pandaCUB, Kerjaya Untuk Graduan Baharu Dari foodpanda


Perkhidmatan penghantaran atas talian terkemuka, foodpanda Malaysia, hari ini mengumumkan pengambilan kedua pandaCUB, sebuah program 2 tahun khas bagi graduan baharu untuk membina kerjaya bersama foodpanda Malaysia. Program yang berasaskan penggiliran ini akan menawarkan peluang kepada bakat muda melalui pengalaman yang mencabar dan juga memberi ganjaran pengalaman semasa bekerja.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Sukhveer Singh Ajay, Ketua Sumber Manusia, foodpanda Malaysia berkata, “Sebagai peneraju pasaran dalam q-commerce, kami sentiasa bermotivasi dan komited untuk memperkenalkan program-program baru yang mampu memupuk bakat muda, menyediakan idea baru, dan memastikan foodpanda kekal relevan dengan keadaan semasa. Kami percaya bahawa program pandaCUB ini adalah penting dalam mengembangkan bakat kami untuk masa depan dan kami berharap  untuk terus membantu bakat muda untuk berkembang bukan sahaja dari segi profesional tapi dari segi peribadi.”

Program pandaCUB dibuka kepada graduan baharu merupakan murid yang terbaik di dalam kelas masing-masing, dari segi akademik dan sosial, memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.2, dan tidak lebih daripada dua tahun pengalaman bekerja untuk penempatan strategik dalam organisasi foodpanda. Program ini berstruktur dengan pelbagai  pengukuran prestasi, termasuk projek kritikal, intervensi pembelajaran dan pembangunan, akses kepada kepimpinan, serta kerjasama serantau dan antarabangsa. Dengan pengalaman di tempat kerja ini, pandaCUB dapat mempertajamkan lagi ketangkasan, daya tahan, dan kemahiran kerjasama mereka yang amat penting dalam persekitaran pekerjaan hari ini.

Sepanjang tempoh 2 tahun, pandaCUB akan menjalani penggiliran selama 6 bulan dan merentas 4 jabatan berbeza, membolehkan mereka mengemudi dan meneroka kerumitan peranan dan tanggungjawab pekerjaan mereka, menangani cabaran dan menerajui projek merentasi fungsi. Para mentor dan buddy juga akan ditugaskan untuk menawarkan sokongan pembangunan profesional serta peribadi, mengukuhkan pertumbuhan dalam organisasi, dan secara keseluruhan mengiringi para pandaCUB dalam perjalanan mereka. Setelah selesai program, pandaCUB ini akan ditetapkan dalam jawatan kekal yang sesuai dalam jabatan tertentu.

Calon yang berminat untuk menyertai pandaCUB 2022 perlu menghantar CV bersama resume video dengan permohonan mereka. Selepas disenarai pendek, calon-calon kemudiannya akan menjalani beberapa penilaian atas talian serta menjalani temuduga akhir, sebelum menerima tawaran untuk menyertai keluarga panda sebagai sebahagian daripada kohort pandaCUB 2022. Program pandaCUB mula menerima permohonan pada 1 April 2022 melalui LinkedIn, Hiredly dan laman web kerjaya foodpanda, dengan kemasukkan dijadualkan pada Ogos 2022.

Petikan pandaCUB

Azreen Nur Ahmad Zamri, 24

Apa yang menarik menjadi pandaCUB pastinya pendedahan dan rangkaian. Diberi peluang untuk menguruskan pelbagai projek secara bergilir-gilir telah memberi begitu banyak peluang kepada saya dan ia membantu mempercepatkan kerjaya saya dalam industri e-dagang. Peralihan dari zaman universiti kepada kehidupan bekerjaya adalah satu cabaran, tetapi saya sentiasa bersedia untuk menghadapinya tanpa teragak-agak. Di foodpanda, setiap hari saya dapat mempelajari perkara baharu dan saya amat bersyukur dengan peluang ini kerana kini saya dapat mengusahakan pelbagai projek berimpak tinggi yang membolehkan saya mencapai perkara yang tidak pernah difikirkan. Nasihat saya untuk calon-calon di luar sana yang berminat untuk memohon: rebutlah peluang ini, tanpa mengira bidang pengajian kerana anda mungkin akan menyukainya.

Siti Khadijah binti Abu Samah, 27

Saya suka menjadi sebahagian daripada program pandaCUB kerana ia seperti memiliki tiket terbuka yang membenarkan kami mencuba pelbagai jabatan untuk memajukan diri kami lebih jauh dalam pelbagai bidang yang berbeza. Saya juga suka apabila kami diberi peluang untuk membina hubungan dan bertemu pelbagai orang di peringkat masyarakat, di mana tidak semua mendapat peluang seperti ini. Setakat ini, ia adalah satu perjalanan yang sangat menarik. Saya dapat keluar dari kepompong dan belajar pelbagai perkara, khususnya      kemahiran yang diperlukan untuk berkomunikasi dengan para pelanggan dan vendor untuk menangani krisis. Petua yang dapat dikongsikan bersama ialah adakanlah sifat ingin tahu,      dan sentiasa kembangkannya. Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu, sentiasa bertanya dan bersikap proaktif. Jangan duduk men     unggu orang lain mendekati     dan sentiasa membuka minda      untuk berkongsi fikiran dan pendapat anda dengan orang lain. Selain itu, objektif utama saya menjadi sebahagian daripada program ini adalah untuk mengenal pasti bidang kerjaya yang ingin saya teruskan. Saya suka dengan pasukan yang pelbagai di foodpanda dan persekitaran kerja yang inklusif dan sepadan dengan apa yang saya bayangkan untuk kerjaya saya kelak.

