedikit pengikisan pada lapisan atas gigi sebelum veneer dipasang. Pesakit boleh berbincang dan mendapatkan penerangan yang lebih lanjut dengan doktor gigi untuk mengetahui jenis veneer yang sesuai untuk gigi mereka.
Kelebihan veneer gigi
Ia merupakan satu rawatan yang konservatif terhadap tisu pergigian. Kebiasaannya ia hanya memerlukan pengurangan pada lapisan enamel sebanyak 0.5 milimeter (mm) dan prosedur ini selalunya tidak memerlukan penggunaan ubat bius setempat.
Memilih menggunakan veneer porselin yang diperbuat daripada bahan seramik yang bersifat kaca dan akan kelihatan seakan-akan gigi yang asli. Setelah prosedur rawatan dilakukan pada permukaan gigi, restorasi veneer gigi akan tampak seperti gigi asli. Individu yang menjalani rawatan ini pasti dapat memberikan senyuman yang menarik dan lebih berkeyakinan.
Kekurangan veneer gigi
Tidak semua prosedur rawatan akan dapat memberikan hasil yang memuaskan. Ini kerana adakalanya gigi yang dipasang veneer akan kelihatan agak besar jika pengurangan lapisan enamel tidak mencukupi semasa proses penyediaan gigi.
Terdapat kemungkinan akan wujud risiko berlakunya sensitiviti gigi selepas rawatan dan kematian tisu pulpa juga boleh berlaku jika penyediaan pengurangan lapisan enamel yang terlalu nipis sehingga mencecah lapisan dentin.
Veneer yang dipasang juga boleh berdepan kemungkinan untuk tertanggal jika tidak disimenkan dengan sebaiknya. Masalah simen atau porselin yang berlebihan juga boleh berlaku jika perapian tidak dilakukan oleh doktor pergigian.
Tetapi adakah semua masalah gigi boleh dirawat dengan melakukan veneer gigi?
Masalah gigi yang boleh buat rawatan veneer
Terdapat beberapa masalah berkaitan dengan gigi yang boleh menggunakan rawatan veneer ini untuk memperbaiki masalah yang timbul.
Gigi yang mengalami perubahan berkaitan warna
Keadaan ini biasanya disebabkan oleh pengambilan ubatanย tertentu semasa gigi terbentuk, rawatan akar gigi, pengambilan flouride secara berlebihan, tampalan resin yang besar dan sebagainya.
Gigi patah atau retak
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Gigi anda mungkin mengalami retak atau patah disebabkan oleh kemalangan.
Permukaan gigi semakin nipis
Gigi yang semakin menipis atau haus ini boleh berlaku kerana tabiat individu yang suka mengetap gigi. Adakalanya keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan faktor usia dan pengambilan ubatan tertentu.
Jarak antara gigi
Sesetengah individu mungkin akan mengalami masalah gigi yang mempunyai jarak atau ruang yang ketara antara gigi. Rawatan veneer ini boleh dilakukan untuk membantu menutup ruang antara gigi-gigi tersebut.
Bentuk gigi
Selain masalah jarak antara gigi yang ketara, rawatan veneer boleh menjadi pilihan rawatan untuk mereka dengan masalah bentuk gigi yang tidak sejajar, tidak lurus, kedudukan gigi yang tidak teratur atau mempunyai masalah bentuk permukaan yang lain daripada kebiasaan.
Walau bagaimanapun, untuk memperbaiki masalah gigi yang minima, berkemungkinan rawatan pergigian lain yang lebih konservatif akan disarankan seperti rawatan pemutihan, pengkonturan semula secara estetik atau veneer komposit.
Manakala untuk individu dengan yang mengalami kerosakan yang lebih besar atau serius, rawatan korona adalah alternatif yang lebih sesuai dan lebih kuat berbanding prosedur rawatan veneer.
Cara yang terbaik adalah untuk mendapatkan nasihat dan pandangan doktor pakar mengenai pilihan rawatan yang sesuai dan terbaik untuk anda.
Masalah gigi yang tidak boleh buat rawatan veneer
Berikut pula adalah antara masalah gigi yang tidak boleh dirawat dengan prosedur rawatan veneer ini, seperti:
- Individu yang mempunyai masalah berkaitan kebersihan mulut yang tidak memuaskan serta mempunyai masalah gusi
- Permukaan gigi yang telah rosak serta memerlukan rawatan tampalan pada semua bahagian gigi seperti rawatan korona atau sarung gigi (full coverage filling; crown)
- Individu dengan masalah permukaan gigi yang terlalu pendek yang berlaku disebabkan perubahan gigitan pesakit secara vertikal (change in occlusal vertical dimension)
- Masalah gigi berlapis yang teruk
Prosedur rawatan veneer gigi
Selalunya prosedur yang melibatkan veneer porselin ini memerlukan 3 kali lawatan pergigian. Pada lawatan pertama, doktor akan merancang rawatan dan menentukan saiz, bentuk dan jenis veneer yang bersesuaian dengan senyuman, bentuk muka dan ciri-ciri estetik indiividu.
Pada lawatan kedua pula, akan dilakukan prosedur penyediaan gigi di mana sedikit pengurangan pada lapisan enamel akan dilakukan untuk proses pemasangan veneer. Pemasangan veneer sementara akan dilakukan jika proses pengurangan lapisan ini telah melibatkan lapisan dentin.
Proses pemasangan sementara ini dilakukan untuk melindungi gigi sementara menunggu prosedur veneer porselin oleh makmal perubatan. Setelah veneer porselin telah siap, doktor akan memanggil kembali individu yang ingin melakukan prosedur ini untuk proses simen veneer gigi.
Harga veneer gigi
Klinik swasta
Berikut merupakan anggaran purata harga untuk menjalani proses veneer gigi bagi 16 batang gigi adalah seperti:
- Kuala Lumpur: RM1,500
- Selangor: RM1,500
- Melaka: RM650
- Johor Bahru: RM2,225
Harga veneer gigi yang dipaparkan di atas adalah bertujuan untuk membolehkan pesakit dapat membuat persediaan dari segi kewangan sebelum menerima sebarang rawatan.
Sila ambil perhatian bahawa kos rawatan yang sebenarnya adalah bergantung kepada keadaan perubatan pesakit dan/atau berlakunya komplikasi yang tidak diduga semasa kemasukan hospital.
Klinik kerajaan
Untuk korona atau veneer, anggara harga ialah RM200 untuk setiap unit gigi termasuk korona sementara. Walau bagaimanapaun ia tidak termasuk caj bahan dan makmal.
Kami sarankan anda buat panggilan dan temujanji terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang harga veneer gigi di klinik kerajaan Malaysia.
Apa-apapun, ia tersangatlah murah berbanding caj klinik pergigian swasta.
Lihat senarai penuh caj pergigian di sini: https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/171
Senarai klinik kerajaan yang buat veneer gigi
Sudah tentu rawatan ini boleh dilakukan di mana-mana klinik swasta. Namun berikut adalah antara senarai klinik kerajaan yang menawarkan perkhidmatan veneer gigi:
- Klinik Pergigian Kuala Selangor
- Klinik Pergigian Sungai Sumun
- Klinik Pergigian KK Bagan Datoh
- Klinik Pergigian Langkap
- Klinik Pergigian Teluk Intan
- Klinik Pergigian Kampung Gajah
- Klinik Pergigian Taman Kenanga Gombak Setia
- Klinik Pergigian Shah Alam Seksyen 7
- Klinik Pergigian Sabak Bernam
- Klinik Pergigian Seri Iskandar
- Klinik Pergigian Rawang
- Klinik Pergigian Setia Alam
- Klinik Pergigian UiTM
- Klinik Pergigian Shah Alam
- Klinik Pergigian Kelana Jaya
- Klinik Pergigian Setapak
- Klinik Pergigian Bangsar
- Klinik Pergigian Cheras
- Klinik Pergigian Cheras Baru
- Klinik Pergigian Seri Kembangan
- Klinik Pergigian Batu Caves
- Klinik Pergigian Banting
Akhir kata
Masalah keyakinan diri anda yang disebabkan oleh masalah gigi boleh dirawat dengan prosedur rawatan veneer gigi ini. Walau apa pun, pastikan anda mendapatkan rundingan terlebih dahulu dengan doktor pergigian yang bertauliah.
Jika harga veneer gigi itu mahal bagi anda, kumpul duit sikit-sikit sehingga cukup.
Jangan sekali-kali melakukan prosedur veneer ini atau sebarang prosedur rawatan gigi lain dengan individu yang tidak bertauliah hanya kerana anda ingin melakukannya pada kos yang rendah. Ini kerana tindakan anda ini hanya akan mendatangkan masalah kepada diri anda sendiri dan mungkin akan menyebabkan kos yang perlu anda tampung kemudian hari adalah lebih tinggi.
Jadi berhati-hati!
Semoga bermanfaat.
Nak tau harga untuk veneer gigi 16 batang di semua klinik swasta dimelaka memang berharha rm650 ke, sbb semalam ade brtanya dgn klinik di melaka harga veneer menceecah 1k ke 2k
Boleh ke buat vaneer kat klinik kerajaan?
Boleh tahu apa nama klinik gigi kat melaka tu?
Blh ke nk buat Vaneer gigi
untuk yg tiada gigi langsung..macam mana plk ya.umur baru 45thn.semua gigi rosak..tiggal gusi shj
Saya ada tanya di klinik pahang satu batang gigi untuk veneer rm800
Saya dah tanya klinik pergigian Kuala Selangor. Kerajaan hanya buat utk 17tahun ke bawah sahaja. Itu pun jika benar2 diperlukan.Tiada perkhidmatan utk org dewasa.๐ช๐ช
Terima kasih kerana artikel ini sangat membantu saya yang merancang untuk buat veneer esok๐