RHB Logon logon.rhb.com.my


Kalau anda sudah buka akaun RHB, tapi belum ada online banking RHB Now lagi, sila buat pendaftaran di logon.rhb.com.my. Walau bagaimanapun, ini hanya terpakai untuk sistem online banking yang terdahulu.

Sekarang, RHB menggunakan portal RHB online banking yang baru melalui https://onlinebanking.rhbgroup.com/my/login/. Izinkan kami berkongsi.

Sebelum daftar di logon.rhb.com.my, register nombor telefon

NOTA: Sila ambil maklum bahawa panduan ini tidak lagi terpakai. Sila rujuk panduan baru di sini.

Anda diwajibkan membuat pendaftaran nombor telefon sebelum menggunakan RHB Internet Banking. PIN dan nombor telefon anda akan digunakan untuk pendaftaran dan pengaktifan di laman web logon.rhb.com.my nanti.

Minta bantuan untuk mendaftar nombor telefon ke mesin ATM daripada pegawai yang bertugas sekiranya anda menghadapi kesukaran melakukannya sendiri.

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM RHB Bank berhampiran dengan anda.
  2. Masukkan kad pada mesin ATM dan masukkan nombor PIN anda.
  3. Pilih menu Internet Banking.
  4. Masukkan PIN RHB Internet Banking sebagai proses pengesahan.
  5. Anda akan menerima resit yang mengandungi enam hingga lapan aksara kod permohonan RHB Internet Banking yang digunakan untuk pengaktifan.
  6. Proses pendaftaran di mesin ATM selesai

Cara daftar RHB Now secara online di logon.rhb.com.my

NOTA: Sila ambil maklum bahawa panduan ini tidak lagi terpakai. Sila rujuk panduan baru di sini.

Berikut ialah langkah-langkah untuk mendaftar RHB Now:

  1. Layari laman web rasmi https://logon.rhb.com.my
  2. Anda kini berada di laman utama RHB Now.
  3. Di bahagian kanan laman, di bawah I am a first-time user, klik I want to Register.
  4. Kemudian pada laman seterusnya, anda dibawa ke bahagian First Time User Registration. Pada bahagian Select your card type, pilih ATM/Debit Card.
  5. Abaikan pada satu lagi ruangan di bawah kerana ia hanya untuk staff RHB Bank sahaja.
  6. Tekan butang Next.
  7. Pada laman seterusnya, pada ruangan ATM/Debit Card No., masukkan nombor kad 16 digit yang berada pada kad ATM/Debit anda.
  8. Kemudian, pada ruangan ATM/Debit Card PIN, masukkan nombor pin akaun bank anda.
  9. Tekan butang Next.
  10. Kemudian, pada laman seterusnya, pada ruangan Username, cipta username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  11. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan.
  12. Pada ruangan Confirm Password, masukkan semula kata laluan yang anda ingin gunakan.
  13. Untuk Secret Word, cipta satu perkataan sebagai langkah keselamatan untuk akaun anda.
  14. Kemudian, baca terma dan syarat yang telah tersedia di bawah sebelum mendaftar. Selesai baca, tick pada kotak tersebut.
  15. Pada ruangan Newsletter/Promotion Alerts, tick sama ada anda mahu ataupun tidak sebarang promotion alertdaripada pihak RHB kepada anda.
  16. Kemudian, tekan butang Next.
  17. Pendaftaran anda berjaya.

Login RHB Now online banking di logon.rhb.com.my

NOTA: Sila ambil maklum bahawa panduan ini tidak lagi terpakai. Sila rujuk panduan baru di sini.

Selesai selesai pendaftaran, berikut pula ialah cara untuk login RHB Now:

  1. Layari laman web rasmi RHB Now di sini: https://logon.rhb.com.my
  2. Lihat di bahagian Hello. Please Login
  3. Di ruangan Username, masukkan username anda
  4. Tekan butang NEXT, GET SECRET WORD
  5. Lihat Secret Word yang terpapar
  6. Jika betul, tekang butang Yes
  7. Di ruangan Password, masukkan kata laluan anda
  8. Tekan butang LOGIN
  9. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya login ke dalam sistem RHB Now
  10. Selesai

Kenapa tak boleh login RHB online banking?

Terdapat beberapa sebab mengapa anda mungkin menghadapi masalah untuk log masuk ke dalam perbankan online RHB. Berikut adalah beberapa kemungkinan:

  1. Masalah Capaian Internet: Pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil. Jika internet anda tidak stabil atau perlahan, ini boleh mengganggu proses log masuk.
  2. Maklumat Log Masuk Salah: Anda mungkin telah memasukkan ID pengguna atau kata laluan yang salah. Pastikan anda memasukkan maklumat yang betul dan cuba lagi.
  3. Akaun Diblokir: Jika anda memasukkan kata laluan yang salah terlalu banyak kali, akaun anda mungkin telah diblokir sebagai langkah keselamatan. Anda perlu menghubungi RHB untuk membuka semula akaun anda.
  4. Masalah Teknikal: Mungkin terdapat masalah teknikal pada pihak bank. Jika ini berlaku, anda boleh cuba log masuk semula selepas beberapa saat atau menghubungi pihak bank untuk bantuan.
  5. Penggunaan Peranti Tidak Dikenali: Jika anda mencuba untuk log masuk daripada peranti yang tidak biasa, bank mungkin menghalang akses sebagai langkah keselamatan. Anda mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum dapat log masuk.

Jika anda masih menghadapi masalah log masuk, anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan RHB untuk mendapatkan bantuan.

Masalah login RHB online

Jika anda mengalami masalah login RHB online, boleh hubungi customer service di nombor telefon  berikut:

  • 03-9206 8118

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda di RHB.

19 thoughts on “RHB Logon logon.rhb.com.my”

  1. Perkhidmatan service rhb not good.. Customer tidak dapat berhubung dengan talian khidmat pelanggan untuk mengadu masalah OTP blocking,customer dah tak boleh buat pembayaran melalui internate banking.. Saya sudah rasa bosan.. Rasa nak keluarkan duit sy semua dalam akaun bang rhb & pergi bank lain.

    Reply
  2. Mcm mana nk aktifkan blk logon RHB,pws incorrect.. fon nom baru xreg ng RHB lg,susah utk Sy dptkan otp num.. call customer service xberjawab???

    Reply
  3. RHB Online sy bermasalah mengenai password. Bile sy nak reset & setup utk password, bhgn no siri bankcard X valid. Bagaimana utk selesaikan? Sy dah cuba buat secara online tetap gagal.

    Reply
  4. Apps rhb banking online saya x boleh buka,kne block..mcm mne saya nk buka semula apps rhb banking online..dh call customer service tp tak ade y angkt pngilan

    Reply
  5. 1)Register bank online cannot log in @ how to log in.
    2) When I put a username, but password cannot same like we do at bank.
    3) Please respond we ,how to get a banking online.

    Reply

Leave a Comment