Tempat Menarik di Ayer Keroh Melaka


Anda merancang untuk berkunjung ke Ayer Keroh, Melaka, tapi tak tahu destinasi menarik yang ada di sana? Teruskan membaca kerana kami ada senaraikan untuk anda beberapa tempat menarik di Ayer Keroh yang harus anda kunjungi.

Sudahlah dekat sangat dengan tol. Keluar-keluar, exit tol PLUS highway, terus sampai.

Zoo Melaka dan Zoo Malam

Dibuka pada tahun 1979, Zoo Melaka merupakan antara zoo tertua di Malaysia. Merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara, ia menjadi tempat tinggal kepada lebih dari 215 spesis haiwan yang pelbagai. Haiwan terancam seperti Badak Sumatera, Gajah Kecil Asia yang hampir pupus adalah antara haiwan unik dan menarik yang boleh anda temui di lokasi ini.

Antara pakej menarik yang disediakan di Zoo Melaka ialah seperti berikut:

  • Persembahan binatang & aksi memberi makan binatang
  • Program pembelajaran
  • Zoomanji
  • Jungle Trail Rhytm of The Night

Untuk pengetahuan anda, Zoo Melaka juga dibuka pada waktu malam, jadi anda dan keluarga dapat melihat aktiviti haiwan yang tinggal di sini pada waktu malam. Seperti yang anda boleh jangka, peel haiwan-haiwan ini semestinya berbeza barbanding kelakuak mereka pada waktu siang. Waktu lawatan di Zoo Melaka dan Zoo Malam bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.30 petang untuk lawatan siang, dan untuk Zoo Malam pula, ia dibuka untuk umum pada setiap malam Jumaat, Sabtu serta cuti umum dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Harga tiket bagi Zoo Melaka dan Zoo Malam ialah seperti berikut:

  • Dewasa dengan Mykad RM16.90
  • Kanak-kanak dengan Mykid RM6.75
  • Warga emas RM6.75
  • Dewasa tanpa Mykad RM22.50
  • Kanak-kanak tanpa Mykid RM16.90
  • OKU dewasa RM6.75
  • OKU kanak-kanak RM5.00

Sumber: Melakazoo

Taman Botanikal Melaka

Taman Botani Melaka atau Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh adalah antara destinasi wajib dikunjungi apabila anda bercuti bersama yang tersayang di Melaka. Taman ini yang dahulunya dikenali sebagai Taman Rekreasi Ayer Keroh mempunyai keluasan seluas 92.5 hektar yang dipenuhi dengan hujan hujan khatulistiwa semulajadi. Lanskap indah yang mengelilingi kawasan ini menjadikan ia destinasi yang sesuai untuk dilawati seisi keluarga.

Nikmati keindahan lebih daripada 300 spesis flora dan fauna yang mendiami taman ini dengan bersantai sambil menghirup udara segar di sini.

Selain daripada hidupan semulajadi, taman ini juga mempunyai daya tarikan unik lain seperti:

  • Kampung Buku Malaysia Melaka
  • Muzium Perhutanan
  • Canopy Walk
  • Buggy Ride
  • Cafe Botanical
  • Taman Prasejarah (dinosaurs)
  • Taman Cerita
  • Chalet penginapan
  • Kawasan perkhemahan
  • Padang serbaguna
  • Taman permainan

Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke Taman Botanikal Melaka ini, jadi ia harus di letakkan dalam senarai wajib pergi apabila anda merancang untuk ke Melaka bersama keluarga masing-masing.

Melaka Wonderland Themepark and Resort

Tarikan pelancongan di Ayer Keroh seterusnya ialah Melaka Wonderlan Theme Park & Resort yang kini meningkat popular di kalangan pengunjung negeri Melaka. Fakta menarik mengenai taman tema air ini ialah ia menggunakan lebih 200 juta liter air untuk mengairi kesemua kolam di sini. Wah! Banyak betul air yang digunakan ya.

