Syarat Pinjaman AEON Credit (Personal Loan)


Bukan semua orang layak memohon personal loan AEON. Oleh kerana personal loan ini agak popular di kalangan peminjam kerana dikatakan senang lulus, syarat pinjaman AEON Credit juga agak ketat. Jadi, untuk mengelakkan kekecewaan, anda perlu melepasi tahap kelayakan yang ditetapkan sebelum memohon.

Izinkan kami berkongsi.

Syarat pinjaman AEON Credit yang umum

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana bank di Malaysia
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas (SAA)
  • Bukan di bawah seliaan AKPK

 

Syarat pinjaman AEON Credit untuk penjawat awam

  • Mempunyai status pekerjaan yang tetap

 

Syarat pinjaman AEON Credit untuk pekerja swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama
  • Mempunyai caruman KWSP atau jika tiada caruman, gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank

 

Kalau berniaga atau bekerja sendiri?

  • Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  • Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai akaun bank syarikat dengan jumlah transaksi bulanan RM5,000 ke atas

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan, anda boleh memohon pinjaman peribadi ini. Pertama sekali, anda perlu menyediakan beberapa dokumen untuk memudahkan proses permohonan.

 

Senarai dokumen yang diperlukan untuk personal loan AEON

Untuk pekerja tetap

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan)

 

Untuk pekerja sambilan / part time / tidak tetap

Ini adalah untuk kategori pekerja yang dibayar gaji tetapi tiada potongan caruman KWSP setiap bulan.

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini
  • Penyata bank 6 bulan terkini

 

Untuk yang bekerja sendiri

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Borang 9, Borang 24 dan Borang 49
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini
  • Borang BE/E dan resit pembayaran cukai (jika ada)

 

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian syarat pinjaman AEON Credit ini akan memudahkan urusan anda.

Ingat, pinjaman itu tetap pinjaman. Ia perlu dibayar balik. Jangan berniat meminjam dan tidak mahu bayar langsung hutang. Berdosa.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment