STR Bujang


Penerima STR bujang tetap akan menerima bayaran dalam Fasa 3 ini. Penerima akan menerima amaun bayaran berdasarkan kategori mereka dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terdiri daripada bujang dan warga emas tanpa pasangan.

Amaun bayaran yang diterima adalah berbeza mengikut fasa pembayaran.

Berapa bantuan STR bujang?

Untuk kategori bujang yang berumur antara 19 hingga 59 tahun dengan pendapatan tidak melebihi RM2,500, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM100 pada Fasa 1 dan Fasa 2, dan RM150 pada Fasa 3.

STR bujang dapat berapa?

Jumlah amaun keseluruahan yang akan diterima oleh penerima dalam kategori ini adalah RM350.

STR bujang umur berapa?

STR bujang hanya layak untuk individu yang berumur antara 19 hingga 59 tahun dengan pendapatan tidak melebihi RM2,500

STR bujang berapa fasa?

STR bujang hanya tertakluk kepada 3 fasa sahaja.

Tiada bayaran akan diterima pada Fasa 4.

Macam mana kalau STR bujang warga emas?

Manakala untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai pasangan dan pendapatan tidak melebihi RM5,000, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM100 pada Fasa 1 dan Fasa 2, RM200 pada Fasa 3, dan RM200 lagi pada Fasa 4.

Jumlah amaun yang akan diterima oleh penerima dalam kategori ini adalah RM600.

Categories STR

Leave a Comment