STR Permohonan Baru


Apa itu STR permohonan baru?

Permohonan baru di sini bermakna permohonan yang baru sahaja dibuat untuk Fasa 3 dan Fasa 4.

Siapa penerima STR permohonan baru?

Penerima bagi permohonan baharu STR adalah untuk mereka yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2.

Seperti sebelum-sebelum ini, terdapat dua kategori utama, iaitu Kategori Isi Rumah dan Bujang/Warga Emas Tiada Pasangan.

Macam mana nak semak keputusan STR permohonan baru?

Untuk menyemak keputusan STR permohonan baru, sila ke laman STR login di bantuantunai.hasil.gov.my.

  1. Sila masukkan nombor Kad Pengenalan dan tekan butang Semak.
  2. Lihat keputusan STR permohonan baru anda sejurus dapat masuk ke dalam portal MySTR.
  3. Selesai

STR permohonan baru bila masuk pembayarannya?

Pembayaran STR bagi permohonan baru adalah sama sahaja dengan permohonan lama, iaitu mereka-mereka yang menerima bantuan sebelum-sebelum ini.

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan bermula pada 26 Jun 2023 dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Bagi individu yang termasuk dalam kategori permohonan baru yang memiliki akaun bank, sumbangan akan dikreditkan ke akaun mereka mulai tarikh tersebut.

Sementara itu, individu yang tidak mempunyai akaun bank boleh membuat tuntutan tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 26 Jun 2023.

Bagi individu yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, proses tuntutan sumbangan ini juga akan bermula pada tarikh yang sama.

Berapa bayaran STR Fasa 3 bagi permohonan baru untuk kategori isi rumah, gaji bawah RM2500?

Untuk Kategori Isi Rumah, terdapat dua subkategori berdasarkan pendapatan isi rumah iaitu di bawah RM2,500 dan antara RM2,501 hingga RM5,000.

Bagi isi rumah dengan pendapatan di bawah RM2,500, jumlah penerimaan adalah seperti berikut: Fasa 3 memberikan RM600 untuk keluarga tanpa anak, RM900 untuk keluarga dengan 1 hingga 2 anak, RM1,100 untuk keluarga dengan 3 hingga 4 anak, dan RM1,300 untuk keluarga dengan 5 anak atau lebih.

Berapa bayaran STR Fasa 4 bagi permohonan baru untuk kategori isi rumah, gaji bawah RM2500??

Bayaran STR permohonan baru fasa 4 pula adalah sebanyak RM400, RM600, RM900, dan RM1,200 masing-masing untuk kategori yang sama.

Jumlah penerimaan keseluruhan adalah RM1,000, RM1,500, RM2,000, dan RM2,500 untuk setiap kategori.

Berapa bayaran STR Fasa 3 bagi permohonan baru untuk kategori isi rumah, gaji melebihi RM2500?

Bagi isi rumah dengan pendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, jumlah penerimaan adalah seperti berikut:

Fasa 3 memberikan RM300 untuk keluarga tanpa anak, RM450 untuk keluarga dengan 1 hingga 2 anak, RM600 untuk keluarga dengan 3 hingga 4 anak, dan RM750 untuk keluarga dengan 5 anak atau lebih.

Berapa bayaran STR Fasa 4 bagi permohonan baru untuk kategori isi rumah, gaji melebihi RM2500??

Bayara STR Fasa 4 pula memberikan RM200, RM300, RM400, dan RM500 masing-masing untuk kategori yang sama.

Jumlah penerimaan keseluruhan adalah RM500, RM750, RM1,000, dan RM1,250 untuk setiap kategori.

Berapa bayaran STR Fasa 3 & STR Fasa 4 bagi permohonan baru untuk kategori bujang dan warga emas bujang?

Kategori kedua adalah Bujang/Warga Emas Tiada Pasangan.

Untuk bujang dengan pendapatan di bawah RM2,500 dan berumur antara 19 hingga 59 tahun, jumlah penerimaan adalah seperti berikut:

  • Fasa 3 memberikan RM150 dan Fasa 4 memberikan RM200
  • Jumlah keseluruhan penerimaan sebanyak RM350.

Bagi warga emas tiada pasangan dengan pendapatan di bawah RM5,000 dan berumur 60 tahun ke atas, jumlah penerimaan adalah seperti berikut:

  • Fasa 3 memberikan RM300 dan Fasa 4 memberikan RM300.
  • Jumlah keseluruhan penerimaan sebanyak RM600.
Categories STR

Leave a Comment