Macam Mana Nak Tahu Nombor Telefon Kena Block


Macam mana nak tahu nombor telefon kena block? Sebenarnya, masih ramai yang tidak tahu jawapan kepada persoalan ini. Ini kerana apabila nombor telefon kita kena block, kita tidak akan menerima apa-apa mesej atau notis pemberitahuan mengenainya. Kena pandai-pandai cari tahu sendirilah nampaknya.

Sekarang dah jadi satu masalah pula kalau nombor telefon kena block tapi tidak tahu apa-apa. Nak-nak pula kalau hal ini jadi pada mereka yang tengah cuba nak memikat bakal jodoh. Baru nak berkenalan, dah tak dapat contact. Mahu hilang arah dibuatnya. Bawa bertenang dulu dan baca artikel ini perlahan-lahan.

Berikut merupakan tanda-tanda yang boleh anda ambil tahu.

Kalau nak tahu nombor telefon kena block, mesti call asyik tak dapat

Selalu kalau anda call orang yang tidak block nombor anda, mesti tidak ada apa-apa masalah. Betul tak? Paling tidak pun tidak dapat call sebab tidak ada line, orang itu memang tidak angkat call, telefon orang itu dalam mod senyap dan seumpamanya.

Tetapi, kalau anda di block, anda memang tidak akan dapat call nombor orang tersebut. Tandanya adalah apabila anda sedang memanggil nombor tersebut, pangggilan itu akan berdering sekali sahaja dan akan senyap tanpa sebarang bunyi selama beberapa saat.

Kemudian, panggilan anda akan terus disambungkan kepada peti simpanan suara. Bila anda cuba call banyak kali pun tetap sama.

Nombor telefon disekat sampai hantar mesej pun tak delivered

Setiap mesej yang telah berjaya dihantar selalunya akan dinyatakan telah berjaya dihantar atau tidak. Bahasa biasa orang sebut sekarang ini mesej dah delivered. Kalau mesej tidak delivered itu biasanya tidak ada line atau tidak ada prepaid dan baki tidak mencukupi untuk hantar mesej.

Tetapi, bila nombor telefon kena block. Mesej yang sepautnya boleh dihantar tidak akan dapat dihantar atau lebih mudah difahami iaitu mesej tersebut tidak akan dinyatakan sudah dihantar atau belum dan status mesej tersebut tidak diketahui.

Selain itu, ada jenis telefon yang apabila anda hantar mesej pada orang yang dah block nombor anda, mesej tersebut akan dinyatakan not delivered atau mesej tersebut langsung tidak boleh dihantar sehingga nombor anda sudah tidak lagi disekat.

Guna nombor lain untuk call dan mesej

Cara yang paling senang sekali kalau nak pastikan anda confirm dah kena block. Cuba gunakan nombor lain untuk call atau mesej orang tersebut.

Kalau memang dia block nombor anda sahaja, mestilah anda akan dapat contact orang tersebut menggunakan nombor telefon yang berbeza.

Tidak perlu bersusah payah nak dapatkan nombor lain sampai kena beli yang baru. Pinjam sahaja nombor telefon kawan-kawan, mak, ayah atau sesiapa sahaja yang anda mahu untuk gunakan cara ini. Bila anda dapat contact orang tersebut menggunakan nombor lain tanpa ada halangan, memang dah sah nombor anda kena block.

So, faham-faham la ya.

Kalau masih tidak berpuas hati lagi, boleh terus tanya pada tuan badan. Lagi senang.

Akhir kata

Kesimpulannya, persoalan mengenai macam mana nak tahu nombor telefon kena block adalah sangat mudah. Cara atau jawapan yang kami kongsikan juga sebenarnya perkara basic untuk digunakan. Tetapi, jika anda ada cara lain untuk dicuba. Sila gunakan.

Manalah tahu kalau-kalau cara anda itu lebih advance dari yang kami kongsikan.

Sebelum kita berpisah, kalau anda selalu dapat panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Anda boleh semak pemilik nombor telefon tersebut melalui aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar anda. Tak adalah rasa was-was dan risau lagi kalau dah tahu asal usul nombor tersebut.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment