Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022, the Curve Dihiasi Songket Berwarna-warni


Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, the Curve mengalu-alukan kedatangan pengunjung untuk merasai pengalaman membeli belah dengan hiasan songket yang mengubah bahagian Centre Court seperti dekorasi artistik Arabesque.

Bermula 1 April sehingga 4 Mei 2022, pengunjun dapat menikmat keindahan hiasan songket yang tersergam indah dalam warna hijau, kuning dan merah jambu. Bukan sekadar it, ia turut disertakan dengan gerbang dan kubah mirip Moorish-style serta lampu LED yang mencantikkan dan menaikkan lagi suasana.

Pada setiap minggu dan cuti umum, the Curve juga akan mengadakan persembahan muzikal di bahagian Centre Court. Persembahan ini akan diadakan pada jam 2 petang dan 5 petang. Pengunjung bakal terpesona dengan koreografi dan pakaian-pakaian cantik yang dipakai oleh penari semasa persembahasan Raya Estetika ini nanti.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan lagu-lagu keroncong, ghazal, caklempong dan serunai yang dimainkan secara langsung di sana.

Jazmi Kamarudin, Senior General Manager dari Property Management & Investment, Boustead Properties Berhad berkata, “Selepas dua tahun yang kurang meriah, kini semua orang mahukan suasana seperti dahulu. Mereka mengabadikan detik-detik indah pada hari yang bahagia ini bersama keluarga dan rakan-rakan”.

“Kami memilih songket sebagai tema pada tahun ini kerana ia adalah satu jenis kain tenun yang indah. Songket juga menjadi satu simbol hubungan rapat antara keluarga dan orang tersayang. Kami ingin mengambil peluang ini dalam mengalu-alukan pengunjung ke the Curve semasa bulan Ramadan dan Syawal ini agar semangat kekeluargaan menjadi semakin utuh”, katanya lagi.

Ada banyak giveaway yang akan diberikan kepada pengunjung yang berbelanja di the Curve.

Sesiapa yang berbelanja RM200 dalam 2 resit maksimum adalah layak untuk menyertai satu Lucky Raya Dip, baucer tunai yang berjumlah RM10, RM20 dan RM50 setiap satu serta satu Estetika Raya Packet.

Sesiapa yang berbelanj RM400 dalam 2 resit maksimum adalah layak untuk menyertai dua satu Lucky Raya Dip, baucer tunai yang berjumlah RM10, RM20 dan RM50 setiap satu serta satu Estetika Raya Packet.

Selain daripada itu, tiga lucky shopper akan dipiliah dalam lucky draw setiap hari Isnin semasa kempen ini berlangsung. Lucky shopper akan menerima baucer tunai bernilai RM500. Untuk grand finale pula, pengunjung yang berbelanja paling banyak akan menerima baucer tunai bernilai RM2,000 setiap satu.

Semua aktiviti di the Curve akan sentiasa dipantau dan akan terus mematuhi SOP. Untuk maklumat lanjut berkenaan kempet the Curve’s Raya, boleh hubungi talian  03-7710 6868 atau layari www.thecurve.com.my atau www.facebook.com/theCurveShoppingMall atau  https://www.instagram.com/thecurve_official/ (thecurve_official).

Leave a Comment