 

Kim Lau, 24

Dengan program ini, saya mempunyai keistimewaan untuk bekerja dengan pelbagai jabatan dan bekerjasama dengan mereka. Walaupun ia satu cabaran perlu bertukar jabatan dan peranan setiap 6 bulan, saya telah belajar untuk menyesuaikan diri dan erti sebenar integriti. Hari ini, saya dapat menangani perubahan berterusan objektif dan tugas projek dengan lebih mudah. Saya tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam perbincangan yang mengekalkan persekitaran hidup. Matlamat saya dengan pandaCUB adalah untuk belajar sebanyak mungkin dan juga bekerja bersama pasukan serantau foodpanda. Jika ada sesuatu yang saya pelajari sepanjang berada di sini,ialah bahawa kita harus sentiasa bersedia untuk keluar dari zon selesa dan sentiasa mementingkan bekerjasama untuk memacu perniagaan ke hadapan. Peranan ini telah memperkasakan saya dalam membina asas yang kukuh untuk kebolehsuaian dan ketangkasan.

Luis Gurubatham, 24

Persekitaran dan budaya kerja di foodpanda benar-benar menakjubkan, dan semua di sini      begitu bertenaga dan bersemangat. Pengajaran paling penting yang saya pelajari setakat ini ialah kemahiran pengurusan masa. Dalam mana-mana pekerjaan, akan ada masa di mana terdapat banyak tugasan yang perlu diselesaikan dan      di sinilah anda akan diuji. Selain itu, saya juga telah meningkatkan kemahiran analisis data saya. Saya percaya kemahiran-kemahiran ini dapat memberi saya banyak kelebihan untuk pertumbuhan kerjaya saya dalam jangka masa panjang. Petua yang saya ada untuk orang lain yang ingin memohon jawatan ini ialah pertingkatkan kemahiran Microsoft Office anda dan mempunyai pemahaman yang baik tentang model perniagaan foodpanda, termasuklah hal-hal berkaitan syarikat.

Amirul Norkhaidi, 28

Pada pendapat saya, saya merasakan bahawa perkara terbaik tentang program pandaCUB adalah sistem sokongan yang disediakan. Setiap pandaCUB akan mempunyai rakan atau mentor mereka sendiri yang bukan sahaja untuk      memudahkan proses pembelajaran anda, tetapi juga membantu untuk sentiasa memberi motivasi untuk mencapai matlamat anda. Tidak dapat dinafikan bahawa harapan tinggi diberikan untuk semua pandaCUB dalam organisasi tetapi pasukan mereka sentiasa bersedia untuk membantu. Pada awalnya, saya agak cemas, tetapi kini saya telah berjaya mengukuhkan jati diri dan sanggup menyahut lebih banyak cabaran. Saya juga seronok dengan tanggungjawab yang diberikan, kerana ia meningkatkan kemahiran pemikiran aras tinggi saya. Ingatlah untuk sentiasa berani kerana halangan terbesar antara anda dan pertumbuhan anda adalah diri anda sendiri. Saya      percaya bahawa jawatan ini memberikan peluang yang menakjubkan untuk memulakan kerjaya seseorang, terutamanya untuk graduan baru.

 

Joey Yap, 22

Sebagai graduan baru yang bermula memasuki tenaga kerja, kami dapat meneroka banyak fungsi dan jabatan dalam organisasi dengan program ini      Melalui ini, saya juga dapat menimba ilmu yang banyak daripada mengusahakan pelbagai projek dan membina hubungan dengan individu-individu yang terbaik daripada industri. Selain itu, saya bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran keras saya seperti analisis data tetapi juga kemahiran insaniah saya. Pengalaman di foodpanda, saya dapat menjadi sebahagian daripada persekitaran kerja yang pelbagai dan inklusif, serta membentuk ikatan dengan ramai individu luar biasa yang menaikkan semangat saya setiap hari untuk menetapkan matlamat dan jangkaan yang lebih tinggi.

Mengenai foodpanda

foodpanda adalah peneraju platform makanan atas talian di Asia yang berazam untuk membawa pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna dengan pantas dan mudah. Dengan kecanggihan teknologi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuk pandamart – perkhidmatan pembelian barangan runcit di atas talian yang memberikan lebih banyak pilihan di sebalik jutaan pilihan penghantaran makanan yang lain. foodpanda beroperasi di lebih daripada 300 bandar dalam 11 pasaran di Asia Pasifik – Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, dan Myanmar. foodpanda dimiliki oleh Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com.

 

MENGENAI DELIVERY HERO

Delivery Hero berada di 39 negara daripada 45 negara di mana ia beroperasi di Eropah, Amerika Latin, Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara. Delivery Hero juga mengendalikan perkhidmatan penghantarannya sendiri terutamanya di lebih 600 bandar diserata dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Berlin, Jerman dan mempunyai lebih daripada 27,000 kakitangan. Delivery Hero disenaraikan di dalam Bursa Saham Frankfurt dan menjadi sebahagian daripada indeks DAX (Deutscher Aktienindex) terkemuka pada tahun 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.deliveryhero.com

Leave a Comment