Pembayaran STR Fasa 3


Pembayaran STR Fasa 3 sejumlah lebih daripada RM2 bilion akan disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha

Ini adalah seperti yang diumumkan oleh Dewan Rakyat sebelum ini.

Bila tarikh bayaran STR Fasa 3?

Pembayaran STR fasa ketiga akan bermula pada 26 Jun 2023.

Individu yang mempunyai akaun bank akan menerima pembayaran secara berperingkat. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan BSN mulai 26 Jun 2023.

Sama seperti fasa sebelumnya, individu yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak dan tidak mempunyai akaun bank juga akan menerima pembayaran pada fasa ketiga ini.

Bila tarikh bayaran STR Fasa 2?

Pembayaran STR Fasa 2 sudah lepas iaitu pada 5 April 2023.

Individu yang mempunyai akaun bank telah menerima pembayaran secara berperingkat.

Bagi yang tiada akaun bank, tuntutan tunai telah dilakukan di cawangan BSN mulai 5 April 2023.

Individu yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak dan tiada akaun bank juga telah menerima pembayaran STR pada fasa kedua ini.

Bila tarikh bayaran STR Fasa 1?

Pembayaran STR Fasa 1 juga sudah lepas iaitu pada 17 Januari 2023, di mana individu yang mempunyai akaun bank telah menerima pembayaran secara berperingkat.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Manakala individu yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak dan tidak mempunyai akaun bank, juga telah menerima pembayaran STR pada fasa pertama ini.

Siapakah yang layak menerima pembayaran STR Fasa 3?

Pemohon STR yang layak menerima bayaran STR Fasa 3 adalah merujuk kepada pemohon STR yang berstatus Lulus dan berjaya melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Berapa ramai yang layak terima STR Fasa 3 ini?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa lebih daripada 8 juta penerima layak akan mendapat faedah daripada bantuan ini, dengan jumlah bayaran yang berkisar antara RM100 hingga RM1,300.

Selain itu, bantuan kredit di bawah e-Belia Rahmah untuk golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun serta pelajar-pelajar pengajian tinggi sepenuh masa dijangka akan disalurkan pada minggu ketiga bulan ini. Ini akan memberikan manfaat kepada sekitar 2 juta orang dengan peruntukan sejumlah RM400 juta.

Anwar menyatakan bahawa sebanyak RM158 juta atau 41 peratus daripada Bajet 2023 telah dibelanjakan sehingga Mei, termasuk bantuan tunai.

Semasa pengemukaan bajet, Anwar menyatakan bahawa bantuan ini (Sumbangan Tunai Rahmah atau STR) akan membantu mengurangkan kos sara hidup hampir 9 juta penerima manfaat dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Pembayaran fasa kedua STR telah dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun penerima yang berdaftar bermula dari 5 April, melibatkan RM1.26 bilion dan 8.7 juta penerima B40.

Sebelum ini, Anwar menyatakan bahawa kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memerangi bocorannya dana awam.

Antaranya adalah dengan menghentikan perundingan terus bagi projek rakyat, menambahbaik subsidi yang di sasarkan, meningkatkan tindakan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan barangan subsidi seperti diesel dan rokok, menghentikan monopoli dan mempersembahkan usul untuk membincangkan laporan Ketua Audit Negara di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Anwar menyatakan bahawa terdapat pengecualian untuk projek infrastruktur seperti sekolah dan klinik yang rosak, dengan tender terhad dibenarkan bagi yang memerlukan pembaikan atau penggantian segera.

Pelaksanaan holistik dalam pentadbiran kewangan kerajaan akan diikuti dengan pengemukaan Akta Tanggungjawab Kewangan dan Akta Perolehan Kerajaan.

Categories STR

Leave a Comment