Melaka Wonderland Themeparka & Resort juga menyediakan tarikan yang pelbagai yang menyeronokkan serta pastinya sesuai untuk anda dan seisi keluarga. Antara tarikan pelancong yang ada di sini ialah:

  • Tornado chaser
  • Kamikaze Racer
  • 1 Big Wave Pool
  • Adventure Island
  • Paddle boat
  • E-Scooter

Taman tema air ini dibuka setiap hari Selasa hingga Jumaat dari jam 11.00 pagi hingga jam 7.00 petang. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad, ia dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga jam 7.00 petang. Bayaran masuk pula ialah RM36.00 untuk pelawat dewasa dan RM29.00 untuk pelawat kanak-kanak. Apa yang lebih menarik, destinasi ini juga menyediakan resort untuk anda bermalam selepas kepenatan seharian berseronok di taman tema.

Mini Malaysia and Asean Cultural Park (Taman Mini Malaysia)

Selain dari tempat menarik di atas, Ayer Keroh juga mempunyai Taman Mini Malaysia atau juga dikenali dengan nama Mini Malaysia & Asean Cultural Park.

Taman ini merupakan taman budaya yang menjadi pusat untuk mempamerkan kepelbagaian reka bentuk rumah tradisional dari pada kesemua 13 buah negeri di Malaysia antaranya rumah kayu Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan sebagainya. Dalam erti kata lain, Taman Mini Malaysia ini membolehkan anda untuk mempelajari sendiri dengan lebih lanjut keunikan senibina rumah dari pelbagai negeri di Malaysia.

Selain itu, di sini terdapat juga pameran senibina dari negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan banyak lagi. Jika anda berkunjung ke sini pastinya anda akan mendapat banyak gambar-gambar swafoto berlatarbelakangkan kepelbagaian senibina unik. Boleh dikatakan “bercuti di Ayer Keroh, tapi dapat ambil gambar bagai bercuti ke Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam sehari!”. Pasti pengikut anda di laman sosial akan kagum dan gambar anda pasti dihujani “likes” kerana keunikan destinasi yang anda lawati.

Di Taman Mini Malaysia juga terdapat pelbagai aktiviti kebudayaan yang boleh anda sekeluarga cuba seperti:

  • Permainan tradisional
  • Rawatan spa tradisional
  • Menyewa pakaian tradisional
  • Memasak makana tradisional
  • Mencanting batik

Apa yang lebih menarik, di sini jugab terdapat kolam renang percuma, permainan carousel, roller coaster dan pelbagai tarikan menarik.

Anda harus berkunjung kesini sendiri untuk menikmati keseronokkan di sini. Mini Malaysia & Asean Cultural Park dibuka setiap Isnin hingga Jumaat  dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.30 petang, Manakala pada hari Sabtu dan Ahad ia dibuka dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Bayaran masuk ialah RM18 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

A Famosa Resort

Akhir sekali, percutian anda di Ayer Keroh tidak akan sempurna tanpa lawatan ke A Famosa Resort yang mempunyai 2 taman yang menarik untuk seisi keluarga.

Taman yang pertama ialah A’famosa Water Park iaitu taman tema air terbesar di Malaysia dengan 2 tarikan yang paling popular iaitu Kids Adventure Party Pool danHigh Speed Slides.

Taman tema yang seterusnya pula ialah taman safari iaitu Safari Wonderland. Di sini anda dapat melihat pelbagai aksi binatang di kawasan Safari Adventure, Monkey Island dan Farm House.

Waktu operasi A Famosa Resort bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 7.00 petang pada setiap Isnin sehingga Jumaat , manakala pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) serta cuti umum ia dibuka untuk lawatan daro jam 9.00 pagi sehingga 7.00 petang.

Harga tiket masuk ialah RM69 untuk pelawat dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak.

Akhir kata

Demikanlah 5 tempat menarik di Ayer Keroh yang ingin kami kongsikan kepada anda dalam artikel ini. Menarik bukan?

Leave a Comment