MR D.I.Y. Teruskan Sokongan Untuk Inisiatif Alam Sekitar Dengan #DIY4Sungai


Rakyat Malaysia dan pelancong dari seluruh dunia kini boleh bergembira kerana sempadan akan dibuka dan semua orang boleh mengembara semula.

Bagi memberikan sokongan yang amat diperlukan oleh industri pelancongan negara, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) baru-baru ini melancarkan sebuah inisiatif di bawah program mendekati komunitinya yang dikenali sebagai #DIY4Sungai. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan kawasan-kawasan tumpuan pelancong di sepanjang sungai dan jalan air dibersihkan dan dipulihkan sebagai persiapan untuk kembali menerima kunjungan pelancong.

Fokus peruncit perkakas rumah tempatan kali ini adalah hab pelancongan Sungai Melaka yang terletak di tengah-tengah bandaraya bersejarah Melaka. Dalam aktiviti sepanjang 2 jam yang melibatkan 40 sukarelawan, pasukan MR D.I.Y. mengetuai usaha pembersihan dan pemulihan kecantikan semula jadi kawasan hadapan sungai. Para sukarelawan terlibat terdiri daripada kakitangan MR D.I.Y. serta Perbadanan Pembangunan Sungai & Pantai Melaka. Lebih 1,000 kg sampah telah dikutip dan dilupuskan dengan cara yang bertanggungjawab.

Mengulas tentang inisiatif tersebut, Pengerusi Kumpulan MR D.I.Y., Dato’ Azlam Shah Alias berkata, “Sebagai jenama kelahiran Malaysia, MR D.I.Y. ingin memberi sokongan terhadap inisiatif-inisiatif yang bertujuan untuk mengekalkan, melindungi, serta memulihkan lokasi-lokasi pelancongan yang menarik dan indah di Malaysia. Pelancongan adalah industri yang penting untuk negara dan memandangkan rakyat Malaysia boleh mengembara semula dan sempadan akan mula dibuka, kami ingin menyokong usaha-usaha untuk memulihkan kembali industri pelancongan negara kita. Ini adalah salah satu cara kami membawa nilai kepada negara dan rakyat Malaysia.”

Dato’ Azlam mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan atas usaha mereka yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan program tersebut.

“Kami telah menjalankan beberapa inisiatif seperti ini, dan yang terkini sebelum ini adalah bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), di mana kami membersihkan Sg. Kedondong dan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas kemudahan di kawasan rekreasi tersebut. Kami berharap dapat menjalin lebih banyak kerjasama seperti ini pada masa akan datang,” kata beliau.

#DIY4Sungai adalah salah satu inisiatif yang dilancarkan oleh MR D.I.Y. sebagai sebahagian daripada usaha kelestariannya. Antara inisiatif lain termasuklah DIY Made Simple, sebuah pertandingan yang direka khas untuk mempromosikan budaya do-it-yourself (buat sendiri) dalam kalangan pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia dan #DIY4UM, sebuah program dengan kerjasama Universiti Malaya untuk membantu lebih 12,000 pelajar membuat persiapan untuk kembali ke kampus selepas pandemik.

Pada Disember 2021, MR D.I.Y. telah disenaraikan dalam FTSE4Good Index 2021 yang diiktiraf di peringkat global, membuktikan usaha peruncit perkakas rumah tersebut untuk terus menghasilkan impak yang positif dalam komuniti di mana ia beroperasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari laman web,  www.mrdiy.com , dan media sosial, Facebook, dan Instagram.

Mengenai MR D.I.Y. Group (M) Berhad

MR D.I.Y. adalah sebuah perusahaan yang berasal dari Malaysia dengan lebih 920 buah kedai di seluruh negara dengan 3 jenama (MR. D.I.Y., MR. DOLLAR & MR. TOY) dan di Brunei. Peruncit perkakas rumah itu berdedikasi untuk menghasilkan perubahan yang positif dalam kehidupan para pelanggan yang dihargai dengan menawarkan kemudahan di semua cawangannya di seluruh negara dan dalam talian di www.mrdiy.com.my.

Kesemua cawangan MR. D.I.Y. diuruskan sendiri dan peruncit sering bekerjasama dengan peruncit barangan am lain atau pemilik pusat membeli belah atau hartanah hadapan kedai. Cawangan-cawangan MR. D.I.Y. menawarkan pelbagai pilihan – kira-kira 18,000 SKU – dalam 5 kategori utama, iaitu perkakasan; keperluan rumah dan perhiasan; produk elektrik; alat tulis dan kelengkapan sukan; dan lain-lain (antara lainnya terdiri daripada permainan, aksesori kereta, barang kemas, kosmetik, makanan dan minuman, dan barangan penjagaan diri dan kesihatan).

Peruncit  sentiasa berusaha mengutamakan pelanggan dengan menjalankan perniagaan yang inovatif dan fleksibel dengan menyediakan pelbagai pilihan produk, kualiti yang baik, dan lebih nilai untuk wang, sesuai dengan moto “ALWAYS LOW PRICES”.

Leave a Comment