Buat penggemar hidangan Asia Barat, makanan berat seperti beriani kambingย pasti membuka selera. Contohnya ialah nasi beriani Johor Shahza.
Bagi mereka yang berada diย Shah Alam, Restoran Shahza Beriani menawarkan menu istimewa Nasi Beriani Johorย merangkumi daging ayam dan semestinya daging kambing.
Shahza Beriani baru sahaja dibuka di Seksyen 7ย Shah Alam beberapa bulan yang lepas. Menurut pemiliknya En. Fakhrul, idea untukย membuka Restoran Shahza Beriani bermulaย selepas sekian lama bekerja diย luar negara.
Oleh kerana makanan halal di luar negara sukar ditemui dan mahal harganya, beliau mengambil inisiatif untukย masak sendiri. Kerana minat memasak yang sangat mendalam, beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan Nasi Beriani Johor diย Shah Alam.
Menu di nasi beriani Johor Shaza di Shah Alam
Menu istimewaย di sini adalah Nasi Beriani Kambing dan juga Nasi Uduk Indonesia.
- Nasi Beriani Ayam Masak Merah RM10.80
- Nasi Beriani Ayam RM10.80
- Nasi Beriani Daging RM11.80
- Nasi Beriani Kambing RM12.80
Betul ke sedap nasi beriani kambing?
Nasi Beriani Kambing di hidang bersama-sama gulai kambing, acar, papadom dan juga kuah dalca.
Teksturnya tidak berminyak kerana menggunakan beras yang terbaik.ย Kambingnyaย sangat lembut teksturnya begitu lembut dan seakan-akan mencair apabila dikunyah.ย En. Fakhrul menjelaskan yang daging kambingnya dimasak dalam pressure cooker.!ย Jadi, tiada istillah gigi tercabut semasa makan beriani kambing di sini ye.. gulai kambingnya jugaย tidak pedas.
Kesemua menu dihidangkan dalam saiz hidangan yang pasti membuatkan pengunjung berpuas hati.
Lebih membuatย beriani iniย istimewaย adalah acar atau lebih dikenali sebagai jelatah. Rasanya yangย manis bila dimakan bersamaย dengan nasi benar-benar menyelerakan.
Cuba menu Indonesia, Nasi Uduk
Pelanggan juga harus mencubaย hidangan istimewa yang berasal dari Indonesia iaitu Nasi Uduk. Nasi Uduk kelihatan seakan-akan sama macam Nasi Ayam Penyet. Menurut En. Fakhrul terdapatย perbezaan antara kedua-duanya. Nasi Uduk ayamnya di rebus dahulu sebelum digoreng. Bagi kami, sambalnya merupakan pelengkap kepada Nasi Uduk ini.
Pisang cheese
Oh ya!ย Pisang Goreng Cheese Coklat kini boleh didapatiย di Shah Alam. Bagi anda yang sudahย lama mengidam Pisang Goreng Cheese boleh order di Shahza Beriani. Harganya semurag RM5.50 sepinggan
Maklumat lanjut beriani Johor Shahza
Bagi anda yang meminati Nasi Beriani Johor, boleh singgah di Shahza Beriani seperti alamat dibawah:
Alamat:
- Shahza Beriani,ย No. 16 Jalan Kristal K7/K, 40000 Shah Alam, Malaysia.
Waktu operasi :
- Isnin โ Khamis ย 11:30 am โ 10:30 pm
- Jumaat โ 11:30 am โ 12:30 pm, 2:00 pm โ 10:30 pm
- Sabtu โ 11:30 am โ 10:30 pm
Contact number:
- 012-241 5711
Email:
Akhir kata
Ada banyak sangat lokasi tempat makan di Shah Alam. Kalau nak makan nasi arab Shah Alam pula, boleh singgah ke Al Rawsha.