Tarikh Raya 2024: Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah


Tarikh raya 2024 di Malaysia adalah pada hari Rabu, 10 April 2024. Tarikh ini adalah bersamaan 1 Syawal 1445 Hijrah.

Ini bermakna, selepas sebulan berpuasa, tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam di Malaysia ialah 10 April 2024, iaitu bersamaan dengan 1 Syawal 1445 Hijrah. Maklumat ini adalah merujuk kepada takwim Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun tersebut, 2024 Masihi / 1445-1446 Hijrah.

Pengumuman rasmi berkenaan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri di seluruh negeri Malaysia akan disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Ia dijangka akan disiarkan di radio dan televisyen pada pukul 8 malam, 28 Ramadan 1445H.

Tarikh Penting Islam 2024

Selain tarikh raya 2024, berikut ialah tarikh-tarikh penting dalam Islam yang lain:

Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan/Kebesaran Islam
27 Rejab 14458 Februari 2024Israk dan Mikraj
1 Ramadan 144512 Mac 2024Awal Ramadan / Berpuasa
17 Ramadan 144528 Mac 2024Nuzul al-Quran
1 Syawal 144510 April 2024Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 14458 Jun 2024Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 144517 Jun 2024Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 14467 Julai 2024Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144616 September 2024Maulidur Rasul

Leave a Comment