Nikmati Udara Nyaman Dengan Samsung Bespoke Cube Air Purifier


Tingkatkan ruang kediaman dengan produk terbaharu kami daripada barisan Bespoke: Cube™ Air Purifier. Dilengkapi dengan ciri intuitif dan mudah untuk menjadikan hidup anda lebih selesa, pembersih udara tercanggih ini akan menyenangkan kehidupan anda dengan menawarkan rasa nyaman dan kebersihan yang lebih baik selain dapat melengkapkan hiasan dalaman rumah anda dengan reka bentuk moden dan kontemporari.

Bespoke Cube™ Air Purifier menampilkan teknologi WindFree™ Samsung yang inovatif yang menghembuskan udara dengan kurang bunyi dan tanpa hembusan angin langsung dengan mewujudkan persekitaran udara yang tenang supaya anda boleh menjalani hari anda tanpa sebarang gangguan. Dengan 360 Air Purification, Bespoke Cube™ Air Purifier mengumpul udara dari lima arah dengan kuat dan mengedarkan udara bersih dengan pantas dalam satu atau tiga arah bergantung pada kualiti udara dalaman.

bau dan gas toksik manakala kipas LED UV mensterilkan 99.9% kawasan pada kipas yang terdedah kepada pengumpulan kuman. Peranti ini boleh mengesan habuk gas dan gas toksik dengan tepat oleh kerana Micro Air Sensor yang mengukur zarah habuk pelbagai saiz (PM10/2.5/1.0) dalam masa nyata termasuk habuk ultrahalus sekecil 0.3㎛. Pengesan gas juga mengesan tahap pencemaran gas termasuk ammonia dan benzena.

Tambahan lagi, anda boleh pantau kualiti udara dan urus pembersih udara anda dengan mudah dari mana-mana sahaja tidak mengira waktu dengan SmartThings melalui telefon pintar atau tablet anda.

Jika anda telah menunggu lama untuk mendapatkan pembersih udara yang memberikan udara segar dan bersih dengan reka bentuk yang kecil dan moden, inilah masa untuk mendapatkannya! Raikan Hari Raya anda dengan penuh bergaya dan terima diskaun sebanyak RM200 (harga disyorkan runcit ialah RM3,399) dan kredit e-dompet percuma bernilai sehingga RM100 apabila anda membelinya mulai hari ini hingga 5 Jun 2022.

Untuk maklumat lanjut tentang Bespoke Cube™ Air Purifier, sila layari https://www.samsung.com/my/air-care/air-purifier/bespoke-cube-air-purifier-53m-ax53a9370ge-me/.

 

Mengenai Samsung Electronics Co., Ltd.

Samsung memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa depan dengan idea dan teknologi transformatif. Samsung mentakrifkan semula dunia TV, telefon pintar, peranti boleh pakai, tablet, peralatan digital, sistem rangkaian dan memori, sistem LSI, faundri dan penyelesaian LED. Untuk berita terkini, sila lawati Bilik Berita Samsung di news.samsung.com.

Leave a Comment