Semak Baki Pinjaman Kereta RHB Bank


Kalau ada di antara anda semua yang tertanya-tanya macam mana cara nak semak baki pinjaman kereta RHB Bank. Kami ada jawapan yang anda cari. Ingin tahu lebih lanjut?

Jemput baca artikel kami.

Semak baki pinjaman kereta RHB bank online

Berikut adalah langkah-langkah untuk semak baki pinjaman kereta RHB anda secara online:

  1. Sila layari laman web RHB online banking di logon.rhb.com.my.
  2. Anda akan dibawa ke laman utama web RHB online banking.
  3. Di laman tersebut, sila lakukan proses login ke akaun milik anda.
  4. Laman utama akaun anda akan terpapar.
  5. Kemudian, klik Account pada senarai menu yang tertera.
  6. Beberapa jenis akaun RHB anda yang ada akan dipaparkan.
  7. Pada pilihan tersebut, sila tekan Loans.
  8. Semua maklumat mengenai pinjaman dan baki pinjaman kereta RHB milik anda akan tertera.
  9. Tamat.

Untuk pengetahuan anda, anda boleh menggunakan langkah yang kami tunjukkan di atas melalui aplikasi RHB Mobile Banking di telefon pintar anda.

Namun, kena pastikan yang anda dah ada akaun RHB online banking terlebih dulu sebelum dapat semak baki pinjaman RHB Bank secara online.

Ada cara lain untuk check balance loan kereta RHB?

Ya, ada. Selain daripada menerusi online banking. Anda boleh saja mengetahui baki pinjaman kereta RHB anda dengan mengunjungi mana-mana cawangan RHB Bank atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan RHB Bank melalui talian bantuan yang ada mereka sediakan.

Masih ada masalah tentang semak baki pinjaman kereta RHB Bank?

Jika anda masih menghadapi sebarang kesulitan atau kesukaran berhubung semakan baki pinjaman kereta RHB Bank atau hal-hal lain yang berkaitan.

Anda boleh saja mendapatkan maklum balas, bantuan atau tindakan lanjut dengan menghubungi talian 03-9206-8118 untuk bercakap dengan Bahagian Khidmat Pelanggan RHB.

Di samping itu, anda juga boleh menghantar emel ke alamat [email protected].

Akhir kata

Kesimpulannya, nak semak baki pinjaman kereta RHB Bank dah tak perlu lagi bersusah payah. Kalau ada cara yang lebih mudah, baik guna cara itu untuk jimatkan masa dan tenaga anda.

Jadi kalau anda tanya pendapat kami. Kami cadangkan anda lakukannya secara online saja. Tapi, andai kata anda tak ada online banking dan internet.

Boleh saja guna cara manual iaitu dengan datang ke cawangan atau guna panggilan telefon.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment