Pelancaran Duta Ginjal (DuGin) & Pre-Dialysis Education Programme (PDEP)


Masyarakat hari ini semakin mengambil berat berkenaan penyakit Chronic Kidney Disease (CKD). Berdasarkan laporan daripa The Global Burden of Disease 2015, pada tahun 2015, dianggarkan bahawa terdapat 1.2 juta individu mati disebabkan oleh kegagalan ginjal. Ada peningkatan sebanyak 32% sejak 2005. Di Malaysia sahaja, berdasarkan laporan daripada Malaysian National Health and Morbidity Survey, ada peningkatan jumlah pesakit dari 9.1% (2011) ke 15.5% (2018). Jumlah pesakit CKD juga dijangka akan terus meningkat pada masa hadapan berikutan berleluasanya penyakit diabetes, hypertension dan faktor populasi rakyat Malaysia yang tua.

Dalam usaha untuk menyebarluaskan maklumat berkenaan ginjal agar rakyat Malaysia lebih menghargai dan menjaga ginjal mereka, pihak Medical Tweet Association Malaysia (MedTweetMY), National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) dan Ministry of Health Malaysia (MOH) telah melancarkan Duta Ginjal (DuGin) dan Pre-Dialysis Education Programme (PDEP) di Putrajaya Marriott Hotel. Program yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ini direka khas untuk memberikan maklumat yang komprehensif melalui perlantikan duta serta pembelajaran yang menyeronokkan. Ini bakal membantu pesakit dan penjaga mereka dalam membuat keputusan seharian kerana ada kalanya terpaksa mengubah jadual hidup kerana menghidap penyakit ginjal.

Bercakap di acara tersebut, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyebut, “Dalam kesibukan kita melawan pandemik COVID-19 pandemic selama 2 tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia tetap komited dalam menguruskan perihal rawatan untuk semua pesakit-pesakit lain, termasuk pesakit CKD. Hari ini, melalui platfrom Mybuahpinggang ada satu modul khas yang dibangunkan oleh sekumpulan doktor, pesakit CKD yang berada di tahap 4 dan 5 boleh mendapatkan maklumat-maklumat penting berkaitan CKD untuk terus melawan penyakit ini.”

“Modul ini yang dipanggil “Pre-Dialysis Education Programme” dibangunkan dengan kerjasama Baxter Healthcare Malaysia dan ini adalah kolaborasi Nephrology Services of the Ministry of Health Malaysia dan juga Ministry of Higher Educations yang diketuai oleh Universiti Putra Malaysia, Malaysian Society of Nephrology, National Kidney Foundation dan AstraZeneca. Dengan adanya Pre-Dialysis Education Programme dan juga laman web serta laman Facebook MYBuahPinggang, diharapkan agar tahap pemahaman pesakit, penjaga dan ahli keluarga pesakitakan meningkat dan menggalakkan mereka mengambil keputusan awal dalam rawatan CKD. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana melantik saya sebagai Duta Ginjal (Kidney Ambassador) yang pertama; iaitu satu program oleh NKF Malaysia”, tambahnya lagi.

Vice-Chairman dari MedTweetMY dan Co-Chairman dari MyBuahPinggang, Dr Rafidah Dato’ Abdullah menerangkan, “Kawan saya, nephrologist Dr Wong Koh Wei telah melaporkan dalam Medical Journal of Malaysia, terdapat 74.3% pesakit tahap akhir atau end-stage renal failure yang memulakan dialisis tanpa apa-apa persediaan. Risiko komplikasi dan kematian sangat tinggi jika tidak bersedia apa-apa”

Beliau menambah, “Kajian kami yang diterbitkan oleh jurnal antarabangsa, BMC Complementary Medicine and Therapies, menunjukkan bahawa kebanyak pesakit dialisis (72.3%) juga mengambil supplements tanpa nasihat doktor. Perbuatan ini boleh membahayakan keadaan mereka dan ada juga di antara mereka yang dimasukkan ke ICU.”

Pelancaran ini menjadi lebih bermakna kerana adanya kehadiran Mohammad Syahmi Azman yang sudi berkongsi kisah suka duka menjadi seorang pesakit ginjal.

Bersempena dengan World Kidney Day (WKD) yang diraikan setiap bulan Mac di seluruh dunia, NKF Malaysia bersama Ministry of Health Malaysia, Ministry of Higher Education Malaysia (MOHE) dan Malaysian Society of Nephrology (MSN) juga mengadakan sambutan WKD 2022 peringkat kebangsaan yang bertemakan “Kidney Health for All”.

Leave a Comment