Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah (Dari Akaun 1)


Kalau Akaun 1 anda sudah cukup banyak, anda boleh boleh buat pengeluaran KWSP untuk beli rumah. Sekurang-kurangnya, boleh gunakan untuk bayar deposit yang selalunya dalam jumlah yang besar.

Izinkan kami berkongsi.

Pengeluaran KWSP untuk beli rumah

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum melangkah ke cara beli rumah guna duit KWSP. Antara perkara yang anda perlu tahu tentang penggunaan wang KWSP adalah:

  1. Wang KWSP boleh digunakan untuk membeli rumah
  2. Mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman rumah
  3. Membina rumah di atas tanah
  4. Membayar ansuran bulanan rumah mengikut bayaran bulanan sebenar

Sekiranya anda ingin membeli rumah pertama anda dan anda agak konfius dan ingin mendapatkan ilmu tentang tips membeli rumah pertama anda, kami ada sediakan artikel khas untuk anda.

Pada laman wikipedia juga ada disenaraikan dan diulaskan tentang jenis perumahan di Malaysia, anda juga boleh ke laman tersebut untuk belajar sedikit sebanyak tentang perumahan-perumahan di Malaysia ini.

Tetapi sebelum kami kongsikan bersama anda cara beli rumah guna duit KWSP, anda perlu tahu syarat-syarat kelayakan untuk membantu anda membayar rumah berdasarkan jenis pengeluaran yang ada di KWSP:

  1. Ahli bertaraf warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohon
  3. Akaun simpanan dalam Akaun 2 masih ,minimum RM500

Anda juga perlu mengambil pinjaman perumahan sebelum membeli rumah daripada institusi yang dibenarkan KWSP dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut:

  1. Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  2. Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
  3. Majikan ahli
  4. Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
  5. Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
  6. Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP

 

1. Pengeluaran membeli rumah

Jenis pengeluaran dan cara beli rumah ini pula membolehkan anda mengeluarkan simpanan KWSP jika anda telah membeli rumah dan telah mengeluarkan sebanyak 10% daripada simpanan untuk membayar deposit.

Surat Perjanjian Jual Beli juga mestilah tidak lebih dari 3 tahun. Syarat lain untuk pengeluaran ini adalah jika anda tidak pernah membuat pengeluaran perumahan atau telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya dan kemudian membeli rumah kedua.

Anda tidak layak memohon jika:

  1. Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  2. Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  3. Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  4. Mengambil pinjaman berbentuk overdraf
  5. Membeli rumah ketiga
  6. Membeli rumah di luar negara

 

2. Pengeluaran mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan

Jenis pengeluaran ini adalah salah satu cara beli rumah untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan bagi pembelian secara individu atau bersama salah seorang ahli keluarga terdekat/pasangan.

Syarat-syarat untuk pengeluaran ini adalah:

  1. Anda masih mempunyai baki pinjaman samada rumah tersebut anda beli atau digadaikan sebagai cagaran atas pinjaman perumahan yang diambil.
  2. Permohonan boleh dibuat hanya sekali setahun daripada tarikh pengeluaran perumahan terdahulu.

Anda boleh membuat pengeluaran jika anda tidak pernah membuat pengeluaran membeli rumah atau membina rumah sebelum ini. Namun terdapat beberapa perkara yang menyebabkan anda tidak layak untuk memohon seperti:

  1. Tujuan pinjaman adalah untuk mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada atau bagi tujuan peribadi
  2. Pinjaman berbentuk overdraft
  3. Pinjaman diambil dari individu
  4. Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan bagi pinjaman rumah ketiga
  5. Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman rumah yang dibeli di luar negara
  6. Baki pinjaman asal telah selesai

 

3. Pengeluaran membina rumah

Jenis cara beli rumah ini akan memerlukan anda untuk membuat pengeluaran simpanan akaun 2 untuk membiayai pembinaan rumah sama ada di atas tanah milik sendiri atau pasangan. Antara syarat lain adalah:

  1. Anda telah menandatangai Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan
  2. Anda tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan atau telah mengeluarkan wang simpanan KWSP untuk membina rumah pertama tetapi telah menjualnya

Anda tidak layak memohon jika:

  1. Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  2. Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada mengambil pinjaman berbentuk overdraf
  3. Membeli rumah ketiga
  4. Membeli rumah di luar negara
  5. Membina rumah bersama individu lain yang tiada pertalian suami-isteri

 

4. Pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan

Ia adalah cara beli rumah dengan membuat pengeluaran simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman rumah anda. Simpanan yang dikeluarkan adalah untuk membayar pinjaman ansuran bulanan sebenar yang telah bermula.

Permohonan boleh dibuat dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh ansuran bermula. Tetapi, bayaran hanya akan bermula selepas tarikh ansuran sebenar berkuatkuasa.

Jika anda mempunyai tunggakan pinjaman perumahan yang berstatus NPL (’Non Performing Loan’), anda dibenarkan untuk memohon dengan syarat bayaran dibuat kepada pemberi pinjaman.

Jika anda menepati syarat-syarat yang dinyatakan di atas, anda tidak akan ada masalah dan proses untuk mengkreditkan duit ke akaun anda hanya akan mengambil masa kurang dari 2 minggu. Kongsikan panduan ini kepada rakan-rakan anda sekiranya ia membantu!

 

Akhir kata

Diharapakan agar perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda dalam membuat keputusan tentang pengeluaran duit KWSP untuk menyelesaikan urusan pembelian rumah anda.

Semoga bermanfaat.


Lagi Tentang Kewangan ↓

Leave a Comment