Viral kisah pensyarah UiTM yang marahkan pelajar B40 kerana tidak ada komputer. Anda jangan jadi seperti dia. Kalau tak ada duit untuk beli telefon, iPad atau komputer sekalipun, boleh cuba daftar dan mohon pakej PerantiSiswa 2022 di bawah inisiatif Keluarga Malaysia.
Seperkara lagi, jangan lupa daftar dan tebus ePemula yang diberikan secara percuma oleh kerajaan dengan amaun RM150 melalui eWallet terpilih.
Izinkan kami berkongsi.
Bila boleh mohon PerantiSiswa 2022 inisiatif Keluarga Malaysia?
Tarikh permohonan bermula hari Jumaat, 15 April 2022.
Macam mana cara nak mohon bantuan tablet PerantiSiswa ini?
Setakat ini, kami masih belum mendapat apa-apa maklumat rasmi berkenaan pautan atau link untuk permohonan. Kami akan kemaskini sejurus menerima maklumat terbaru.
Siapa yang layak dapat bantuan Peranti Siswa 2022?
Golongan B40.
Macam mana nak tahu saya layak atau tidak?
Berdasarkan petikan Sinar Harian, Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, pihak kementerian memang sudah ada data berkaitan siapa B40 dan siapa bukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Adalah dianggarkan bahawa 400,000 pelajar IPT di seluruh Malaysia bakal menikmati manfaat daripada program Peranti Siswa ini.
Untuk maklumat yang lebih terperinci, perkara yang melayakkan anda menerima tablet percuma dalam pakej PerantiSiswa ini ialah:
- Anda mestilah seorang pelajar atau mahasiswa yang berada dalam kelompok keluarga B40 yang mempunyai purata pendapatan bulanan seisi rumah sebanyak RM4850
- Anda juga mesilah seorang pelajar atau mahasiswa yang berada di peringkat pengajian seperti yang dinyatakan di bawah:
- Diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Saya B40, tapi kenapa tak layak dapat bantuan Peranti Siswa?
Kalau anda rasa anda tercicir daripada senarai permohonan, anda masih lagi boleh memohon. Ini akan diambil kira sebagai kes rayuan Peranti Siswa.
Kalau peranti rosak, macam mana?
Sekiranya rosak, anda perlu kembalikan semula. Ini kerana semua peranti mempunyai waranti tertentu. Andai kata anda tidak mempunyai apa-apa peranti lain setelah mengembalikannya, anda akan menerima set gantian yang baru.
Perlu diingatkan, peranti percuma ini tidak boleh dipindah milik. Anda juga tidak boleh menjual bagi mendapatkan wang tunai. Gunalah alasan untuk survive di unversiti sekalipun, ia tidak boleh digunakan.
Anda juga tidak boleh memberikan kepada orang lain. Jika nama penerima ialah anda, anda adalah pemiliknya. Jangan pandai-pandai nak bagi orang lain pula. Jangan hilangkan peranti ini juga kerana ia dikira berdaftar dan menjadi hak milik kerajaan.
Selepas habis belajar, perlu pulang peranti atau tidak?
Sekiranya anda telah menamatkan pengajian, anda perlu menyerahkan semula peranti tersebut kepada pusat pengajian atau IPT anda. Pihak IPT akan menentukan apa yang perlu dibuat dengan peranti tersebut.
Ingat, jangan ingat ini hak milik anda. Jangan sesekali buat harta!
Apa pakej yang ada dalam PerantiSiswa 2022 ini?
Pakej ini adalah bersekali dengan line telefon daripada syarikat telekomunikasi tempatan. Fikir logik, takkanlah terima tablet kosong begitu sahaja tanpa ada data.
Ini senarai telco yang bakal terlibat:
- Celcom Axiata Berhad (Celcom),
- Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
- Maxis Berhad (Maxis),
- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
- Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
- YTL Communications Sdn Bhd (YES)
Bila boleh dapat tablet PerantiSiswa 2022?
Belum ada tarikh rasmi lagi bilakah ia akan diagihkan. Walau bagaimanapun, hasil pembacaan kami, pengagihan ini akan dibuat melalu dua sesi:
- Sesi pertama akan melibatkan 60 peratus bagi pelajar B40 yang mempunyai data lengkap dalam sistem
- Sesi kedua pula akan melibatkan pelajar yang membuat rayuan. Pelajar ini sekiranya layak akan menerima tablet ini tidak lebih daripada 60 hari selepas sesi pertama.
Akhir kata
Alhamdulillah, pihak kerajaan masih lagi cakna akan hal pelajar-pelajar kita.
Bagi anda yang layak, manfaatkanlah sebaik-baiknya peluang ini.
Semoga dipermudahkan segala urusan.