Tarikh puasa 2024 di Malaysia adalah pada hari Selasa, 12 Mac 2024. Tarikh ini adalah bersamaan 1 Ramadan 1445 Hijrah.
Ini bermakna, tarikh permulaan ibadah puasa bagi umat Islam di Malaysia ialah 12 Mac 2024, iaitu bersamaan dengan 1 Ramadhan 1445 Hijrah. Maklumat ini adalah merujuk kepada takwim Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun tersebut, 2024 Masihi / 1445-1446 Hijrah.
Pengumuman rasmi berkenaan tarikh mula puasa di seluruh negeri Malaysia akan disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Ia dijangka akan disiarkan di radio dan televisyen pada pukul 8 malam, 29 Syaaban 1445H.
Tarikh Penting Islam 2024
Selain tarikh puasa 2024, berikut ialah tarikh-tarikh penting dalam Islam yang lain:
Tarikh Hijri | Tarikh Miladi | Hari Perayaan/Kebesaran Islam |
---|---|---|
27 Rejab 1445 | 8 Februari 2024 | Israk dan Mikraj |
1 Ramadan 1445 | 12 Mac 2024 | Awal Ramadan / Berpuasa |
17 Ramadan 1445 | 28 Mac 2024 | Nuzul al-Quran |
1 Syawal 1445 | 10 April 2024 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
1 Zulhijjah 1445 | 8 Jun 2024 | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah 1445 | 17 Jun 2024 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1446 | 7 Julai 2024 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1446 | 16 September 2024 | Maulidur Rasul |