STR Warga Emas


Penerima STR warga emas akan tetap akan menerima amaun bayaran berdasarkan kategori mereka dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terdiri daripada bujang dan warga emas bujang tanpa pasangan.

Amaun bayaran yang diterima adalah berbeza mengikut fasa pembayaran.

Berapa bantuan STR Fasa 3 warga emas bujang?

Warga emas bujang yang berumur 60 tahun ke atas; iaitu yang tidak mempunyai pasangan dan pendapatan tidak melebihi RM5,000, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM200 pada Fasa 3.

Sebelum ini, mereka menerima RM100 pada Fasa 1 dan Fasa 2.

Berapa bantuan STR Fasa 4 untuk warga emas tiada pasangan?

Warga emas bujang akan menerima bantuan RM200 lagi pada Fasa 4.

Berapa jumlah bantuan STR warga emas bujang?

Amaun keseluruhan yang akan diterima oleh penerima dalam kategori warga emas adalah RM600.

Berapa umur yang melayakkan warga emas bujang dapat bantuan STR?

Umur yang melayakkan warga emas mendapat bantuan STR adalah 60 tahun dan ke atas, dengan pendapatan kurang tidak melebihi RM5,000.

Macam mana kalau warga emas umur lebih 60 tahun, tapi sudah berkeluarga dan bukan bujang?

Sekiranya warga emas berumur lebih 60 tahun dan sudah berkeluarga, mereka dikira berada dalan kategori Isi Rumah.

Dalam kategori Isi Rumah, tiada had umur yang dikenakan.

Ia bergantung kepada bilangan anak dan guna pendapatan isi rumah.

Macam mana dengan STR kategori bujang, tapi bukan warga emas?

Untuk kategori bujang bukan warga emas yang berumur antara 19 hingga 59 tahun dengan pendapatan tidak melebihi RM2,500, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM100 pada Fasa 1 dan Fasa 2, dan RM150 pada Fasa 3.

Tiada bayaran akan diterima pada Fasa 4.

Jumlah amaun yang akan diterima oleh penerima dalam kategori ini adalah RM350.

Categories STR

2 thoughts on “STR Warga Emas”

Leave a Comment