LEGOLAND Malaysia Melancarkan Planet LEGOLAND Education Initiative


Beberapa kementerian telah mengumumkan kerjasama dengan LEGOLAND® Malaysia Resort dalam satu inisiatif untuk membina destinasi pelancongan yang berasaskan pendidikan. Dalam sambutan yang begitu signifikan ini, LEGOLAND Malaysia telah melancarkan Planet LEGOLAND Education Initiative yang bakal menawarkan pelbagai aktiviti lawatan sambil belajar  ke LEGOLAND Malaysia secara khusus dan juga negeri Johor secara amnya.

 “Dengan kerjasama antara kerajaan dan institusi swasta seperti LEGOLAND Malaysia Resort, kami berharap agar ini dapat merancakkan lagi aktiviti pelancongan di Malaysia; dan seterusnya akan menyumbang kepada pemulihan ekonomi dengan lebih cepat. Kami sudah mengenalpasti beberapa lokasi di seluruh Malaysia dan mencari peluang-peluang dalam membantu mereka meningkatkan lagi jumlah pelawat dan memberi manfaat kepada destinasi tersebut dan masyarakat sekeliling. Contoh destinasinya ialah LEGOLAND Malaysia Resort”, ujar YB Datuk Seri Dr. Santhara J.P, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Kerjasama ini akan menarik ebih banyak sokongan dan penglibatan aktif daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Johor Tourism, Johor State Education Department dan Iskandar Puteri.

Tambahnya lagi “Dengan usaha yang bersungguh-sunguh dalam mengukuhkan lagi destinasi pelancongan tempatan, kami juga bersedia untuk menerima pelancong antarabangsa yang bakal tiba sejurus sempadan dibuka pada 1 April 2022 nanti”.

LEGOLAND Malaysia juga mengumumkan pelancaran Planet LEGOLAND School Challenge, di mana pelajar-pelajar sekolah boleh berimaginasi dengan pengalaman pembinaan LEGO secara interaktif. Melalui cabaran ini, peserta akan mengeluarkan segala kreativiti mereka untuk membina dunia idaman menggunakan LEGO. Hasil kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, mana-mana pelajar yang menyertai Planet LEGOLAND School Challenge dapat memasukkan penyertaaan ini dalam aktiviti ko-kurikulum mereka.

CS Lim, Divisional Director di LEGOLAND berkata, “Dalam usaha menaikkan semula edu-tourism di Johor dan bersedia dengan ketibaan pelancong antarabangsa, LEGOLAND Malaysia juga komited dalam menyokong Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelajaran dan aktiviti ko-kurikulum kepada pelajar-pelajar sekolah. Selepas dua tahun yang terhad dengan aktiviti luar, memang ada keperluan untuk pembelajaran luar bilik darjah. Kami mahu menjadi sebahagian daripada solusi dalam membantu pelajar-pelajar sekolah menyerlahkan kreativiti, belajar perkara baru dan meningkatkan lagi keupayaan dalam pembelajaran.”

“Pendidikan adalah segalanya di sini, selari dengan DNA LEGO® yang membina kreativiti melalui permainan. Pelancaran Planet LEGOLAND Education Initiative jelas menunjukkan komitmen kami dalam menawarkan pusat pembelajaran yang dapat merangsang rasa ingin tahu kanak-kanak dan pelajar sekolah. Ia juga selari dengan program yang disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti SEA LIFE Malaysia Education Programme dan English Mania” kata CS Lim lagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Planet LEGOLAND Education Initiative, ibu bapa, pendidik dan pelajar boleh pergi ke laman web rasmi LEGOLAND. Untuk promosi terkini, sila ikuti media sosial LEGOLAND di Facebook dan Instagram.

Leave a Comment