10 Tempat Menarik di Langkawi Untuk Dilawati Selepas Covid-19

Kalau pergi ke Langkawi, rugi kalau hanya fikir untuk shopping sahaja. Memang betul coklat dan minyak wangi memang murah kerana status pulau ini sebagai pulau bebas cukai. Tapi alangkah ruginya kalau tak ambil peluang untuk melawat tempat menarik di Langkawi.

Tempat menarik di Langkawi

Berikut beberapa lokasi yang kami cadangkan untuk anda lawati selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) nanti.

Sky Bridge

Di penghujung kereta kabel pula, terdapat sebuah jambatan sepanjang 410 kaki yang sudah semestinya memerlukan keberanian dan stamina untuk menyeberanginya. Bukan mudah untuk semua orang, tetapi amat berbaloi untuk menyeberanginya sekali seumur hidup.

 

Underwater World

Jika anda peminat hidupan dasar laut, anda pasti teruja dengan Underwater World Langkawi. Terdapat lebih daripada 500 spesies hidupan laut dipamerkan di sini termasuk ikan jerung, ikan pari dan banyak lagi.

 

Air Terjun Telaga Tujuh

Bagi penggemar alam semula jadi, pastikan anda mengunjungi Air Terjun Telaga Tujuh yang merupakan tempat terbaik untuk berkelah di Langkawi. Ia merupakan tujuh kolam yang terpisah oleh air terjun.

 

Makam Mahsuri

Siapa yang tidak tahu akan Legenda Mahsuri dan sumpahannya? Di sinilah terletaknya tempat persemadian Mahsuri yang kekal terjaga kebersihannya dan dijaga rapi sehingga ke hari ini.

 

Bird Paradise

Penggemar burung pula boleh ke sini untuk melihat lebih daripada 2,500 jenis burung yang asyik berkicau sambil menantikan kehadiran pengunjung.

 

Taman Marin Pulau Payar

Jika anda gemarkan aktiviti snorkel atau menyelam, di sinilah pusat utamanya. Tetapi jika anda tidak mahu mengikuti aktiviti ini, disediakan sebuah observatori untuk anda melihat keindahan dasar laut dan hidupan di dalamnya.

 

Taman Buaya

Pernahkah melihat pertarungan tinju di antara manusia dan buaya? Ya, di sinilah tempat untuk anda menyaksikannya!

 

Taman Agro Mardi

Bagi yang ingin merasai keenakan buah-buahan yang ditanam di Mardi Langkawi, bolehlah singgah di sini. Dengan menaiki van yang disediakan, anda dibawa mengelilingi sambil melihat dan merasai lebih daripada 20 jenis buah-buahan secara percuma.

 

Langkawi Wildlife Park

Anak-anak boleh memperlihatkan rasa sayang mereka dengan membelai arnab dan memberi makan kepada burung, landak dan keldai yang dijaga di sini.

 

Kilim Geoforest Park

Jangan lepaskan peluang menyusuri Sungai Kilim jika anda di Langkawi.

Sepanjang perjalanan dalam bot, anda boleh melihat pelbagai spesies pokok bakau yang mencecah ratusan ribu tahun dan struktur batuan batu kapur yang melangkaui usia jutaan tahun.

Anda juga boleh melawat kawasan penternakan ikan dalam sangkar.

 

Dataran Lang

Kalau datang naik kapal terbang, ini lokasi wajib untuk anda. Kalau naik feri, pasti akan bertemu Dataran Lang dahulu.

Replika burung helang setinggi 12 meter di Dataran Lang yang menjadi simbol kemegahan Pulau Langkawi.

Di sini juga terdapat air pancut dan panorama di Jeti Kuah yang memukau terutamanya pada waktu malam.

 

Aktiviti lain

Island hopping

Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah

Jika anda masih belum dikurniakan cahaya mata, bolehlah berkunjung ke Pulau Dayang Bunting dan mandi di dalam tasik tersebut.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan sewaktu Island Hopping adalah memberi makan burung helang, salah satu aktiviti yang ditawarkan dalam hampir kesemua pakej lawatan.

 

Naik kereta kabel

Tidak sah melawat Pulau Langkawi tanpa menaiki kereta kabel. Ia akan membawa anda ke puncak Gunung Mat Cincang setinggi 708 meter dalam masa 15 minit sahaja.

Rasai kesejukan di atas puncak serta pemandangan nan menghijau sambil mengambil gambar di balai cerap.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan tempat menarik di Langkawi ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk melancong ke sini.

Apa-apa pun, harap-harap kes Covid-19 semakin berkurangan. Barulah rasa selesa untuk melancong dalam negeri tanpa rasa risau akan kesihatan diri sendiri dan keluarga.

Semoga kita sama-sama dapat rancakkan lagi ekonomi masyarakat tempatan dan menaikkan semula pelancongan domestik Malaysia.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment