9 Tempat Menarik Di Ampang Waktu Malam (Jalan-Jalan & Makan-Makan)


Malam ini anda nak keluar date dengan pasangan anda, tapi tak tahu nak kemana. Pasangan anda pula sukakan tempat-tempat yang ada view ditambah dengan kehijauan alam semula jadi. Tapi  ada ke tempat-tempat menarik dekat Ampang malam-malam?

Ada! Mungkin tempat date yang sesuai untuk anda adalah di Ampang. Jom tengok dekat mana tempat menarik Ampang.

9 Tempat menarik di Ampang waktu malam

1.Bukit Ampang / Ampang Lookout Point

Tempat yang tidak jauh dari KLCC ini hanya mengambil masa kira-kira 20-25 minit untuk sampai.

Bukit Ampang ini agak tinggi juga hingga boleh lihat panorama Kuala Lumpur secara keseluruhan. Lagi cantik anda pergi tempat menarik di Ampang ini pada waktu malam.

Anda boleh berkunjung ke sini untuk melihat matahari terbenam ataupun melihat bangunan-bangunan yang bercahaya di kota Kuala Lumpur ketika waktu malam. Sambil itu boleh makan-makan kerana terdapatnya gerai-gerai makanan disitu.

Ingin diingatkan yang kawasannya tidaklah luas mana dan susah juga ntuk mendapatkan spot parking jika terlampau banyak kereta. Kalau nak elakkan diri anda dari buat tawaf, naiklah motorsikal.

Tempat menarik di Ampang waktu malam ini juga sesuai untuk bersukan. Tapi kena bertemanlah!

 

Lokasi : B62, Jalan Hulu Langat, 43100 Ampang, Selangor. (Google Maps)

 

2. Ampang Sport Planet

Ha tempat ini paling best kalau anda nak main futsal dengan kawan-kawan anda ataupun buat tournament. Kalau nak gunakan untuk aktiviti sukan yang lain pun boleh. Anda boleh tanya terlebih dahulu.

Ampang Sport Planet ini lokasinya terletak di Taman Dato Ahmad Razali. Kalau nak book ke atau confirmkan waktu operasi, sila hubungi pihak pengurusan Ampang Sport Planet. Tempat menarik di Ampang waktu malam ini juga merupakan tumpuan anak-anak muda untuk beraktiviti.

 

Waktu Operasi: Hari Biasa : 10:00 Pagi – 2 :00 pagi, Hari Minggu : 9:00 Pagi – 2:00 Pagi

Lokasi :  Pusat Sukan Sports Planet Ampang, E12, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor (Google Maps)

 

3. Menage Cafe

Dah penat-penat bersukan atau kau datang tengok pakwe kau main futsal, boleh sambung date dekat tempat makan sebelah Ampang Sport Planet sahaja.

Menage Cafe ini ada tempat makan yang bertutup dan juga yang terbuka (open space) dengan menjamukan pelbagai menu makanan untuk setiap lapisan umur. Antara menu-menu yang ada dan boleh cuba :-

  1. B&E Coffee – minuman kopi dan frappe.
  2. Masakan lauk panas dan tomyam.
  3. Nasi goreng, masakan mee, bihun, kueytiow dan maggi.
  4. Masakan Western.
  5. Legendary Nasi Ayam Kicap (setiap Jumaat dan Sabtu sahaja).
  6. Masakan asam pedas, ikan bakar, daging bakar harimau menangis, roti kitab dan kudapan lain.
  7. Nasi Cikgu Sue.
  8. Makanan ringan seperti tauhu bakar, popia otak-otak, sengkuang calit, rojak buah dan pulut mangga.
  9. Nasi lemak.
  10. Masakan style Mamak.

Kalau anda nak bawa satu keluarga pun boleh juga, sebab kawasannya luas dan mesra OKU juga kanak-kanak. Nak parking kereta pun tak susah.

 

Waktu operasi : 6pm – 12am

Lokasi : Jln Mamanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor (Google Maps)

 

4. Restoran Zaiton Asam Pedas

Ini antara kedai makan masakan kampung Melayu yang ramai tidak tahu dekat mana terletaknya. Saiz kedainya juga mengikut seperti kedai-kedai Melayu di kampung.

Saiz kedai bukanlah ukuran ini kerana Restoran Zaiton Asam Pedas ini bila dibuka akan sentiasa ada orang datang makan, lagi-lagi ketika waktu malam. Ini kerana menu bila dimakan rasa macam kita balik kampung ataupun nak dekat dah rasa dengan masakan mak atau nenek kita.

Antara menu yang popular restoran ini mestilah asam pedas, sambal hijau ikan bilis petai dan juga ayam sambal hijau. Lauk yang lain juga turut ada.

Restoran Zaiton Asam Pedas ini pada pukul 7.00 p.m hingga 8.00 kadangkala sudah penuh dengan pelanggan. Untuk parking kereta agak susah juga ini kerana lokasinya yang terletak di kawasan perumahan flat.

Jadi rancang dahulu bila waktu sesuai anda mahu pergi.

 

Waktu Operasi : 5.00 p.m. – 12 p.m. (Mungkin berubah-ubah)

Lokasi : Jalan Mamanda Kecil 1, Kampung Melayu Ampang, 68000 Ampang, Selangor. (Google Maps)

 

5. Dagang Avenue

Dagang Avenue ini antara medan selera yang sesuai untuk makan-makan dalam bilangan yang ramai. Pelbagai jenis restoran dan juga gerai-gerai kecil di tempat ini.

Pilihan makanan bermula dari masakan tempatan hinggalah ke barat. Menu yang selalu menjadi pilihan dan kegemaran pelanggan yang datang disini antaranya ialah Chicken Chop, Burger Bakar oleh Burger Kaw Kaw, Yong Tau Foo, Grill Chicken.

Sambil makan suap-suap dengan date anda, bolehlah dengar lagu jiwang dari busker dekat situ. Kalau nak tempah tempat duduk juga boleh. Sila hubungi pihak pengurusan.

Tempat parking di Dagang Avenue agak sukar untuk dapat apabila peak hour. Bolehlah rancang perjalanan anda.

 

Waktu operasi : 12:30 p.m. – 12.00 a.m.

Lokasi : JalanTaman, Jalan Dagang, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor (Google Maps)

 

6. Sweetree Restaurant

Pasangan anda ada cakap teringin makan makanan Korea yang macam dalam K-drama yang dia tengok. Nak makan kena pastikan dulu restoran itu halal juga. Jangan risau sebab Sweetree Restaurant lah jawapannya!

Menu yang paling ramai selalu order dekat restoran ini adalah Korean BBQ yang ada tempat grill sekali. Selain itu juga ada masakan Korea yang lain anda boleh pilih. Untuk pemula yang baru nak cuba masakan Korea, boleh cuba bimbibap dan juga kimbap.

Tempat menarik di Ampang ini pada waktu malam agak crowded juga pada hari hujung minggu. Jadi rancang dahulu bila masa yang sesuai anda nak pergi.

 

Waktu operasi : 11:30 p.m – 10:00 pm (last order 9:00 p.m)

Lokai : L1, 12 L1 & 13, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor. (Google Maps)

 

7. Kawd Ampang Waterfront

Anda dan pasangan nak makan western tapi nak suasananya juga adalah spot untuk gambar instagram? lagilah  Kawd Ampang Waterfront lah tempatnya! Tempat menarik di Ampang ini malamnya mesti menarik kerana sebelahnya juga ada Sungai Klang.

Terdapat juga menu yang telah dioleh (fusion) yang menjadi antara best seller disitu. Cubalah!

 

Waktu operasi : 12:00 tengahari hingga 11:45 malam

Lokasi : 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor (Google Maps)

 

8. Ibrahim’s Fatty Crab

Tekak  rasa nak makan sesuatu yang panas-panas dan ada makanan laut, anda boleh datang ke Ibrahim’s Fatty Crab. Mempunyai pilihan makanan laut yang pelbagai dan kualitinya juga terjaga. Gaya masakanya lebih kearah Cina tapi boleh sahaja tanya kalau nak cara masakan lain.

 

Waktu operasi : Setiap hari kecuali Isnin, hari minggu (5 pm – 12 am) manakala hujung minggu (3 pm – 12 am)

Lokasi : No, 18, 1 Avenue, 68000 Ampang Jaya, Selangor (Google Maps)

 

9. Pak Long Ikan Bakar

Anda dan date nak kan makanan bakar-bakar dan lauk-pauk kampung yang terlalu banyak pilihan, boleh datang dekat sini.

Pak Long Ikan Bakar adalah restoran yang menyediakan masakan lauk selera kampung Melayu. Ada juga sediakan makanan Thai dan juga makanan Indonesia. Menu yang ramai selalu order dekat sini ikan bakar dan juga menu gulai.

Restoran ini juga menyediakan perkhidmatan katering kalau anda nak buat majlis makan-makan.

 

Waktu Operasi : 8.00 pagi – 12.00 malam

Lokasi : No. 31-G, Jalan UP 1/6, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor (Google Maps)

 

Akhir kata

Selain balik-balik KLCC yang jadi tempat dating anda dan pasangan, baik tukar angin sekali sekala date tempat menarik di Ampang. Tempat yang mana bila malam orang keluar untuk lihat view Ampang dan juga makan makananya yang pelbagai. Date-date juga, jangan lupa jaga batas!

Kalau nak date selain tempat menarik di Ampang waktu malam, boleh tengok juga Tempat Menarik Di Kuala Selangor.

Selamat explore!

Leave a Comment