Semua penerima BPR 2021 yang layak harus menebus Baucar Perlindungan Tenang mereka selewat-lewatnya 31 Disember 2021 melalui myptv.my.
Industri insurans dan takaful ingin mengumumkan pelancaran Fasa 2 Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) berkuatkuasa 15 November 2021 dan seterusnya. Ini adalah bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Bujang dan Warga Emas.
Semakan Baucar Perlindungan Tenang di myptv.my
Di bawah fasa kedua, program PTV menawarkan perlindungan sosial kepada kira-kira 4.8 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyatย (BPR) 2021 daripada kategori bujang dan warga emas melalui subsidi baucar RM50 untuk membeli pelan Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen di negara ini yang mengambil bahagian. Penerima kategori bujang dan warga emas boleh menyemak kelayakan mereka untuk baucar PTV RM50 diย myptv.my
Selama tujuh minggu semenjak Program PTV mula diperkenalkan, kira-kira 93,000 baucar bernilai lebih RM 4.6 juta telah ditebus oleh penerima BPR di bawah kategori isi rumah.
Baucar Perlindungan Tenang dalam Bajet 2022
Dalam pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan penerusan Program PTV selama setahun lagi pada tahun 2022 dengan nilai baucar ditingkatkan kepada RM75, dan juga membolehkan penerima BPR untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah.
Program PTV merupakan salah satu inisiatif nasional oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama pengendali insurans dan takaful. Fasa pertama program, menawarkan perlindungan sosial kepada kira-kira 3.6 juta penerima BPR yang layak di bawah kategori isi rumah.
Perlindungan Tenang merupakan inisiatif sedia ada yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2017. Inisiatif ini menyatukan industri insurans dan takaful untuk membangunkan produk perlindungan insurans dan takaful yang mengambil kira keperluan khusus golongan masyarakat yang kurang atau tidak mendapat perkhidmatan kewangan, iaitu populasi berpendapatan rendah. Inisiatif Perlindungan Tenang mematuhi kriteria iaitu mudah diakses oleh khalayak sasaran, memberikan nilai perlindungan yang baik, mudah difahami serta mudah untuk dibeli dan membuat tuntutan.
Persatuan Takaful Malaysia (MTA)
Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Elmie Aman Najas berkata, โProduk Perlindungan Tenang ini menawarkan plan perlindungan asas terhadap risiko utama kehidupan seperti kematian atau kejadian yang tidak diingini. Melalui Program PTV, penerima BPR yang layak kini boleh melindungi diri sendiri serta keluarga mereka terhadap risiko utama kehidupan dengan bayaran premium atau sumbangan yang bernilai hanya beberapa Ringgit sebulan. Penerima BPR yang layak sangat digalakkan untuk mengambil peluang menggunakan baucar mereka supaya dapat mempertingkatkan perlindungan sosial keluarga.โ
Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
Sehubungan itu, Antony Lee, Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), berpendapat bahawa inisiatif Kerajaan menambah subsidi Program PTV ini akan dapat mempertingkatkan daya tahan kewangan rakyat seterusnya membolehkan lebih ramai penerima BPR memperolehi perlindungan insurans kritikal, terutamanya ketika berhadapan cabaran kekangan kewangan. Inisiatif ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk terus mempromosikan perlindungan sosial di kalangan rakyat, terutamanya penerima BPR.
Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)
Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Loh Guat Lan berkata industri sangat mengalu-alukan penerimaan positif yang ditunjukkan dan berharap penerima BPR akan terus mengambil peluang untuk menebus baucar PTV 2021 sebelum 31 Disember 2021. Program PTV ini merupakan peluang terbaik untuk penerima BPR memperkenalkan konsep perancangan kewangan kepada ahli keluarga dan orang tersayang.
โIndustri akan terus mempromosikan kepentingan perlindungan kewangan dalam kalangan masyarakat dengan terus mendampingi pengguna melalui program-program pendidikan pengguna sebagai salah satu usaha kami untuk mempertingkatkan literasi kewangan dan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia,โ tambah Loh.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada soalan lazimย (FAQ)ย yang disediakan, atau hubungi Pusat Panggilan PTV di talian 03 7723 9333 daripada jam 8.00 am to 6.00 pm, Isnin hingga Jumaat.
Cara semak Perlindungan Tenang Voucher (PTV) di myptv.my
Untuk buat semakan kelayakan, ikuti langkah-langkah berikut:
- Anda hanya perlu layari www.myptv.my
- Di Step 1: Check eligibility, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Tick YES, I HAVE READ AND UNDERSTOOD THE PRIVACY NOTICE
- Tick I’m not a robot
- Tekan butang Search
- Maklumat samada anda layak atau tidak akan dipaparkan
- Selesai
Dikeluarkan oleh: LIAM, MTA dan PIAM
Sumber:ย ย MALAYSIAN TAKAFUL ASSOCIATION (MTA)
Duda anak5
Merayu memohon bantuan sebab sya duda ank5
Boss, Why Oct,Nov,Dec 2021 Years,Gov. Miskin Orang Duit $100- $350 Every Month,Tidak Kasih Saya,Bakok Makanan, Semua Tidak Ada,Gov. Oct, Nov,Dec,Tidak Bina Phone Call Saya,Saya Call Mereka Banyak Kali, Malaysia Gov.Tidak Orang Jawab Telephone, Gov. Miri Ada 2x, 3x Tidak orang Jawab, Semua Tidak Ada Kasih & Contest Saya, P/S Double Check ,(I’m Lee Nyuk Lee / I.C: 671002-13-5572 ,H/P:0128702917/0136010971), T.Q, Semua Boss, A! Hari Besar Mahu Datang, Miskin Orang Tidak Duit Beli Makanan, Saya Pun Sama, Sempayang Pun Tidak Makanan & Minum, Tidak Duit Beli, T.Q