Tarikh Raya Haji 2024: Hari Raya Korban, 10 Zulhijjah 1445 Hijrah


Tarikh raya Haji 2024 di Malaysia adalah pada hari Rabu, 17 Jun 2024. Tarikh ini adalah bersamaan 10 Zulhijjah 1445 Hijrah.

Ini bermakna, tarikh sambutan Hari Raya Haji, juga dikenali dengan nama Hari Raya Korban, bagi umat Islam di Malaysia ialah 17 Jun 2024, iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1445 Hijrah. Maklumat ini adalah merujuk kepada takwim Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun tersebut, 2024 Masihi / 1445-1446 Hijrah.

Pengumuman rasmi berkenaan tarikh sambutan Hari Raya Haji di seluruh negeri di Malaysia akan disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Ia dijangka akan disiarkan di radio dan televisyen.

Tarikh Penting Islam 2024

Selain tarikh raya Haji 2024, berikut ialah tarikh-tarikh penting dalam Islam yang lain:

Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan/Kebesaran Islam
27 Rejab 14458 Februari 2024Israk dan Mikraj
1 Ramadan 144512 Mac 2024Awal Ramadan / Berpuasa
17 Ramadan 144528 Mac 2024Nuzul al-Quran
1 Syawal 144510 April 2024Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 14458 Jun 2024Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 144517 Jun 2024Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 14467 Julai 2024Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144616 September 2024Maulidur Rasul

Leave a Comment